Si Petite dan Tan Skin Headline Animator

Tuesday, March 24, 2009

Indonesia Raya

Enjoy the pictures!

Cerita kat bawah sekali yer!

Santap dahulu sebelum naik flight

Lihat siapa dalam list MAS Entertainment *winks*winks*
walaupon nama company salah *amboi..amboi..amboi*sambil buat jari-jari Azwan Ali

Sarapan pagi kelas Ekonomi

Bukan Kopi Bean..tapi Java Bean ye!

Bakso yang sedap lagi pedas giler

Julie : Wei...besar sgt keropok nih. Mane muat mulut aku...!

Ada : Sumbat sajoorrkkk...........!!!

Kopi itu harus.....shopping itu wajib!! :)

Cucu Ali Baba dalam tempayan... :D

*selamat kamera aku tak jatuh*

Kafeteria di Rumah Mode

Kedai-kedai di Tangkuban Perahu...mcm Tibet kan?


Kulit Album terbaru kami....*dapatkan dipasaran bulan 6 nanti* haha

Isk3..korang nih.....*geleng kepala*

Maaflah atas posing yang keterlaluan

Converse dlm kenangan *waves to Ada*

Turn aku plak kene amik gambar dia

Cuba menjadi seperti........*isi tempat kosong*

Ikan : Tolong...kami mau keluar dari sini!

Rumah Mode Factory Outlet

Bersedia semua?? Tegakkan barisan....!!!

Taman Mini yang besar rumah-rumahnya!

Wahida : Ko tengok apa tu Julie
Julie : Peter Pan...Peterrrrrrrrrrrrrrrrr.....!!

Ada : Isk..isk..kesian.

Arnab nih nampak je cumil tapi mata duitan dowh!



Rumah apa ni eh......

"Adik jangan nangis...mak nak pergi kerja"

We love Bali

Bergambar dgn Abg Bali

Wahida ni..sumer bende dia nak naik..ish3.

Budget Titanic lah!

"urrrmmmmm...urrmmm"

Sebelum masuk ke Taman Tema Dufan

Tengok Wahida nih...ish3..apa ko buat nih?? *hahah*

Julie : Arrrghhhhh...arrghhhhhh

Wahida : *tutup mata*

Anak siapa la ni.!

Tolonggggg...rumah ni nak terbalik...

Inilah cara-cara terbaru menunggang kuda *pfffttttt*

Julie : Asal kete kuda ni tak bergerak??
Wahida : Ko berat sangat kot.

Ada : Isk3...*gelang kepala*

Ada : aaaaa......nyaman sungguh!

Pakcik Bajai : Jaga-jaga...gue mau drriffffttttt

Muka seronok tetapi menahan takut menaiki Bajai
dan akhir sekali..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
harus ada singnature pose kan?

I'm fat *bluuurrrrrrppp*


Lain-lain gambar bole tengak kat Facebook : Betty Abas
Corat-coret Indon :

-Walaupon kami menaiki flight jam 9.00 pagi (bermakna sarapan disediakan) tetapi kami (saya dan Julie) tetap menjamah McD Breakfast. Maklumlah, kami bangun pukul 4.30 pagi ok! Itupon setelah 2 bulan boikot McD.

-Seorang pramugara MAS menunjukkan ketegasan serta kegarangan kepada salah seorang penumpang. Dia buat demi keselamatan penumpang yang lain. Pakcik tu dok belakang saya je. Padan muka pakcik tu! Yelah..yang ko still cakap kat handphone time orang nak fly siapa suruh kan? Good job Abang Steward!

-Kami tiba di Jakarta lebih kurang pukul 10.30 pagi (waktu Malaysia), Indon lewat satu jam. Dari Jakarta kami terus ke Bandung menaiki Avanza pakcik Julie. Ingatkan cepat rupanya macet (jammed Bahasa Indonesia). Sakit punggung ok!

-Berlaku sedikit kekeliruan ketika check-in di Hotel Sukajadi Bandung. Di mana kami book atas nama auntie Julie. Auntie Julie terlebih dahulu smpi melalui direct flight ke Bandung. So, mcm-mcm nama keluar. At last, dpt jugak check-in.

-Julie yang tak sabar nak shopping, lepas masuk bilik je terus cakap "ok..jom kita pergi Rumah Mode". See...rakus betul perempuan nih nak bershopping!

-Penjual-penjual cenderahati di Tangkuban Perahu "terlalu memaksa" pelancong untuk membeli barang mereka. Diaorg akan ikut samapai kita masuk dalam kereta. Thanks a lot to Wahida sbb tarik saya dari dikerumuni. Saya kesian...tapi maaf, barang anda terlalu mahal ye.

-Barang-barang di Rumah Mode terlalu "tempting". Ye la..sehelai t-shirt AX cuma berharga RM30. Ori tau bkn fake. Cuma beli kat factory outlet je. Mana tak gila di buatnya!

-Cashier Rumah Mode menggalakkan orang bershopping dengan membuat tawaran yang menarik tapi bukan bagi saya. "Ibuk cukupkan sejuta rupiah dapat ini.." sambil menunjukkan amenity case gambar panties dan bra yg sangat cumil. "Beli dua juta bole draw perkakas elektrik". Maaf. Semua tak menarik minat saya pon. Rp 1 juta = RM 300.

-Walaupon saya menolak tawaran cashier untuk mencukupkan berjuta-juta dalam satu resit tetapi, kami ke Rumah Mode 3 kali! Hahaha...

-Bandung hujan selama kedatangan kami. Jadi kami meredah hujan ke mana kami pergi. Baju basah, kasut kotor. Terima kasih pada kasut Crocs sebab boleh dicuci dan kering dgn cepat!

-Yang best, kami semua tidak demam walaupon berhujan!

-Ada/Rab (cousin Julie) dipaksa membuang kasut Converse yg lusuh diganti dgn yang baru. Murah tau Converse kat sini. RM 80+++ dah boleh dapat yg cun! Yg best, ada org belanja!

-"Angkut" (seperti van..eh..mmg van la!) adalah pengangkutan yg murah di Bandung. Tapi sumbat tak hengat la kan. Tambang yg penting, Rp1,000 shj! Rp1,000 = 30 sen.

-Di Jakarta, kami ke Taman Mini Indonesia. Kalau kat Malaysia, Taman Mini rumah dia mini-mini kan? Tapi kat Indon, rumah semua real size punya. Semua sekali ada 39 buah. Hambik ko! Of course la jalan dalam tu naik kereta kan. Jalan kaki alamat pengsan la kami 3 hari 4 malam tak habis round.

-Semasa di Taman Mini, ada couple Indon suruh Wahida tolong snap picture diaorg. Yang peliknya, time kami dok posing-posing sempat la si Bf dok snap-snap gambar kami. Excited betul si Bf ni (tak tahulah sapa yg dia minat..Julie kot?). Gf dia dah buat muka "wth-bf-aku-nak-amik-gambar-minah-ni-bnyk-kali-kan". Sempat lagi Bf ni suruh kitaorg kem salam Siti Nurhaliza. Ape ko ingat kami dok sebelah rumah Siti ke?

-Julie menjadi "mak hayam" kami sepanjang berada di Indon. Kenapa? Sbb bila time makan, mesti bayar guna duit dia dulu. Kaya dia nih! Al-maklumlah, masing-masing dah "terbogel" sbb shopping tak hengat. Tapi kami bayar balik tau!!

-Of course, Julie adalah "makhluk" memegang rekod shopaholic. Saya hanya bole di kategori sebagai amatur manakala Wahida bukanlah seorang shopaholic. Yang memeranjatkan, Ada (cousin Julie) berjaya mengikut jejak langkah sepupunya dgn belanja Rp1 juta lebih di Rumah Mode. Isk..isk...mentang-mentang parents ko ada yer Rab...bole la nak paw!

-Wahida mempunyai sorang boss yang over-concerned bernama Chi Chong (betul ke weih?). Boss dia nih psycho katanya. Telefon tak berhenti, mesej berkali-kali. Siap mintak passcode lg nak tentukan betul ke Wahida yg reply mesej tu. Dengar nya, Chi Chong siap print all the info pasal jenayah yg ada di Indon, all kedutaan punya no bg kat Wahida bila dia nak holiday. Gila kan?

-Kat Indon, diaorg ni suka kencing bersepah. Bukan kencing yg maksud penipu. Tapi kencing betul-betul la. Suka hati tepi jalan nak kencing esp. lelaki la. Tu yg ada bau hancing tu. Tak senonoh betul Sampi kat tembok rumah orang siap tulis "Dilarang kencing si sini" hahahahhaha Dan paling best, Julie dan Wahida penah ternampak seorang mamat kencing tepi jalan. Of course la soalan pertama dari mulut saya " Ko nampak dia punya ke? Besar ke? berapa inci?". Confirm la Julie dan Wahida cakap "Mana nampak dowh...malam...gelap". Tapi saya tau...sebenarnya diaorg nampak jer...hahahahhah!

-MAS punya had untuk luggage 20kg seorang so kalau kami check in group confirm la 60kg kan? Masa pergi, total 3 bag baru 27kg. Means bole shopping banyak-banyak. Masing-masing cuak bila nak balik sbb rasa mcm berat je masing-masing. Tetapi setelah tambah xtra beg, still 39kg. Rugi betul!

-Pakcik teksi yg bawa kami ke airport, asyik pusing jalan lain. Kejap-kejap U-turn. Confius saya! Meter jalan. At last, kami stuck in jammed. Dari 1 jam ke airport, jadi 2 jam lebih. Haih...banjir rupanya! Sepanjang jalan, mata saya asyik jeling je meter teksi. Duit mmg cukup-cukup je nak byr tambang teksi. Kalau lebih, mau tak blk Malaysia.


-Sebelum kami ke Indon, Julie dgn jayanya telah menyediakan itenari untuk kami berserta xtvt g akan kami buat. Siap time sekali. Last-last, semua tak boleh ikut. Bila kami cakap "Pulaangggkan duitt kamiiiiiii", Julie balas "Eh...ko tak baca ke ayat bawah sekali tu, tertakluk kepada syarat dan peraturan..hahahha" Ceh!!

Neway, saya seronok bercuti dgn kamu semua. Ye la..semua perempuan kan? Eh..eh...ayah Ada je lelaki kan? Thanks a lot to Julie dan makcik-makcik nya for arranged everything. Dan thanks to uncle and auntie Indon ko yg penyabar juga. Jasamu dikenang.

Lepas ni kita ke mana ya?? *ehem*




2 comments:

Nadia Dzai said...

bodah la korg nieeeee.. ahaha tegelak2 aku bace seorg diri di opis.. ahahha :p

mmg, ingt ko duduk sblh siti ke, bayang siti pon tak pernah nmpk. ahahha

Anonymous said...

hahahaha..besh giler..yer betty chi chong adalah benar..tp ejaan nyer chee chong ya....
mamat tuh suker wahida la..bukan aku..sbb tuh dier asik snap pic dada.. ;)
thanx jugak kat korg yg layan jer kerenah pak cik mak cik aku ;)
n nadia..ko harus follow our next vacation before ko kawenn!!!-jules