Si Petite dan Tan Skin Headline Animator

Showing posts with label Celebrations. Show all posts
Showing posts with label Celebrations. Show all posts

Monday, October 1, 2012

Raya Dulu Raya Sekarang....

Shoohh...shohhh.....*lap lap habuk sket*

Dah masuk bulan 10 aku baru nak upload gambar raya? Sangat la bukan blogger of the year kan. Mintak la maap sebab bila nak time update je, si kecik ni dah sebok dok memanjat kat kerusi terus dok kat riba. Last-last blog ntah ke mana, youtube dia nak tengok.

This year, i'ols beraya sebelah husband tercinta. Ye la..dah kawin namanya, harus bergilir-gilir la uols. Barulah damai rumah tangga...cecewaah. Don't worry, we didn't have any argument or tarik-tarik rambut or masam muka merajuk bagai ataupon memberi rasuah kepada Faatih pilih nak balik kg mana. :)

*tapi kalau Faatih dah memahami "rasuah" seorang ibu, mek try jer!" hahaha

Tahun ni balik kg MIL kat Kedah so Jumaat malam kami dah join pengguna highway bersesak-sesak. Iols tak drive jadi mem besar jer. Tapi lenguh kaki gak sebab slalu blk Johor 3 jam maximum. Ni dekat 7 jam and pit stop skali jer.

Nak tanya beza raya Johor and Kedah? Tak la beza mana pon tapi dari segi hidangan tu berbeza la. Selama ni Raya, mak iols mesti tak miss ketupat, rendang, kuah kacang, daging masak sate ngan kuah lodeh. Very the traditional raya one. Tapi kat kg MIL ni tak pon benda-benda tu sume. Diaorang advance. 

Sib baik la my mum dah masakkkan hidangan raya kat anak kesayangan dia ni one week before raya...that's why I love my mum!! Dia selalu memahami pola pemakanan anak-anak dia.....

We ate nasi daging on 1st raya! Nasi daging MIL iols terbaik di alam semesta....I like! Especially acar tomato + cili padi...pedas dan sedap!



Last year raya, faatih 6 bulan and tak pandai jalan. Now dia la yang sibuk jalan sana sini. This year bertiga...next year....eh tidak! Laki bini badan makin naik, harus slim diet dulu....hahhaha


Balik kampung, control tv pon dia sibuk pegang. Masa ni tak reti sangat tengok Upin Ipin / Boboiboy. kalau sekarang, I makan hati tengok fav show...melepas!


Kalau dulu, Faatih tak pandai makan sangat sebab 6 month still breastfeeding lagi. Makan puree pon sikit-sikit. Tahun ni, haaa...amik...dah pandai bukak balang kuih hokeh!

At first I tak aspect dia suka kuih-kuih ni tapi dah nama budak, mana dia rasa sedap tekak dia, yang tu la jadi favourite. In Faatih's case, dia suka kuih bunga dahlia tu. Ala...macam dalam Upin Ipin. Haa...uols, I pon terjebak tengok Upin Ipin!! Kebetulan mak sedaranya kuih tu sedap, itu je la yang dia balun. 

Sometimes, I risau sebab too much sugar, tapi lepas tu terus push dia minum air masak banyak-banyak and try sorokkan kuih tu. Tak berjaya at all.....





This is the only picture Faatih stay still, tu pon mata dok tengok kuih...nak makan lagi katanya.......


Adik ipar iols, single and available..eh..eh...... :)

Hubby's side had a small family circle and most atuk/ nenek sedara ramai dah takda. So we only visit few house. Sempat la kenal mana pak sedara / mak sedara. Unlike on my side, we had such a big family. Bayangkan cucu nenek sebelah ayah iols pon dekat 40 orang and I'm the 3rd eldest! nasib baik umah nenek I belum tahap runtuh bila semua kumpul.

And dad's side selalu ada rombongan beraya berama-ramai. Means all of them 7 siblings ngan skali anak beranak serbu rumah atuk / nenek sedara yang masih hidup. sekali jalan sampai 10 kete. Ko hado? Dulu I ngan my sis selalu kena tinggal beraya coz we usually siap sangat lambat. Pagi tu la baru nak gosok baju, make up and all. At the end, tumpang kete sape2 yang lambat sb my dad sangat punctual ok. Kalau dia kata kol 9 pagi, mesti 9 pagi dah start enjin kereta. Ada kalanya, we used to hate that, macam kena paksa beraya. Tapi bila ingat balik, I really missed that! And really thankful to my dad sebab dia selalu cakap, buakn paksa ke apa tapi nak ajar kenal sedara. Takda la esok berlanggar bahu tak tau pon sebenarnya sedara...


This year, Faatih dah pandai jalan sendiri so me and hubby have to control him bila beraya. Tapi dah nama budak-budak bila kita cakap jangan, tu la yang dia buat. Sekarang, rasala iols menjaga anak sendiri.



Kalau orang lelaki baju Melayu satu jer, Faatih got 2 this year. senang iols, MIL yang belikan semua. In fact, baju raya iols anak-beranak ngan laki skali MIL belikan. See, siapa cakap ada mertua tak best???


Since, tak balik Johor, pakai baju  melayu Johor pon jadi la kan, Faatih?


Usually raya, I akan buat kuih wajib conflakes bermadu. dah tu jer yang senang. This year, cam malas jer walaupon jadi housewife sebab Faatih pandai nak kacau sana sini. So, me with SIL sempat la buat chocolate  moist cake yang turned out menjadi brownies, muffin ngan pavlova (pon tak mejadik) hahahah


Chocolate moist cake yang telah bertukar menajdi brownies akibat memandai olah resipi sendiri. Rasa sedap hokeh, tak tipu!!


Muffin yang sangat berjaya! Sedap jangan cakap la....iols bole buat jual amal. Konfem sold out mcm baju Jovian.


Pavlova yang tau mana silapnya. Kat tengah-tengah tu lembik.....


Raya is the happiest day ever...tapi..........after 1 week tinggalkan umah, something horrible happened to our home! Apakaaah???? Nanti iols cerita......sapa yang ada fb, IG I tu tau ler.......



Tuesday, February 15, 2011

Proses "Mengeluarkan" Seorang Bayi ;) *a lengthy post*

Camner nak mula ek?

Dan kenapa ayat "mengeluarkan"? bukan "melahirkan"? Hmmm....well, secara teknikalnya "mengeluarkan" sebab anak I lahir secara "cesarean". Yes, I was on operation last 2 weeks.

Actually, EDD (estimated due date) memang 02.02.11 tapi.........baby I takmo keluar. Hahah manja ini budak. Dia mau duduk dalam perut lama kot...

Jom tengok the chronicles of my baby Muhammad Al Faatih :

21st January
My weekly check up as usual. Masa ni dah week 38. So bila-bila jer I bole rasa sakit and bersalin.Bila scan position baby dah betul, means kepala dah kat bawah la. Tapi kepala baby tak engage lagi, tak masuk lagi kat serviks. And yang paling membimbangkan, baby I "mendongak", dia dalam position baring muka mengadap atas. Get it?. Usually, bila dah week ni, baby akan dalam position meniarap. Haih.....tapi I tak da la risau sangat sebab kot2 la dia bole pusing balik dalam masa one week kan.

OB pon cakap jangan risau tapi dia dah terangkan kan perkara-perkara yang bakal berlaku or what choice do I have kalau baby still tak turun lagi. Masa ni OB scan berat baby 3.5kg (estimated). I was like....wohoo..besar anak aku ni!

I rasa baby tak turun lagi sebab dia dengar cakap I kot sebab I selalu cakap kat dia suh tunggu ayah dia balik. Ye la...Hilmi balik on 24th January, I takmo la bersalin dia takda di sisi. Ceewaahhh......

23th January
I still bole jalan lagi...takda rasa sakit. Esok (24th January) Hilmi akan balik Malaysia. Kebetulan my mom nak melawat cousin dia sakit tenat kat HKL (she died the day after - Al-Fatihah) and guess what??? My dad ajak pi KL and dia kata suh jemput Hilmi. I macam?? eh...I bole travel jauh lg ke. Bayangkan almost 39 weeks, travel from Johor to KL. Budget nak surprise Hilmi la konon. My bff Nadia siap cakap takyah gi, takut terberanak kat RnR katanya! But Alhamdulillah....I selamat sampai umah PIL.

24th January
Hilmi balik....yeay!! Surprise hokeh...dia pon terkejut I ada kat airport. Ngan perut membesar terkedek-kedek jemput dia. Tak rasa sakit perut pon.

28th January
Almost a week dok KL, I risau jugak if I bersalin kat KL. Sebab I memang dah plan nak bersalin kat Batu Pahat. So, in the morning kami berdua balik BP sebab nak gi check-up week 39. Time ni, OB pon "seluk" nak tengok I dah bukak berapa. "Seluk" apa?? seluk the V part nak tengok serviks
I dah bukak berapa. Geli-geli gitu I tahan bila OB seluk...hohoh OB cakap, dia tak rasa pon kepala baby. Usually, bila week 39, kepala baby dah engaged but I punya tak pon. Serviks pon baru bukak 0.5cm.

And OB pon dah start bagi choice. Since I ada GDM (Gestational Diabetes Mellitus) sebab hari tu gula tinggi, OB cakap whateveer pon kalau baby tak keluar, dia nak keluarkan baby on week 40 bukan tunggu week 41 as usual. Takut baby kena diabetes or makin besar. Dah la badan I ni kecik comel kan *sila muntah* kot tak larat nak push nanti.

OB bagi choice either I nak "induced" or cesearan. Induced means masukkan ubat and paksa baby keluar and try bersalin secara normal tapi OB awal-awal dah cakap chances if I induce 50/50 je. And bila OB cakap here and there...bla bla bla....complication whatsoever. Skip all that, now I have to make a decision.

Nak induce ke cesear??? If induce, OB nak buat on Monday, 31st January or if cesear, I bole pilih tarikh. *winks*wink OB cakap not later than 3rd Feb sebab OB I chinese, mayb dia celeb CNY kot. Heheh

30th January
Perut I tak jugak sakit macam orang nak bersalin. Even dah "induced" secara natural pon tak jadi-jadi. You know *ehem ehem*. Tapi memang betul tau.....bole put an effort suh husband bukak jalan tapi secara soft and steady la...hahaha *18 SX* tak caya pi serach kat net or baca buku.

Petang tu I tros call OB takmo induce sebab bila mengambil pandangan husband, my parents, PIL and experience dari family members lain yang induce tu kalau tak jadi sakit sangat. And I pikir gak if induce then tak jadi and I kena cesear jugak camner? Dah sakit 2 kali kan??? Tak mo...tak mo........

So, we made decision to cesear je! Full stop! I terus pilih tarikh 02.02.11. Dah alang-alang kan?? baik pilih tarikh tros.

2nd February
Proses cesear ni senang :

1. Masukkan bius
2. OB operate and kuarkan baby
3. Jahit balik dan siap!!

Tapi bila part Dr anestatik nak masukkan ubat bius kat tulang belakang tu MasyaAllah...dua kali jab...terkejut I dibuatnya. I ni kalau sakit, mula la keraskan badan nak tahan sakit. Dr tu siap cakap "Baiti...lembutkan badan.....tahan ok...sikit jer lagi........"

Btw, I bius half body. So, during operation tu I dalam keadaan sedar la cuma I tak nampak OB I, Dr Chew tu belah perut sebab diorg dah letak tirai kat depan I. But half body dari ulu hati sampai kaki tu dah tak rasa ape-ape la. Sepanjang operation I bole dengar orang cakap-cakap keliling I siap diaorg bual-bual pasal banjir lagi. Time dia potong perut tu ada la rasa sket....tapi tak sakit pon. During operation mulut I tak putus-putus baca ayat Kursi, Selawat, Surah al-anbia ayat 87, mengucapa sume ada la....

At one point, I dengar Dr Chew cakap, "Ok...almost there....c'mon baby. You can do it" Then dua lagi assistant sebelah kiri and kanan I datang terus dia tolak perut I, kira nak push baby tu keluar la. "Ok..baby now nak keluar...go..go...ok...amik forcep....." then....terus dengar baby nangis.

Fuuhhhh...perasaan macam lega giler. Tak tahu nak cakap camner. Walaupon operate kan tapi bila dengar suara baby tu terus macam sedih kejap. Bila nurse dah bersihkan baby tu, sementara Dr Chew tengah jahit luka, nurse tunjuk baby kat I. "You dapat baby boy, fizikal semua cukup, ni kaki dia, ni tangan dia" nurse tu tunjuk semua la....termasuk "bird" dia. Then nurse bagi I cium baby. I macam.."Eh...ni rupanya anak aku" Caya tak caya la gitu.....

Kejap jer operate ni rupanya. Tak sampai 45 minit pon. Bila OB tengah jahit tu terasa perut macam di tarik-tarik. Kejap ke kanan, kejap kiri. Sampai I rasa proses tu tak sampai pon 15 minit tapi rasa macam sejam. Dan ubat bius tu hilang 5 jam kemudian. Kaki kebas and pinggang sakit tak hengat. Lepas tu I memang baring je, kencing apa suma atas katil. makan pon tak selera sangat.

Well, tu la experience I bersalin through cesarean. Walaupon I tak dapat nak rasa bersalin normal, tapi yang penting baby I selamat "dikeluarkan".

Anak ke-2 bole la normal kot kan?? Hehehhehe......*baru tak sampai 2 minggu tros cakap pasal 2nd baby..ngade kan??*



Ni dah dekat 10x upload pon terbalik. Ape kes?? Lantak la.....hahahaha



Almost ready nak naik katil



Dr Chew bagi briefimg. Time ni bila dia rasa, baby still tak turun lagi


Anakku sorang2 je kat nursery


Masa lahir pipi tembam tapi sekarang sudah kecut. Nape ek???


Ibu and Faatih.....alololo nangis plak dia.


Ayah and Faatih. Sama tak muka????

Saturday, October 23, 2010

Happy Birthday Hubby!!

Today mark my hubby 26th birthday!! Yes, kami sebaya tapi I tua sebulan dari dia....heheh ;D

Happy birthday to you MKH!
May we'll success together as family and be a good father in future k....
Walaupon asyik nak main gaaaaammmmeeee je!
Hahah...I always "bebel" to him bila dia dok depan PC and playing games.
Perangai macam budak-budak!
But that's make him special sebab dia selalu kacau and suka gurau ngan I.
Kadang-kadang aku ni yang serius sangat...*means I ni bakal jadi ibu yang garangkah?*
But that makes rumahtangga balance kan? Sorang garang/serius, sorang suke nyakat/gurau....

So kami takda nak makan luar....eh tapi nanti malan nak gi makan kek
*susah nak cari kedai kek halal tapi sib baik ada la yang dekat kan*
I pon masakla makanan favourite dia kan.....Nasi Lemak and Chicken Curry.
Plan nak masak beriyani, tapi memandangkan plan asal nak i shopping bahan-bahan macam beras basmathi, rempah segala tapi...hujan plak. Last choice, masak la nasi lemak....


Nasi lemak kosong je...no timun, no kacang...sebab I memang tak suka makan 2 benda tu.....timun sebab tasteless, kacang sebab banyak jerawat kononnya. Hah...dah tak suka tu heret la laki skali kan......




Muka birthday boy happy dapat hadiah. Mood ceria lepas kena keja on weekend........

Bag Crumpler tu senyap-senyap je I beli......It's actually a laptop bag. Crumpler I tengok design dia macam simple jer pastu harga bole tahan la jugak. Tapi sib baik yang ni limited edition. So I pon berubah fikiran sebab bila dibelek material dia lagi bagus dari yang lain-lain.

Ok...wishlist you I nak tunaikan satu kan? Apa lagi...? Tunggu next birthday plak ye sayang....hehehe



Monday, September 27, 2010

Open House Sudah Habis Daaaa..........

Walaupon raya tak habis lagi, tapi Week 2 raya was the last week for Open House here. Kan ai dah cakap, raya overseas tak meriah sangat...kalau Malaysia, puasa sebulan, raya dua bulan...kan?? yer la..ada yang buat open house dah habis raya pon ada dek kerana kesibukan pegi open house orang lain.

So last weekend, me and husband ada 3 invitation. Hambik ko, makan dari pagi sampai malam tak berenti.....sampai baby dalam perut pon kicking suh stop. Mesti la dia cakap "apa la mak aku ni melantak tak habis-habis.." ;p

1st Open House, dijemput oleh warga kawasan Dandenong. Kalau lepas, area Clayton buat open house, kali ni giliran dandenong.


lauk-lauk nasi kerabu, sesekali makan nasi kerabu sedap gak kan?? :D


Sup kambing


Nasi himpit tidak dilupakan


Dessert. Oleh kerana ai datang agak lambat, ada kek macam sedap tapi sudah habis ;(


I never like caramel before. Kalau kat Malaysia, orang buat mesti hanyir bau telur. That's why ai tak makan caramel. Tapi kat sni, sapa ntah buat sedaaaappp!!! Tak hanyir bau telur ok! Harus mintak resepi....


Siap tambah caramel 3x!! ;p weeee.....sugar high gak la masa tu!



Ni sapa la yang buat banner ni...alalala.......


Since baju kurung tadak, pkai la dress ni pegi open house. Sib baik rmai gak yang tak pkai baju kurung, so ok la kan. Perut 5 bulan itu tidak dapat disembunyikan lagiiiii!!!

Petang plak, kami pergi beraya umah kawan husband ai kat city. Nak dijadikan citer, rupanya dia anak AUN tempat ai...ala..jumpe orang kampung la plak...heheh


huh...berselera sungguh laki ai tuh....tu muka tahan pedas ke muka kelaparann tak tau la...


Bergambar ngan Tuan Rumah (baju purple). Ai jer sorang pompuan. Yang lain budak lelaki ni adik-adik jer...alahai...kami la yang senior kat sini....

That night kami ke open house budak undergrad plak. Tapi gambar nan ado u'ols. Mak buyung dah penat. Tapi sempat lagi tu melantak laksa sarawak sampai kol 9pm kan. Sebab after that kami kena amik member husband kat airport. Dia balik beraya sana....siap sesat-sesat lagi sebab malam tu highway Melbourne nak ke airport tutup. Hampessss.... konon nak ikut shortcut, last-last sesat ntah ke mana.

Tapi after 1 hour sampai jugak dalam kol 1.....dapat la ai stok kacang ngan baju kurung yang MIL kirim. Dan stok ikan bilissss!!!! Kat umah ai dah macam kedai runcit ikan bilis. Dalam fridge pon dah tak muat. Heheh

Pasni tak da dah entry raya yer...kita bukak entry lain plak. Entry raya bersambung tahun hadapan di..............jeng jeng jeng!!!!!

Wednesday, September 22, 2010

Barulah Raya - Clayton Open House

Haritu ai baru post pasal raya pertama kan....kat sini community Clayton buat Open House untuk raya ke-2. Basically organized by Postgrad student la tapi jemput sumer termasuk Undergrad skali. Postgrad most ramai yang berfamily jadi masakan tu sedap sikit la....al-maklumlah...sume mak-mak kan...termasukalah ai..hooo ;p

So malam pertama tu, kaum lelaki bertungkus lumus me"rewang" eh..bukan "merewang" mat rempit yer...rewang orang Johor, means masak-memasak. Since kami plan nak masak satay, so kerja memotong daging n mencucuk dilakukan oleh kaum lelaki. Kaum wanita buat apa? Ingat tak entry "Rendang 4 kg" tu? Mak2 masak tu la kat rumah masing2. Tapi ai dah siap masak malam aray so ai rehat saje kat umah. Siapa yang nasib baik, dia kena blender bahan2 nak buat marinate satay ngan kuah kacang. Ai tak kena...ai kan pregnant! ahhaha




Tengok la...semangat tak laki ai potong daging satay? Sian dia...balik kol 4 pagi u'ols siap potong ngan marinate beramai-ramai. ye la...3000 cucuk satay kena siapkan. Sampai badan laki ai bau bawang, rempah pon ada..terbersin-bersin ai tdo. Nak mandi kol 4 pagi sejuk tak hengat. Ala....u'ols pon kalau g mana-mana balik 4 pagi bukan mandi pon kan? kan? Opssss....






Ni pasukan yang tolong angkat mesin bbq dari rumah one senior ni ke rumah yg buat open house. Jauh tak jauh agak beza satu blok jalan la..berat lak tu. Angkat pkai tenaga manusia tau, bukan naik kete or naik lori......

Gambar kat atas dicilok dari Fb laki ai....


Ni la hasil satay kol 4 pagi....besau2 gamaknya. Kalah satay Hj Samuri u'ols! hehe time open house ni baru bakar then letak tak sampai 1minit, habis lesap.......yer la kat sini nak jumpe satay payah. Kalau ada pon mahal.



Semangat budak Undergrad si Fakri bakar sate.....sepanjang hari ko dok depan satay tu tak panas ke Fakri? fakri ni pandai buat kuih bakar ijau jugak u'ols. Bakal cikgu ni..kecik jer...kalau kena buli ngan anak murid aku tak tau la...


Bila jamuan raya ni yg seronok budak-budak la. Especially kalau pompuan yg kecik2 ni pkai kurung cotton. Alahai...sib baik anak ai lelaki, next year ai suh nenek diaorg pos baju Melayu je. Kan kat Jalan TAR baju melayu baby banyak kan?






Selain rendang 4 kg, sempat jugak la ai buat trifle resipi aunty Nani Rostam (Mak Hanis Zalikha). Tapi ai alter sket taruk cream cheese. Ramai orang cakap sedap...heheh puji la diri sendiri padahal diri ini tak sempat merasa.



Bukan takat makanan raya jer, 3 jenis laksa pon ada : Laksa Terengganu, Laksa Penang ngan Laksa Johor. *tetiba rindu laksa mak ai plak..huhuuh*


Dah masuk Spring ni, tumbuh lah segala bunga-bungaan yang ada kat rumah. Ni bukan rumah ai. Rumah ai takda bunga sebab dok umah bukan atas tanah...huhuhu



Mee Hoon Soto siap begedil. Malangnya begedil dah tenggelam dek kuah soto. Sedaaapp gila kuah dia. Rindu ai soto Johor kan. Ai kalau makan soto mesti kuah soto tu jadi hitam sebab letak banyak sambal kicap. Tak pedas tak best!


Jeng jeng jeng.....ni la rendang 4 kg ai kena masak tu. Siap ngan daun limau purut n serai ai letak skali, Hambik ko minyak berlinang u'ols. Walaupon ayam tu macam hancur sket sebab ai masak lama, tapi rasa rendang tu ada. Ala..1st time la masak rendang....ok la kan? cepat clap clap!! ;p



Ini anak one of Postgrad kat sini. Nama dia Khadijah...alahi...comel benau ko nih....kat sini kalau budak-budak kecik yg putih-putih kulit nya, time winter tu masing-masing pipi merah, idung merah. Gram ko! Rasa nak cubit2 jer...


Ni gambar beramai-ramai. Ni kira sket sebab sumer tak masuk, include la Tuan Punya Blog skali sebab tuakng amik gambar. laki ai tu pon menyelit jugak walaupon sibuk dok bakar satay. SLR wide lens pon lom tentu muat kalau semua masuk..heheh



Akak yang kiri tu buat PhD, anak 2 u'ols...selim melim....harap-harap kalau ai anak dua-tiga pon selim la jugak. Yang kanan tu Nadia, dia ikut husband further studies. Baju dia cantik beaded-beaded segala....ai kan gila beaded.


Diaorg ni ex-MMU (except dak lelaki baju itam ngan dak pompuan tudung pink). Tapi kira junior ai la sb coode diaorg "105" tak silap....ai code "102". Code amenda tu? Haaaaa...budak MMU jer tau! ;p Kecik kan MMU tu? ehhe Diaorg buat "working-holiday visa" kat sini. 

U'ols tau tak u'ols kalau teringin dok overseas kejap, u'ols bole apply "Working-Holiday Visa" kat Australia Embassy tapi ada quota jugak la n bole stay sini setahun n keje. Tapi dalam akaun u'ols harus masyukkk sebab nak kne tunjuk yang u'ols mampu dok sini...ada la banyak rules lain. U'ols tengok sendiri kat website embassy.


Ada la se-snap dua gambar ngan husband sendiri kan akibat si suami sibuk membakar satay. Sib baik la baju melayu tu tak bau satay...kalau tak, pnat jugak ai nak basuh...eh rendam jer ;p baju ai plak, ai recycle baju tunang jer. Dah tu je yang muat kan.....yang lain baju kurung moden ai bawak sume macam sarung cempedak. Sib baik MIL ai baru pesan kurung cotton aritu. Bole ai pkai raya haji nanti....




Ni rumah sapa punya pokok ai tumpang posing. Time ni awal Spring bunga banyak tak kembang lagi.....tunggu tengah-tengah musim nanti.

Ni antara Open House terawal kat Clayton. Next entry ada jugak open house..sampai nak terpengsan ai makan u'ols!!!

Monday, September 20, 2010

26....bukan ukuran. Cewaahhh

Seperti yang diwar-warkan kat FB, today genaplah umur ai 26 tahun. So takda la ai nak berahsia kan...every 20 September jer korang kira la sendiri umur ai makin meningkat...hehheh

Celebration? Takda la berparty segala u'ols. "Berparty" ngan husband sendiri jer.....opsss ehhh alaaaa......u'ols jangan pikir bukan-bukan plak. Maksudnya ai celebrate ngan husband jer la. Family and kawan-kawan baik sume kat Malaysia kan...

2-3 hari before besday, si husband ada la tanya, nak celebrate kat mana.....ai pon tak tau la...dalam kepala ni puas pikir nak makan ape...especially bila pregnant ni konon mengidam macam-macam la...orang cakap. Tapi alhamdulillah ai takda mengidam pelik-pelik nak daging kangaroo ke daging wombat ke apa... ;p

So ai cakap "Rasa nak makan Nasi Pecal Ayam kat Nelayan la...."

Husband pon pelik "Lorrrr tu jer....(mamandang kan nasi tu begitu murah mungkin)...."

Pelik kan? Orang lain kekdahnya sambut besday makan Italian la....Mexican la...Western la....ai ni makan nasik jer! Ntahla..since pregnant, Italian ke..western ke...sume ai tengok mcm muak. Nak makan Asian jer!

Ok la...layan gambar Nasi Ayam Pecal Nelayan yang ai nak akan sangat tuh!


Ni la nasi yang buat ai tak nak makan benda lain tuh! Bukan Nelayan letak kas-kas ke ape...tapi ayam dia memang terbaik. Tapi kan ai perasan pnah skali ai beli ayam dia goreng cara lain, ala penyet. Ni lain plak.
Tak kisah la....janji sedaaaappp menjilat pinggan!! hahaha teh kotak tu harussss sebab ai rindu teh botol!

Nasi dihidang bersama ayam goreng berempah, pecal (makanan orang Jawa- mix of ulam-ulaman timun, tauge,sawi, sengkuang gaul ngan kuah kacang, sambal belacan n keropok)

Pssttt...orang pregnant jangan makan tauge - not good!!


Muka happy la konon dapat makana nasi idaman...hahaha time kami pergi ni Nelayan full house. Baik Cina, Indon, Mat Salleh sume pakat lunch kat Nelayan.

Those yang datang Melbourne, Nelayan located in the mid of Melbourne CBD, kat Swanston St. Kalau naik train sampai Melbourne Central, jalan about 2 blocks. Beside Nelayan ada Currency Exchange (the best rate kat city I guess).

Pas kenyang makan nasi, kami jalan-jalan survey stroller baby kat David Jones. Harga not bad. Husband sibuk la nak baby jogger kan...ala....yang tayar 3 besau tu......tapi kami tunggu Melbourne Baby Expo dulu, kot leh dapat good bargain lagi.

On the way balik tu, singgah lepak Starbucks kejap, ai "geram" masuk Starbucks sebab pregnant ni ai tried to avoid coffee@frap. Asyik nak kne minum hot choc je. Nak Ice blended, tengah sejuk gigil lagi.


Ai tak beli air, so ai beli kek, kira kek besday la......hohooh Baked Caramel Cheesecake. Sedap giloss!!! Kalau pregnant ni, benda manis-manis memang la sedap je.....

Ada ke barista tu tulis nama ai kat cup tu "Berry" instead of "Betty". Ni mesti dia tersilap dengar slang Oz husband ai nyebut....hahahah


Ai yang pregnant ke dia ni yang pregnant??? Badan laki ai ni makin besau haaa.....makan jer keje!!

dan.....hadiahnyer......jeng jeng jeng...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Baby boom boom tummy in 5 months!!! 

Heheh sorry guiys, ai ni tak tau nak mintak hadiah besday apa. Husband ada la menanya jugak tapi......belom bernafsu lagi kot. Ai cakap kat dia tunggu sekali hadiah bersalin jer la...kot-kot ai bole dapat yang "besau" punya hadiah kan??? kan Yang????

Ai nak ucap terima kasih pada yang wish kat FB tu. Pada husband terchenta, thank you yer Yang layan ai yang mengada-ngada walaupon umur dah lebih suku abad. And pada family members and adik-beradik ai yang wish today, thanks sgt2. Ai rindu Malaysia..huksssss

Thank you guys!! 

Sayang korangggg!!!!!