Si Petite dan Tan Skin Headline Animator

Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Tuesday, October 26, 2010

Camberwell Sunday Market

Last Sunday (eh semalam la), me and my dear friend Nadia went to Sunday Market at Camberwell, one most vintage collectors should visit if you come to Melbourne!

Selalu I pegi ngan hubby dia malas jer nak stop every stall (tau la kan lelaki ni...tme kita nak pilih-pilih baju tu mula buat muka) pastu akan tanya "Dah ke..?...dah ke?" Pastu jalan laju je "menonong". So senang gi ngan member pompuan yang satu kepala so you'll have ample time shopping.

Camberwell Sunday Market ni bukak every Sunday (dah nama pon Sunday Market kan), open from 7 a.m to 12.30 p.m. If you're lucky, last minute shopping giving more marked down price. Ada sampai satu baju AUD 1 ko! Lelong lelong gitu......time lagi 15 minit nak tutup tu la korang le bargain ngan owner kedai kan.

And if you're really lucky, you'll hop and find a treasure of designer range!! Tapi mata harus tajam dan pandai pilih (so memang la bawak orang lelaki not a good idea unless dia mmang kaki shopping) ;p Like my friend Nadia, she's got Sonia Rykiel Metallic Pump for only AUD 18!!!

Vintage brooches and jewelleries pon banyak. Tips is jalan-jalan view dulu sambil tanya harga. Seller ni ada yang mahal ada yang murah. You don't want to regret your purchase if you buy something that you feel the price reasonable but there're others that could give you more great price!

So those, who come to Melbourne and plan to visit in future, don't forget to go to Camberwell Sunday Market.

Jom layan apa yang ada kat situ.


Jewelleries. Memang banyak...esp vintage!


New / Vintage Leather Goods


Books. As low as 50cent!!


Toys for kids....sib baik anak aku tak lahir lagi....kalau tak, dah rembat.


"Bapaku seorang punk" - Cool huh? ;)


Baaaagssss....banyak giler!


Kedai ni la we got Sonia Rykiel pump for AUD18. Banyak giler barang designer dia.....ada yang baru jugak. Makcik ni satu family niaga ok. Dari ayah, mak sampai ke anak jual barang..best kan? 

Actually, ada je lagi gambar nak letak, tapi ntah Blogger ni bila nak post gambar menegak, jadi melintang plak gambar tu....

Camberwell Market ni dah wujud since 1976 lagi...lama kan? Dan dah kutip about AUD 9 mil untuk charity.

More info about Camberwell Sunday Market HERE

Aaaahh...I will this market bila balik nanti. Tapi Malaysia pon dah banyak flea market yang best. Harus mem"visit" bila balik... ;)


Monday, October 11, 2010

Jalan-Jalan Botanical Garden

The weather was great, though it's 20 degrees.

The sun shines brighter. The sky was blue.

And spring mood was coming.

So....we thought of paying visit to Botanical Garden! *percubaan untuk pergi minggu lepas tertunda akibat tiada parking*


Read about Royal Botanical garden Melbourne HERE.


Enjoice the pictures!!!

REMINDER : Tonnes of pictures, less stories ;P




I was about to go to toilet, ya'll know pregnant woman always "synonym" with toilet. *Sempat jugak husband I suh posing depan toilet* Anyway, the toilet very clean and smells good and most important, FREE! Cuba kalau public toilet kat Malaysia....bayar 30sen pon masuk menyumpah! Opppss!!!


Mak buyung baru jalan sikit dah sakit pinggang. Al-kisah naik bukit pon dah semput u'ols! Siap nak kena tarik ngan husband baru larat!


"Termenung ye bang?" mengenang nasib bakal ditinggalkan isteri lagi 2 minggu...sob sob ;(


6 months of pregnancy. Eh ada lagi shape aku ni...hahahah. Muntah u'ols dengar!



Hah...tak payah gi padang pasir nak tengok kaktus. Ni hutan tengah bandar pon ada!




Husband I kalau bab gaya merepek amik gambar, sila la bagi kat dia.....


"Ini buka photoshop yer....ini betul-betul " sila baca dalam nada Pendekar Bujang Lapuk. Air Advert katanya!



Actually, bunga belum bekembang mekar lagi time sekarang. Kalau nak betul-betul cantik kena tunggu November.





I love my Brogue from Cotton. Comfy and senang pakai time preggy ni....




Perut yang bulat dan membesar dengan jayanya!! ;)



Cuba teka yang mana satu jantan, yang mana satu betina? ;p


Pokok "Bottle Brusher" katanya. Ala2 berus botol budak gitu........ but not fully blossom.





Hah! Apa tu? Belut ok!!! Belut dan itik hidup aman dan damai dalam tasik...





Ni kalau nak duduk pon tengok-tengok..kot2 ada taik itik ke...sebab itik yang dalam kolam tu selalu jer lompt keluar. tapi I tengok mat salleh selamba jer siap baring2 tepi kolam lagi...hahaha





Ditujukan kepada "Travel Junkies", I wish you guys were there so we could do that...berkelah!!!!!


Hah..bukan manusia jer berubat. Pokok ni pon sedang diberi rawatan rapi gitu.
Aussie sangat jaga environment dia esp. bab pokok-pokok ni sebab pokok jer yang bole buat kawsan tu redup dan nyaman.


Pokok yang sedang diberi rawatan




Dah puas bergambar...??
.
.
.


Jom balik...!!!! Penat ok jalan satu Botanical Garden. Tu pon tak habis pusing. Glass House pon kitaorg tak dapat masuk sebab tutup. Under construction kot.


P/S : Betul ke kalau perempuan tu suka buat kerja rumah....I mean mengemas then tak suka make up time pregnant, dia sebenarnya pregnant anak lelaki? orang la yang cakap....I tak cakap pooonnn!!!!!


Monday, June 14, 2010

Safely Arrived!


Sorry korang. I dah selamat sampai ke "kampung halaman" suami terchenta! Seminggu lepas ni masih lg dlm mood mengemas baju, unpack semua barang, kemas rumah dan bershopping apa yg patut. Serius**t the word SALE are everywhere here in Melbourne. Ala2 Mid Year Sale kat Malaysia gitu tp lagi hebat sb diaorg nyer "STOCKTAKE SALE" means barang lama harus dihabiskan sebab bawak masuk barang baru!

Haaa...cite shopping2 nanti kita sambung balik ye. Btw, I naik Air Asia X haritu sebab hubby cakap seat dia dah comfort and bole lean. Betul! Tak rugi bayar murah you!! I can say I got 60% cheaper than MAS. Seat comfortable means I bole tido dengan lenanya! Siap baring2 sebab kerusi untuk 3 orang tapi I dok sorang2 je. And service pon dah ok. Stewardess pon dah cantik. Dari 4 star I bagi 3 star la.

Tapi nak compare to MAS mmg jauh la. Nama pon "budget airlines" kan. MAS tetap hebat. So kita compare "apple to apple" bukan "apple to strawberry" ok!

OK la...today Aussie cuti. Jadi kami dok umah bermalas-malasan je sambil marathon movie! :)

Toddles!

Wednesday, July 29, 2009

Dua Nama Satu Impak

Umum mengetahui berita kematian pengarah tersohor Malaysia, Yasmin Ahmad minggu lepas. Selepas ini, saya akan sangat-sangat merindui cerita-cerita profilik beliau.

Tiada lagi iklan-iklan Petronas yg sangat menyentuh hati

(Masih ingat iklan Petronas Janda dan 7 Anak??)

Tiada lagi lelaki Melayu memakai kain pelikat dan perempuan berkemban,

Tiada lagi lagu-lagu sepeti Hujan (siapa tengok Mukhsin tau la),

Tiada lagi cerita percintaan antara Melayu, Cina dan India,

dan tiada lagi cerita dialog-dialog yang selamba (bkn dialog cerita Yusof Haslam).

Walaupon saya tidak menyertai pengebumian beliau, dari apa yg saya baca di akhbar, kira-kira seribu peminat dan rakan dari pelbagai kaum datang menziarahi. Bukan senang mahu kumpulkan semua kaum dalam satu acara kematian. Tapi Yasmin Ahmad berjaya dalam niatnya tersendiri bahawa kita harus bersatu-padu dalam kehidupan sesebuah negara. Nama pon "1Malaysia" kan??

Kalau dulu, saya mesti akan tonton setiap filem Yasmin. Walaupon ada orang tak suka sesetegah filem dia kerana terlalu terbuka tapi itulah realiti. Bukan filem cinta mengarut. Bukan filem anak orang kaya bercinta dgn anak orang miskin kemudia dapat tentangan dari keluarga yang kaya dan keluarga kaya kahwinkan anak diaorg dgn anak orang kaya lain. Apakah???

Walaupon secara realitinya keadaan itu mungkin berlaku tetapi Yasmin berjaya membawa satu kelainan dalam persepsi filem Malaysia! Syabas Yasmin Ahmad.

Dan berita kematian Allahyarham Yasmin Ahmad saya ketahui pada malam saya di Genting Highland. Bercuti la katakan. Menenangkan fikirian di tempat yg suam-suam kuku sejuknya. Walaupon keadaan negara dalam H1N1 dan jerebu.

Pagi itu, semasa meninggalkan Genting, saya lihat Genting dari bawah.

Wah, besarnya Genting ni!! Bijak sungguh Tan Sri Lim Goh Tong dalam membina empayar Genting Highland dengan jumlah pelaburan beratu-ratus juta dollar yg menjadikan beliau antara manusia terkaya di dunia. Yang penting, Genting Highland adalah tempat yg menjanjikan keseronokan. Jangan cakap anda tidak pernah ke Genting ya!! Hatta zaman sekarang, bayi yg baru 2 bulan pon dah boleh jejak Genting ok!

Bagi mereka yg bukan beragama Islam, Genting adalah "syurga" mereka yg mengejar kekayaan atau mencapai tahap bankrap yg menyebabkan anda menanggalkan baju apabila kalah berjudi. Tapi bagi sebahagian keluarga, Genting adalah tempat untuk membawa anak-anak mereka ke alam fantasi. Yang kaya dapat la pergi Disneyland. Yang sederhana, Genting mungkin sudah memadai.

Penyatuan pelbagai kaum dapat saya lihat di Genting. Sedang saya menunggu nombor giliran 342, saya lihat sekeliling, dari generasi pertama (atuk,nenek) hingga bayi 1 bulan (ibu pon belum tentu lepas pantang) duduk menunggu giliran di situ. Bukan sahaja rakyat Malaysia, malah pelancong luar juga berpusu-pusu mendaftar dan menuggu giliran. Malah ada juga Hari Keluara sesebuah syarikat di situ.

Mungkin inilah yang diidam Tan Sri Lim Goh Tong. Membina sebuah taman impian ramai nun jauh dari kesibukan kota.

Bagi saya, Genting banyak menyaksikan penyatuan dan merapatkan hubungan kasih sayang. Tidak kira keluarga, rakan-rakan, suami-isteri, pakwe-makwe. Kalau pakwe-makwe tu pandai-pandailah tanggung dosa sendiri ye!

Lupakan siapa Yasmin Ahmad pada kehidupannya yang lalu,

Lupakan keburukan kasino Lim Goh Tong (judi itu HARAM bagi Islam),

Yang kita harus ingat adalah sumbangan dua nama ini dalam pembangunan diri kita, masyarakat sekeliling dan negara.

Al-Fatihah Allahyarham Yasmin Ahmad (1958-2009)
RIP Tan Sri Lim Goh Tong (1918-2007)

Thursday, July 9, 2009

Melawat Melaka Bandaraya Bersejarah!

Akhirnya, entri yang di tunggu-tunggu *oleh saya je*. Setelah berminggu-minggu anda disajikan dengan cerita yg tidak kurang bosannya. Kali ini, ada entri gambar yer.

Ini perceritaan gambar ketika saya dan rakan-rakan melawat negeri "asal-usul" kami.

Melaka Bandaraya Bersejarah.

Harus saya katakan, Melaka telah mengalami perubahan yang begitu drastik, pembangunan yang begitu cepat. Dalam masa 3 tahun, Melaka berjaya menjadi "identiti" Melaka yang asal. Syabas buat Datuk Seri Wira Ali Rustam *ye...Datuklah tempat saya mencari sponsor untuk aktiviti di MMU dulu*

Dengan kilauan bandarnya pada waktu malam, sesuai dgn target menjadikan Melaka bandar"bercahaya", pembangunan sisir Sg Melaka banyak berubah! Malangnya, saya tidak berpeluang untuk merasai pembangunan sepeti River Cruise dan Menara Berputar. Tidak cukup masa ok!

Yang saya sangat rindu adalah Jonker Street. Nyonya asam laksa idaman saya dari KL lagi bersama air kacang extra gula melaka.....ffffuhhhhhhhh!

Malas mahu cakap dengan lebih panjang, sila nikmati gambar-gambar di bawah!

Nak rasa pergi la sendiri yer..... ;)



Nyonya asam laksa adalah makanan yg paling sedap dan dinanti ketika anda melawat Jonker Walk (selain tart nenas yg sedap dan lepak di bar berdekatan). Kat sini anda harus beratur dan "cop" tempat. Kalau tak, alamat sampai besok belum tentu dapat makan. Tak caya?

Korang scroll bawah lagi.......


lagi.....
lagi...opsss...ni kuah bagi "Goreng-goreng"




Ini tangan siapa nih?????

Haaaa....tengoklah! Dia punya beratur........kalau tak ye ye, bole putus asa kot. Nama kedai ni Jonker Dessert.


Beli magnet terompah pon boleh pakai kredit kad tau! RM 30 ke atas jer..

Pakcik ni daripada zaman saya belajar lagi dia dah buat bisnes nih. Tak silap saya, saya masih ada hasil kraftangan dia kot.....



Kalau pergi Melaka, tak saha kalau tak ke Umbai. Jalan ke Umbai pon dah lain. Tiada lagi jalan yg teruk. Ini kerana Lebuhraya Melaka-Muar telah siap sepenuhnya. Cuma jalan baru ni gelap sikit sbb kita tak lalu rumah-rumah orang lagi. Pilihan kami adalah "Umbai Lama". Umbai baru kurang "kick" lah!


Banyak lauk kami pesan...ikan, udang, sotong tapi buat mcm mana, belum sempat ambil gambar sudah ada makhluk yg men"offer" untuk aksi di bawah......
licin habis la lauk-lauk yg ada.

Yang bawah ni, gambar-gambar yg sempat diambil ketika di Melaka. Walaupon asyik-asyik pergi A Famosa dan Stadhuys tapi sekali sekala seronok juga!


Model Roti John..aha! Korang tau-tau je la..kalau dah nama mamak, semua negara ada roti john lah! Sampai pelik aku tengok roti john tu.



Model MBMJ??? Tidaaakkkk!




Aksi mahu "bunuh diri". Rilek Aliff...ko muda lagi! Hahhahah...






Kalau datang Melaka, tak sah kalau tak gambar dgn kapal terbang dan kereta api... :)



Jumpa lagi di Melaka!!


Gambar diambil oleh : Betty Abas dan Seth Madzrina menggunakan kamera Gha Abas

Walaupon saya tidak meletakkan signature pada gambar-gamar saya, jika anda bercadang utk mengambil, sila la bagi kredit. Percubaan untuk mengaku gambar ini anda yang punya akan menyebabkan anda tidak tidur malam atau mengalami sakit kurap yang berpanjangan.

Harap Maklum.



Pssstttt...psssstttttt....budak MMU dan siapa ambil IT, ada dengar cerita lecturer kita tak? eh..bekas la.....lecturer yg kedekut markah ditangkap sebab terima rasuah dari pelajar supaya bagi gred baik. ah la supervisor aku masa praktikal dulu. He's a nice lecturer cuma kedekut markah jer. Trademark dia suka betulkan rambut....ceh!