Si Petite dan Tan Skin Headline Animator

Monday, October 1, 2012

Raya Dulu Raya Sekarang....

Shoohh...shohhh.....*lap lap habuk sket*

Dah masuk bulan 10 aku baru nak upload gambar raya? Sangat la bukan blogger of the year kan. Mintak la maap sebab bila nak time update je, si kecik ni dah sebok dok memanjat kat kerusi terus dok kat riba. Last-last blog ntah ke mana, youtube dia nak tengok.

This year, i'ols beraya sebelah husband tercinta. Ye la..dah kawin namanya, harus bergilir-gilir la uols. Barulah damai rumah tangga...cecewaah. Don't worry, we didn't have any argument or tarik-tarik rambut or masam muka merajuk bagai ataupon memberi rasuah kepada Faatih pilih nak balik kg mana. :)

*tapi kalau Faatih dah memahami "rasuah" seorang ibu, mek try jer!" hahaha

Tahun ni balik kg MIL kat Kedah so Jumaat malam kami dah join pengguna highway bersesak-sesak. Iols tak drive jadi mem besar jer. Tapi lenguh kaki gak sebab slalu blk Johor 3 jam maximum. Ni dekat 7 jam and pit stop skali jer.

Nak tanya beza raya Johor and Kedah? Tak la beza mana pon tapi dari segi hidangan tu berbeza la. Selama ni Raya, mak iols mesti tak miss ketupat, rendang, kuah kacang, daging masak sate ngan kuah lodeh. Very the traditional raya one. Tapi kat kg MIL ni tak pon benda-benda tu sume. Diaorang advance. 

Sib baik la my mum dah masakkkan hidangan raya kat anak kesayangan dia ni one week before raya...that's why I love my mum!! Dia selalu memahami pola pemakanan anak-anak dia.....

We ate nasi daging on 1st raya! Nasi daging MIL iols terbaik di alam semesta....I like! Especially acar tomato + cili padi...pedas dan sedap!



Last year raya, faatih 6 bulan and tak pandai jalan. Now dia la yang sibuk jalan sana sini. This year bertiga...next year....eh tidak! Laki bini badan makin naik, harus slim diet dulu....hahhaha


Balik kampung, control tv pon dia sibuk pegang. Masa ni tak reti sangat tengok Upin Ipin / Boboiboy. kalau sekarang, I makan hati tengok fav show...melepas!


Kalau dulu, Faatih tak pandai makan sangat sebab 6 month still breastfeeding lagi. Makan puree pon sikit-sikit. Tahun ni, haaa...amik...dah pandai bukak balang kuih hokeh!

At first I tak aspect dia suka kuih-kuih ni tapi dah nama budak, mana dia rasa sedap tekak dia, yang tu la jadi favourite. In Faatih's case, dia suka kuih bunga dahlia tu. Ala...macam dalam Upin Ipin. Haa...uols, I pon terjebak tengok Upin Ipin!! Kebetulan mak sedaranya kuih tu sedap, itu je la yang dia balun. 

Sometimes, I risau sebab too much sugar, tapi lepas tu terus push dia minum air masak banyak-banyak and try sorokkan kuih tu. Tak berjaya at all.....





This is the only picture Faatih stay still, tu pon mata dok tengok kuih...nak makan lagi katanya.......


Adik ipar iols, single and available..eh..eh...... :)

Hubby's side had a small family circle and most atuk/ nenek sedara ramai dah takda. So we only visit few house. Sempat la kenal mana pak sedara / mak sedara. Unlike on my side, we had such a big family. Bayangkan cucu nenek sebelah ayah iols pon dekat 40 orang and I'm the 3rd eldest! nasib baik umah nenek I belum tahap runtuh bila semua kumpul.

And dad's side selalu ada rombongan beraya berama-ramai. Means all of them 7 siblings ngan skali anak beranak serbu rumah atuk / nenek sedara yang masih hidup. sekali jalan sampai 10 kete. Ko hado? Dulu I ngan my sis selalu kena tinggal beraya coz we usually siap sangat lambat. Pagi tu la baru nak gosok baju, make up and all. At the end, tumpang kete sape2 yang lambat sb my dad sangat punctual ok. Kalau dia kata kol 9 pagi, mesti 9 pagi dah start enjin kereta. Ada kalanya, we used to hate that, macam kena paksa beraya. Tapi bila ingat balik, I really missed that! And really thankful to my dad sebab dia selalu cakap, buakn paksa ke apa tapi nak ajar kenal sedara. Takda la esok berlanggar bahu tak tau pon sebenarnya sedara...


This year, Faatih dah pandai jalan sendiri so me and hubby have to control him bila beraya. Tapi dah nama budak-budak bila kita cakap jangan, tu la yang dia buat. Sekarang, rasala iols menjaga anak sendiri.



Kalau orang lelaki baju Melayu satu jer, Faatih got 2 this year. senang iols, MIL yang belikan semua. In fact, baju raya iols anak-beranak ngan laki skali MIL belikan. See, siapa cakap ada mertua tak best???


Since, tak balik Johor, pakai baju  melayu Johor pon jadi la kan, Faatih?


Usually raya, I akan buat kuih wajib conflakes bermadu. dah tu jer yang senang. This year, cam malas jer walaupon jadi housewife sebab Faatih pandai nak kacau sana sini. So, me with SIL sempat la buat chocolate  moist cake yang turned out menjadi brownies, muffin ngan pavlova (pon tak mejadik) hahahah


Chocolate moist cake yang telah bertukar menajdi brownies akibat memandai olah resipi sendiri. Rasa sedap hokeh, tak tipu!!


Muffin yang sangat berjaya! Sedap jangan cakap la....iols bole buat jual amal. Konfem sold out mcm baju Jovian.


Pavlova yang tau mana silapnya. Kat tengah-tengah tu lembik.....


Raya is the happiest day ever...tapi..........after 1 week tinggalkan umah, something horrible happened to our home! Apakaaah???? Nanti iols cerita......sapa yang ada fb, IG I tu tau ler.......



No comments: