Si Petite dan Tan Skin Headline Animator

Wednesday, November 18, 2009

"Keropok Baby" Bukan dari Janin Bayi

Siapa masa dulu dia pernah makan muruku kat bawah nih???



Yer...muruku ikan ni glamer dari aku sekolah rendah sampai lah sekarang dia dok jual lg. Siapa yg tak pernah makan muruku ni mesti dia tak skolah kat Malaysia atau pon dia tak duduk Malaysia ataupon dia mmg tak mkn "jajan" (jajan - panggilan org Jawa pd makanan ringan. Sapa Jawa tau la..).

Aku mix Jawa-Bugis tapi tak reti ckp Jawa sbb parents aku pon tak reti. Tapi mengaku Jawa...hahahahah
Teringat masa zaman AF-Mawi dlu. Bila Mawi ckp dia "Jowo" sumer la artis mengaku dia "Jowo" konon. Boleh blah padahal before that sure ko tak nak mengaku smpi artis Pan Asian pon mengaku dia Jawa sbb bapak dia org Johor. Adalah artis tu kan......kisah lama.

Eh aku bukan nak citer pasal Jawa..pekehal kan? Nak citer pasal muruku ni....

Hari tu adik aku dok bli muruku ni kan highway. Excited muka dpt bli muruku ni setelah sekian lama tak mkn. Bukak punyer bukak, harga RM 2....sekali isi dlm ciput! Tuang dlm mulut ko skali jer dh habis. Apa daaa....tertipu! But still aku respect sama dia punyer manufacturer. Bertahan smpi skrg ok! Business puluh-puluh tahun buat muruku gambar baby.

Apa related baby dgn muruku pon aku tak tau...korang tau????? Mungkin ini makanan bayi? Tak Mungkin la kan...atau owner dpt idea buat muruku time dia dpt anak pertama ke...wah suka hati aku nak mentafsir asal usu muruku bergambar baby ;p




Silap adik aku jugak tak tgk berat dia...laaaa 70gm jer. Cissssss....disebabkan muruku tu tebal, maka sket la isi nyer. Tapi kami tetap kongsi mkn dgn penuh kenikmatan (kenikmatan mengenang kisah zaman kanak-kanak..poyo..!)






Tetiba aku rasa nak mkn Rota, Din Dang, Tora, Nini Coklat Celup-celup. Hahahhahaha

Harus dapatkan di kedai runcit berhampiran!!

3 comments:

reena said...

Eh sukaaaa maruku ni. Memang lama kan ada kat pasaran? Dari kita kecik sampai besaq.

Bf i tak tau jajan tu apa walaupun dia sekolah rendah kat M'sia. Bongok arr dia tu BM teruk padahal dok US masa kecik2 bape tahun je. Sekolah rendah sini jugak. Hohh.

CJ said...

kamu pon 12hb?
one of my bestie pon on 12th.

tp sy xpat hadir bcoz parents are coming to town.

Ismail Fitry said...

Hi,

Memang saya suka benar keropok ikan ni. Tapi masa kecik kecik dulu beli yang saiz kecik je. Rasanya 10 sen sebungkus kecik.

Memang tak sabar nak balik Malaysia, nak makan keropok ni.


Anyway, nak mintak izin dengan owner blog, nak pinjam gambar keropok ikan ni untuk my next blog post. Thank you.