Si Petite dan Tan Skin Headline Animator

Friday, October 8, 2010

Dilema Memilih..................................

................................................................nappy bag!

Hah! Mengada kan? Ingat I nak beli designer bag ke?? Eh tapi nappy bag ni agak penting la jugak. Ye la..nak menyumbat peralatan bayi, make up mummy dia, botol susu segala macam la kan.

Memula I ingat baik beli Longchamp or LV Neverfull. Senang! Mummy bergaya, anak bergaya sekali. Wahhh gitu kan...arakian "sambil menyelam minum air". Mau terbeliak biji mata laki I. Tapi nak ke beg-beg itu disirami ngan bau-bauan Baby Oil mahupon burp clothes yang telah di"burp"?? No-no..not practical.

So ciri-ciri memilih nappy bag (bagi I) adalah seperti berikut :

1- Warna yang universal - means anak lelaki ke perempuan ke...padan je bag tu yang nak dikenakan. Ala..bag tu korang sangkut kat stroller jugak kan?


2 - Saiz yang praktikal - Tak besar, tak kecik, sedang-sedang je. Dan agak-agak supaya kalau disangkut dibahu tu tak la hazab berat sangat. Tau la kalau dah sumbat dengan segala macam "harta" anak-anak macam nak bawak satu almari kan padahal nak pegi kenduri kawin member yang tak sampai sejam duduknya. Hh copp..tapi shopping berjam-jam!


3 - Quality material - yang kalis air, kali peluru kalis api segala!! Senang lap, senang cuci kalau berlaku "ketidaksengajaan" kotoran ke atas bag tersebut.


4 - Lastly, ni paling PENTING ok! Yang coraknya or bentuknya mampu dibawa oleh si bapa. Ye la, kadang-kadang bila part baby, semua mummy nya jer.....ayah nyer macam takda sumbangan padahal yang menjadikan benih, yang mengeluarkan duit tu banyak ayah nya. So at least, laki u'ols tak malu la nak bawak nappy bag tu kan? Mari membayang laki u'ols membawa Longchamp ataupon LV Neverfull..........eehhmm nak?

Jadi, marilah cuci mata or tolong pilih mana satu yang sesuai :

1 - Baby K Nappy Bag




At 1st, I macam kurang berkenan sebab lining dalam dia leopard print. I dunno what's wrong with me with that kind lining leopard print. Padahal ok je. I dah tengok in real life the bag. Size, material sume not bad. Cuma bab dia terlalu "open" not fully covered. Tapi cccunnnnn!!!! Ok la kan? Hitam bergaya...laki I pon tak malu kalau bawak. Silap-silap, dia pinjam bawak p ofis ;p


2 - Oi Oi Nappy Bag


Oi Oi very the Australian kan. Kalau kat sini, mostly semua mak-mak pakai Oi Oi la.This like a hobo handbag. Harga pon tak da la mahal sangat. Tapi bag ni harga dia beza ngan Baby K tu tak jauh beza. Yang Oi Oi ni confirm kali air sebab dia PU material. Seperti ciri-ciri yang disebutkan, universal, tak la terlalu besar dan mungkin kaum bapa sanggup nak kendong. Corak daun-daun gituuu....Spring Season la katakan.


3 - Oi Oi Nappy Bag



Oi Oi jugak! Tu la I kata Oi Oi ni glamer. Kalau u'ols gi tengok kat website dia, rambang mata! Yang ni lain sket bentuknya. More firm shape. Material PU. Bole jugak sumbat 2 botol susu kat kiri kanan sama macam yang atas...tapiii....tapiiiiii............corak butterfly!!! Ala...comelnya!!!!! I love the color combination. Not bad. Universal. Cuma bab butterfly tuh, kalau suh laki I pegang agak-agak sanggup tak dia? Tapi ni messanger bag....mesti bole kan? kan??

So agak-agak mana satu eh? Naluri I kuat kat Baby K tu...... ;p *cakap jer dari dulu nak yang tu kan so takyah la nak suruh orang pilihkan* taaaapiiiii I nak jugak yang butterfly tu. Kot2 I dapat baby girl ke lepas ni??? Wahh gitu samapai 2 nappy bag ko nak yer Betty. Tamak btol!!!


Ok. marilah sama-sama kita bermeditasi yoga sambi memilih bag mana nak. Huuurrrrmmm....ehhhhmmmmmm........................


Picture takes from : Mothercare Australia, Oi Oi.

4 comments:

reena said...

I vote for no 2!

Macam boleh dibuat handbag jugak.

Alice said...

Betty,

Longchamp tu macam best je buat baby bag. Boleh buat handbag skali kan, tade laa busuk mana burp cloth baby tu.

SiGedikDariScotland said...

ehh cantik sangat kan. kalau aku sure nak ada kaler pink, biarlah bila bapak baby bawak jadi perhatian sikit.kui kui.

Betty A. said...

reena : tu la..sesak2 bole buat handbag kan. yg ni i x jmp jual kat kdai lg. so kalau nak kne bli online. so x dpt nk merasa pegang2.

k.alice : tu la k.alice. kalau Longchamp Le Pliage yg besar tu bole je tp dia mcm lembik la n x da compartment. kira akan bersepah la brg2 dlm tu kan.

gha : hahah hilmi x ske pink. tp ok jer sbnrnyer. bnyk je kalau brand Oi Oi tu.....aku ni ka ske hitam je...