Si Petite dan Tan Skin Headline Animator

Tuesday, November 30, 2010

It's a scariest and.................shame! Part 2

ok...mari bersambung...............sampai mana? hah! komplikasi yang I bakal hadapi............

Bila doc cakap pasal komplikasi je I dah seram sejuk........but Dr Chew ni dia memang terus terang habis. No sembunyi-sembunyi or bagi harapan kat I. Yes! No ayat "Don't worry, u'll be ok" or "Don't worry, nothing serious happen" tapi........ayat yang kuar dari mulut dia which I can recall


"Ini saya cakap terus terang ye. If betul you punya air ketuban keluar, kita kena cepat keluarkan baby. But bukan kat sini. I akan assign you terus pergi GH (General Hospital) sebab paeditrician kat sini tak bole terima your baby sebab dia lahor pre-mature. You paham kan apa saya cakap ni?"

I just angguk dengan lemah nya and jawab "Faham..." and dia sambung balik,


"Because why I hantar you pergi GH? Sebab your baby akan lahir pre-mature means tak cukup bulan. You're in week 27 now. So berkemungkinan dia lahir abnormal or mungkin dia tak bole survive lama...."

Korang bayangkan la kalau doc cakap macam tu kat korang???? Dah la ni 1st pregnancy untuk I and bila I dengar ayat doctor tu I terus jadi sedih giler!!! Dah la I sakit kan ditambah dengan husband takda kat sisi time...yes!! No husband!!! You're alone!!! Thank God I ada my mum tapi dia duduk kat luar labour room time tuh so I quiet depressed. Mula la pikir bukan-bukan. What IF I LOST THE BABY?? What IF MY HUSBAND TAK SEMPAT TENGOK THE BABY?? Macam-macam ok...! Allah jer tahu hati I time tuh.

But one thing I realized, I tak nangis langsung! Knowing me yang cepat nak nangis walaupon tengok citer2 sedih kat tv ni, tapi bila doctor cakap macam tu, I bole kuatkan hati supaya jangan nangis. Because masa before doc sampai I tak putus-putus baca Fatihah, ayat Kursi ngan Yaasin. Yes, I bawak Iphone masa tu. Dalam Iphone kan bole download Quran apps, so I baca je Yaasin mintak pada Allah that nothing bad happened. Tapi I paling ingat husband je masa tu. Sebab bila kita pregnant ni, sumber kekuatan kita tu banyak datang dari husband kan. ye la..dia pon "penyumbang" yang kat dalam perut ni kan.

Then doc nak buat scan nak tengok if betul air ketuban I keluar. Before that dia nak check betul ke kepala baby dah sampai bawah then dia check guna spoon tu...ala...yg mcm mulut itik tu. They scoop alat mende kat your vagina then dia rasa guna sudu kayu. I bukan tau term2 hospital ni but I saw apa dia buat. Then dia masukkan jari nak rasa kepala baby. Ya Allah! Tuhan jer tau betapa sakit masa dia nak scoop and bukak vagina I. Agaknya mcm tu la salah satu rasa sakit nak bersalin kan? Eh ye ke?

Then dia cakap, kepala baby jauh lagi. So dia terus nak scan baby. I kena tolak dari labour room ke bilik Dr Chew untuk scan kat tingkat bawah. On the way tu, dada ni rasa mcm dah berdebar-debar dah. But sambil doa yang tu bukan air ketuban la...bila masuk bilik doc, dia scan...............

Doc tengok..............ha....ada je air ketuban I. Penuh lagi and nampak baby gerak aktif!

"Eh......ni air you banyak lagi. Air you cukup and baby pon gerak active." I saw baby tu macam menari-nari kan sebab kaki dia dok gerak2.

I was like "Alhamdulillah............." No harm on baby.

"I rasa yang tadi tu bukan air ketuban la....I rasa you terkencing ayb sebab you tak bole nak control your kencing. So baby is fine"

Hahahhah.........................aku terkencing ko!!!!!!! Malu gila weih..................mcm budak kecik jer kan???? Dah la dua kali plak tu,....haiyyooooo!!!

That night, I kena admitted. Malam tu jugak tido hospital. Al-kisah I ni balik sebab nak tengok adik I kawin. ye la...adik kawin, sapa tak mo tengok kan? Last-last I tak dapat jugak tengok dia nikah and sanding. Sian kan I?

One thing I rasa lonely kat hospital sebab no one temankan I. Ye la.....husband jauh beritbu batu. My parents plak sibuk uruskan kenduri kahwin adik I. PIL pon jauh kat KL. Tapi I kesian tengok my mum la....kesian sangat sebab dia dok penat buat keje untuk uruskan majlis kawin, I plak kena admited.

Hari Jumaat baru I bgtau husband yang I kena admitted. Sian dia. Tak duduk tenang nak buat keja. But I told him jangan risau coz my PIL akan datang. At that point of time, I rasa rindu sangat kat dia.....yer la, sakit sorang2 kan.

Sib baik all the nurse and midwife baik-baik belaka.





Hah....sepanjang dok hospital tu I kena C.R.I.B. CRIB means COMPLETE REST IN BED. I tak dibenarkan turun dari katil. Even nak kencing pon kena panggil nurse suh nurse amikkan "back pan". Ala...bekas yang dia letak bawah botot tu then korang kencing je dalam tuh. memang jer I tak biasa sebab ye la...nak cuci sume susahkan. Tapi oleh kerana nurse ni baik, dia amikkan kan la I gayung and tissue untuk bersihkan.

Tapi after 2 days, I pergi je kencing sendiri kat toilet. Toilet dekat je dalam bilik memang dah ada cuma bila jalan tu...agak sakit la "bahagian bawah" nun kan. Macam orang kena sunat pon ada....hahhaha ye la. I dok pkai kain batik je kat hospital. Tak penah2 aku nak berkain batik kan.

During kat hospital, my PIL dari KL datang. Diaorg temankan I even kejap sebab langsung g kenduri kawin adik I. I kena admitted start dari Khamis malam Jumaat sampai Ahad pagi. My parents plak datang everyday tapi kejap2 je sebab nak uruskan wedding. Sian tengok my mum masa Sabtu malam dia datang tengok I, siap tertido kat katil I sebab penat sangat. I terharu tengok ramai yang concern. And I feel thankful sebab I still have families yang ambil berat sakit I sume.

My mum siap bawakkan nasi beriyani lebih untuk nurse and midwife yang shift malam! Hah...siap berjamu nasi beriyani masing-masing. makcik cleaner hospital pon dapat skali u'ols!!!

To my frens yang tau and keep asking my condition, thank you so much!! And especially my husband, my familiy, my PIL, my makcik2, Atuk and Nenek I...luv u guys so much!!!! Tanpa korang semua, I tak mungkin bole hadapi benda ni sorang.

And thank to Putra Specialist staffs/nurses/midwives yang jaga I. And Dr Chew yang walaupon mula2 agak sarcastic tapi sebenarnya dia ok. Ada sorang midwife nama Zaharah tu, siap urut2 kan kaki I lagi ngan naikkan peranakan I. Dia kata urat kaki I tegang sangat. Dia tu memang bidan terkenal if dia off duty. Lepas dia urut I tu, rasa mcm lega giler....and I tak rasa nak kencing sangat dah.

Oh...oh.........I sakit apa sebenarnya???? Apa puncanya????? Haaaaa......tu I buat lain entry k.........sambung Part 3 babeh!!!!

*Cewahhh...dah sihat bole la nak ber"bebeh" yer...hahahhahah

6 comments:

Lynn said...

wow! good to know u and baby selamat. you are one strong woman! ;)

yaNa MaLeK said...

glad to hear that you and baby are ok..hope everything will be fine ;)

take care

Nadia Dzai said...

sbb tue laaaa aku takuttttt nak pregnant. dah la sorang2 kat sini kakak, dengar cite ko, dah rase mcm takuttttt gile.

aku pernah dok hospital tak boleh turun katil, pelik jeeee kencing guna bekas tue kannn? aku pernahhhhhhh!! hahahah

mrs adam said...

part 3pls,nk tahu punca.heeee

Betty A. said...

lynn : yes, alhamdulillah ;-)

yana : i pon sama...takut giler. neway, thank u :-)

Betty A. said...

nadia : ala kakak, at least ko ada azli if anything happen...uhuhuh

kan...aku malu je kencing dlm bekas tuh...tapi dh nk kencing, nk wat camner kan....

pidah : dah sambung...hehhe