Si Petite dan Tan Skin Headline Animator

Monday, May 9, 2011

Panduan Untuk Bakal Ibu Bapa! $$$

First thing first, I nak congratulate my only one younger sis Najihah Abas for her pregnancy!!!
That means Faatih ada cousin untuk dibuli....walaupon sebaya :P


Since this is her 1st pregnancy, why don't I guide her in preparing her arrival. Tak tau lagi la baby boy ke girl kan. And kepada bakal ibu bapa yang lain bole jadikan entry ni sebagai panduan untuk menyambut si kecil :)


Kebanyakan kita confuse dan tertanya-tanya, apa la barang yang perlu dibeli untuk baby...baju berapa pasanga, mitten and booties nak berapa helai, blom masuk stroller, katil, baby bath accessories, breastfeeding items lagi...


uuuffff.......pening kan???? Ni la yang I alami dulu. Mungkin ada yang cakap..."ala..beli ala kadar jer. Mak ayah kita takda pon list yang panjang macam ni...ok jer." Tapi zaman sekarang dah lain ok!


Meh kita "terjah dan bongkar" barang apa yang diperlukan untuk baby.





Maternity
Bila dah mengandung, bentuk badan pon berubah. Mana yang dulu pinggang anak dara,nah....dari 26" melebar ko sampai 29"-30". Issk......jadi haruslah beli baju or seluar barukan. During my pregnancy, I tak beli baju maternity. I just bought loose sleeveless and pakai ngan cardigan. Senang. Bottom pon pakai legging. If you mom-to-be opt for pants, I suggest Topshop or lagi murah brand Scarlet at JJ.

The most important is the bra. Yes, please say bye bye to your old size of La Senza coz its gonna be bigger than you thought! Of cos, your boobs contain milk lah! I tak beli maternity bra during pregnant but I bought nursing bra je. The best and affordable nursing bra can be found at Fabulous Mom. Murah dan cantik! Material pon not bad. It'll only cost you from RM39.90!

Nursery
Most excited parents akan beli baby cot for their 1st child. *2nd child pakai abang/kakak dia punya jer LOL* I rasa cheapest baby cot bole dapat kat Ikea. And I think Ikea has the best yet economical baby furniture. Yang terlebih mampu bole la beli set bagai.....tapi bagi I basic baby furniture, baby cot and wardrobe jer.


Snuggle wrap from Pumpkin Patch


Adalah penting untuk "membedung" baby yang baru lahir. Kalau di awal kelahiran bole la bedung guna kain napkin jer tapi bila dah 2-3 bulan, kain bedung pon dah tak muat. For solution, sekarang dah banyak snuggle wrap or swaddle wrap jual kat pasaran. Dulu, Pumpkin Patch jer yang jual tapi sekarang I tengok local store dah banyak. Harga dalam RM 39.90 tak silap.



Untuk 6 months ke atas, bola pakai sleeping bag. Sleeping ni mengelakkan terjadinya SIDS (Sudden Death Infant Syndrome) sebab kalau kita pakai selimut biasa tu, baby ni kuar "jerking" time tido. So selimut tu kadang-kadang leh tertutup muka dia.

Playtime
Untuk playtime, I rasa semua dalam list tu perlu. Unless kalau tak nak bouncer tu tak payah pon takpe. Alhamdulillah Faatih dapat bouncer free orang bagi. Yang I memang dah aim plak tuh. Tips??? sila la buat baby shower! Time tu korang bole la request kat member-member list barang yang korang perlukan.

Feeding


Avent Starter Set

List feeding ni la yang mengundang dilema especially those sterilising and warmer equipment. I memula dulu pikir, perlu ker benda alah ni. Ye la...mak kita dulu-dulu kalau nak sterilise rendam sajer ngan air panas. Nak warm EBM (Express Breast Milk) pon pakai air panas. Tapi haritu I dah terbeli Avent Set siap ngan steriliser and warmer skali. Senang ok! Untuk ibu-ibu yang bekerja, then balik umah nak kena masak lagi, basuh baju, kemas umah, layan suami..opsss.....letak jer EBM dalam bottle warmer, tak sampai 2 minit, susu dah bole diminum. same goes with steriliser, letak dalam steriliser, tunggu 11 minit, siap dah!


For bottle, please choose the one with BPA FREE. Walaupon tak da study yang specific mengatakan effect  BPA (Bisphenol A - bahan pembuat plastik) kepada bayi tapi sesetengah negara dah mengharamkan bahan ini dalm botol baby.


Breastpump! Yes, this is the most important "gadget" that mommy should have. Ye la...kita kalau bole, nak bagi anak menyusu badan macam sunnah nabi, sampai umur 2 tahun. Tapi kalau susu dah takda nak buat camner. I rasa pemilihan breastpump penting untuk mendapatakan stock susu yang cukup. I beli Medela Swing (single pumping) tapi penat la...sebab dapat pump once at a time. Pastu Swing ni "bising" and annoying gak bunyi dia. Patut I beli Freestyle jer tapi mahal la sangat. Sampai RM1600!! Kalau nak yang harga sederhana, haritu I tengok best brand untuk breastpump ialah Ameda and Spectra. Harus lepas ni buat tabung breastpump plak. :P

Baby Clothes
Haaa.....bab ni la yang bakal parents excited especially bila anak 1st. *termasuk la I* Lagi-lagi zaman sekarang baju baby macam-macam fesyen. Best tips ialah beli romper set. Masa kat Oz, I dah terbeli Mothercare punya. Harga dalam RM 100 = 7 pcs = RM 15/pc. Tapi bila balik Malaysia I tengok banyak online blogshop jual Carter Romper RM 45 = 5 pcs = RM 9/pc. Murah bukan? 

Tapi tu la..memang tak perlu berlebih-lebih beli baju baby on the 1st 3 months sebab baby ni memang cepat membesar *speaking of my own boy* unless kalau baby tu lahir bawah 3 kg so lama la sket pakai.

Here my suggestion list :

5 pcs short sleeves romper (0-3 months)
3 pcs sleeveless romper (0-3 months)
2 pcs baju lubang-lubang (you know which one)
5 pcs sleepsuit
3 pair socks
5 pairs mittens and booties
3 pcs hats/beanies

So terpulang la nak ikut ke tak. Ini suggestion jer. I pon rasa macam membazir sebab bila balik sini, ramai plak yang pemurah bagi baju time melawat I aritu. yes, Malaysian sangat pemurah and baik hati....sure u guys akan dapat banyak barang baby bila bersalin.


Untuk baby bathtime tu I rasa all the items perlu tapi bath termometer to optional. Nak mandi air panas bole rasa ngan jari sajer. :)

Travel


Stokke Xplory

Stroller or pram menjadi "hot" topic jugak bila nak dapat baby. Ada pasangan bole sampai bergaduh nak belikan anak stroller tak lupa yang confuse. Every parents of course nak yang the best untuk anak diaorg tapi haruslah memadai dengan budget yang sedia ada. bagi I, stroller ni biarlah "alah membeli, menang memakai". Biar mahal sket tapi tahan lama. If jemu pakai pon, sekarang bole jual 2nd hand and still ada value :) betul tak?

There're lots of stroller in market right now. Range stroller as low as RM 90 - RM4000. As I said, depends on your budget. Antara brand bawah RM 1000 : MacLaren, Peg Prego, Mothercare or Sweet Cherry. RM 1000-RM2000 : Quinny, Maxi Cosi, Baby Jogger. RM 2000 and above : Quinny Buzz, Stokke, Bugaboo, Phil and Teds.

On car seat........hurrmm is it important? Kalau kat Oz dah kena perintah berwajib ok! Nampak jer baby naik kete takda carseat, sure kena saman. Kat Malaysia nasib baik belum diperketatkan lagi. Jadi terpulang pada ibu bapa nak beli ke tak nak on car seat. I sendiri pon belum beli tapi akan beli la kot sebab dah tak larat nak pegang Faatih bila travel. dia makin berat...huhuhuh


I hope entry ni bola la dijadikan panduan pada bakal ibu bapa...takda la pening kepala or confuse kan bila nak menyambut kelahiran orang baru.

Untuk ibu-ibu dan bakal ibu, Selamat Hari Ibu! :)



10 comments:

myazuluv said...

>> tq for de info baiti..=) sgt2 berguna..
>> skang tgh prepare barang nk bawak gi hospital, bape byk nk bawak ekk..tak reti..

reena said...

Good entry, Betty!

Pasal stroller tu kan, errr..sekarang pun i & bf dah start gaduh. Masing2 nak stroller masing2 (Yes, we love strollers. Hahaha). Tsskkk.

Mohd said...
This comment has been removed by the author.
Betty A. said...

Myazuluv : Welcome dear...may i have ur email? or email me betty_mkh@yahoo.com. nak tulis kat sini pjg la plak. heheh njoy ur pregnancy dear!

Betty A. said...

Reena : sama mcm hubby. dia pk nak stroller mane since bujang me. Unlike me, I dah 7 month br pk nak yg mana...but, I won! yes, we always won :)

Anonymous said...

hahaha..kang kalo tk bg kang...merajuk plak..yeah...mummy to be always win...

.Najihah A. said...

Thank you!! :)

Dah start pening. But first thing Irwan tanya, nak bersalin kat mana?

Nak aje aku jawab "Prince Court". hahah :P

Anonymous said...

Carseat amat penting walaupun duduk malaysia, tak payah tunggu kerajaan set the rules :). Nak ajar anak duk carseat kene dari dia lahir, klu dah biasa pangku kan memang payah nanti. Dari apa yg sy lihat yg duk kat kawasan bandar besar mcm KL, PJ, Shah Alam memang dah biasa pakai carseat, yg duk kawasan pendalaman ni kene ajar.

Betty A. said...

Gha : Prince Court kalo normal ok la....buat terkena complication, rm12k dlm tangan!!!

Anon : I setuju ngan u. Mmg gomen shud enforce bab car seat ni ;) thank 4 ur comment..

yanie said...

babe, zaman skrg memerlukan byk duit utk persediaan baby cos byk sgt yg market offered. i prefer zaman mak bapak kita dulu. easy peasy n alhamdulillah besar pun cute juga hehehe...