Si Petite dan Tan Skin Headline Animator

Monday, September 10, 2007

Seekor Lalat Yang Gagah

Petang itu, selepas pulang dari kerja, angin sepoi-sepoi bahasa. Saya mengambil keputusan untuk mengisi minyak kereta di Shell mamandangkan minyak saya berada pada tahap kritikal. Selepas mengisi minyak, saya bercadang untuk terus pulang ke rumang. Sedang dlama perjalanan pulang ke rumah, seekor lalat (jantan / betina) hinggap di bahagian depan luar cermin sebelah pemandu saya. Lalat itu seperti tidak bergerak dari kedudukan asal nya.

Pada waktu itu, saya lihat meter halaju kereta saya mencapai 90km/j. Agak laju untuk lalat sekecil itu melekat pada cermin sesebuah kereta. Kita dimaklumkan bahawa pada kaki lalat terdapan bulu yang boleh mencengkam supaya lalat tidak jatuh apabila hinggap di mana-mana. tetapi jika difikirkan kembali, cermin mempunyai permukaan yang licin. Sehingga manusia pon boleh jatuh bila memaut padanya. Akal saya agak kejam pada waktu itu. Saya menekan pedal minyak saya sehingga 100km/j tetapi lalat itu masih juga ditempat asal nya tanpa bergerak walau seinci pon.Buat seketika, saya teruja dan berkata dalam hati "Sungguh gagah kamu!"

Kereta saya berhenti pada lampu isyarat merah. Dan lalat itu terbang menuju arah destinasi yang hanya ia sahaja tahu. Gagah dan tidak berputus asa kan lalat itu?

6 comments:

crash_override said...

apakah analogy di sebalik cerita ini?adakah anda seorang yg gagah atau pn anda mencari lelaki yg gagah?

BETTY A. said...

yer..sy perlu mencari seorang lelaki yg gagah...hahha

secara dasarnya, walaupon kita kecil tp jgn la kite cpt berputus asa, x semestinya org yg besar itu kuat n x semestinya yg kecil itu lemaha..."ia kecil..ia haha!" ehehhe

nadia dzai said...

alaa.. cumil sungguh lalat ituuu..

BETTY A. said...

nadia : yerpzz...cumil kan? hehe mmg cumil jer masa aku dlm kete tuh!

PeachesNCreamz said...

aduhh...cite pasal lalat plak...ape kesss...hehee

BETTY A. said...

pnc : eeii dia ni kan..x paham eyh...tu ade maksud tersirat tuh. =P