Si Petite dan Tan Skin Headline Animator

Tuesday, February 26, 2008

Anak Dunia Baru

Sabtu lepas, saya berpeluang menonton filem Anak dan Dunia Baru bersama Nadia. Walaupon pada mulanya rancangan kami hanya ingin menonton Dunia Baru, tetapi Dunia Baru pada hari itu hanya ditayangkan pada pukul 5.20 petang dan waktu kami tiba di KLCC pada pukul 12 jadi filem Anak menjadi pilihan kami *secara tidak sengaja*.

Review saya untuk kedua filem sepeerti di bawah :


Anak
Filem yang saya rasa biasa saja pada mula nya. Tetapi bagi saya yang sebenanrnya bukan penggemar filem seram *ya..saya seorang yg penakut*, ia hanya lah filem seram biasa yang bisa membuat anda terkejut dengan kehadiran seorang budak pada suatu masa. Seperti mana Erra Fazira menjerit, seperti itulah saya terkejut.

Dari segi lakonan, Erra memang primadona filem Melayu. Dia berjaya membawa watak Nita dengan baik. Ida Nerina begitu juga. Watak Kay begitu sesuai untuk dia. Saya tidak nafikan semua pelakon dlm filem ini memberikan lakonan yang berkesan termasuk budak kecik yg berlakon sbg hantu itu.

Cuma ia kurang berkesan dari segi senimatografi dan logika shj. Kenapa saya berkata begitu? Jika anda berpeluang menonton filem ini, pastikan anda ingat komen di bawah dan fikir :

- Wajarkah lorong hospital pada malam hari dibiarkan gelap shj.? Kerana setahu saya, lampu hospital begitu terang-benderang dipasang bagi mengelakkan kejadian yg tidak diingini berlaku.

- Wajarkan anda bergelap di dalam rumah semasa membuat kerja di hadapan laptop? Sedangkan anda sedang menterjemah sebuah buku dan menaip terjemahan di dalam laptop? Kira anda hanya berpandukan cahaya pada laptop shj. *Tak elok utk mata..nanti cepat rabun*

- Model terkemuka pada zaman millenium begitu bersusah payah mendapatkan janin seorang bayi utk kekalkan kecantikan. *Lihat adegan meletakkan darah pada muka*. Kenapa mesti mengambil jalan susah sedangkan pakar perubatan kita ada bermacam-macam ubat : Vitamin C, E, Botox etc. Amaran : Botox diharamkan di Malaysia. Adakah anda sanggup berbuat demikian? Sekurang-kurangnya pakai susuk pon ok kan?

Dan apabila menonton filem ini, anda tidak harus bersikap prejudis kerana akar umbi cerita ini berkisar tetang penguguran anak. Bukan digalakkan tetapi sebagai pengajaran.

Mungkin ini sebahagian pendapat saya atau "findings" daripada filem ini. Tapi saya puji pada pengarah filem ini, Barney Lee kerana berani mencuba. Lakonan Philip Jusuf sbg Dr Ammar harus diberi pujian. Dan...ada "surprise" dihujung filem ini yg saya kira penamat kepada semua adegan di atas. Dan mungkin kedengaran keluhan "laaa....rupenyer.....jeng jeng jeng..." Anda harus tonton untuk mengetahuinya.


Dunia Baru

Saya mengikuti Dunia Baru sejak diperkenalkan sebagai drama musim pertama lagi. Dari lokasi Unisel hingga lokasi musim kedua di KLIUC. Oleh kerana itu, saya mmg menunggu bila ia difilemkan dan ia berjaya membuat saya dan Nadia gelak besar dalam panggung. Bagi saya, wataka kesukaan saya dalam filem ini ialah Darius Ahmad Rakhil oleh Iqram Dinzly dan Madihah oleh Anne Ngasri. sayangnya watak Madihah hanya seketika kerana pada waktu itu, Anne sedang melahirkan anak. Darius bagi saya adalah "The Man" dlm filem ini.

Ia adalah salah satu kisah "road trip" remaja yang buat saya terhibur. Cuma ada beberapa adegan & prop yg kurang logik spt. kenapa harus berhenti di rumah lama hanya utk buang air? Mungkin kerana ada cerita di situ dan kenapa Anizah memakai baju sejuk (walaupon Anita Baharom waktu itu sarat mengandung) mungkin logik nya kerana baju itu salah satu persediaan Anizah ke UK.

Apa yg saya boleh katakan, Hitler Zami berjaya mengeksplorasi watak dalam siri drama diangkat menjadi sebuah filem. Dan cameo dari pelakon-pelakon seperti anak beranak Zami Ismail, Opie Zami, Mamat Khalid, Khatijah Tan, Produksi Seekers menambah lagi jalan cerita yang sudah sedia kelakar. Saya gemar dialog yang selamba dan ya...saya menemui nya dalam filem ini. Dan jangan lupa, tagline ummi Mohd Adif : Kaf-Ba-Ra'-Kaf Alif-Ta'-Nun....

Selamat Menonton!!!

Filem-filem yang sudah ditonton (bebrapa bulan lepas) :
-CJ7
-Gabriel
-Cuci
-Rambo 4
-Kala Malam Bulan Mengambang


Filem yang ditunggu untuk ditonton :
-27 Dresses
-Duyung


No comments: