Si Petite dan Tan Skin Headline Animator

Monday, March 2, 2009

Malam Yang Gelap

Aktiviti Barbeque (bukan b*b* beratur yer) di tepi kolam renang malam Sabtu yang lepas tidak menjadi apabila cuaca malam KL tidak mengizikan kami. Hujan turun mencurah-curah dengan lebatnya! Ya..sangat lebat!
Mungkin mendengarkan "niat" kami untuk "berbikini" sambil memanggang ayam. Hahah *tipu je*. Maka Plan B *tak ada Plan B, C, D ape tah lagi Z* adalah memanggang di dalam rumah sahaja. Ehhh...memanggang ke?????

Jangan tanya bagaimana kami membuatnya. Yang penting ayam yang di"marinate" oleh Cik Julie dapat dimakan! Kan? Kan?

Walaubagaimanapun, malam kami yang disoroti dengan lampu rumah Julie ala-ala "dim" light panggung wayang bertemankan cerita Anak di Astro Prima menjadi "teman" kami sambil bergelak-ketawa pada malam itu. Meriah. Lagi-lagi gelak Seth ok! Sarah terus masuk ke bilik dan membungkam ke bantal gara-gara takut menonton cerita hantu katanya. Salahkan Nadia mencadangkan cerita Anak ok!

Esoknya, kami ke Ole-Ole Bali *sekali lagi...bagi saya dan Nadia la* Mont Kiara sebab Cik Julie sudi membelanjakan sedikit wang "bonus tahunan" nya kepada kami. Yeeehaaaa...!

Terima kasih Cik Julie, moga anda dimurahkan rezeki hendakNya.


Cukcakes Cik Julie yang terkenal itu!

Mahu??


Ole-Ole Bali


Cik Nadia dan Si Petite

Zach : Sebelum keluar video pramugara terlampau, baik aku promote cupcakes ko

Julie : Jangan tak promote. Kalau dah terlampau pon kene promote jugak!!


Cumi dan Ciki. Eh..bukan. Cumi goreng ya!

Makanan Si Petite hari tu. Nyum nyum!!

Cik Nadia seperti biasa dengan daging kambing nya!

Makanan cik Julie..wahh boleh habiskah??

Kami sudah bersama hampir 7 tahun....oppss bukan "bersama" yang itu yer

Jangan risau...dia ni selalu perasan model pinggan Akopal

Julie : Sate ini sangat sedaaaappp...opsss!

Zach: Perhatian penumpang, ini adalah salah satu makanan Kelas Ekonomi MAS

Tak cukup air sendiri, air Julie ko bantai yer Zach

Abaikan Si Petite kat tengah, dia memang suka "vain"

Jangan terperanjat yer....walaupon 3 jam, parking hanya RM1!

Kakak NafNaf : Sorry...cannot take picture here

Zach : Cepat...cepat...lagi satu snap!

Julie :Ala...kene pergi ofis pulak!

Si Petite : Ok. Cepat tangkap gambar!

Makiato "excuse the spelling*

Eh...Kopi Been bukan Israel kan?

Si Petite : Zach...ko tak nak balik ke? Ke ko nak tolong tutupkan kedai ni?

Zach : Sabarlah....aku tengah tengak video pramugara terlampau ni!!

Kaki siapakah ini? Peduli pada kaki nya. Yang penting kasut nya!!
dan tidak dilupa
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Seperti ada persamaan antara Si Petite dan majalah itu kan? ;o)



6 comments:

Anonymous said...

Terguling2 i baca blog u

Betty A. said...

pesal plak nak guling2...bdn kene gatal2 ke????

.Gha A. said...

banyak nye ko makan..gile, makin gemuk ko nanti! gemok..gemok :P ahahaha~

Betty A. said...

bior la gemuk...xkisah dah...hahahha

Along said...

bencinyee tgk korang leh pakai kasut gituuuuu :(

i kene sepak terajang kalo nak try sekalipun!

cun gileeee kasut!!

Betty A. said...

along : along....pakai jer....u dh la kurus mesti lg lawa kalau pkai.... ;)