Si Petite dan Tan Skin Headline Animator

Wednesday, July 29, 2009

Dua Nama Satu Impak

Umum mengetahui berita kematian pengarah tersohor Malaysia, Yasmin Ahmad minggu lepas. Selepas ini, saya akan sangat-sangat merindui cerita-cerita profilik beliau.

Tiada lagi iklan-iklan Petronas yg sangat menyentuh hati

(Masih ingat iklan Petronas Janda dan 7 Anak??)

Tiada lagi lelaki Melayu memakai kain pelikat dan perempuan berkemban,

Tiada lagi lagu-lagu sepeti Hujan (siapa tengok Mukhsin tau la),

Tiada lagi cerita percintaan antara Melayu, Cina dan India,

dan tiada lagi cerita dialog-dialog yang selamba (bkn dialog cerita Yusof Haslam).

Walaupon saya tidak menyertai pengebumian beliau, dari apa yg saya baca di akhbar, kira-kira seribu peminat dan rakan dari pelbagai kaum datang menziarahi. Bukan senang mahu kumpulkan semua kaum dalam satu acara kematian. Tapi Yasmin Ahmad berjaya dalam niatnya tersendiri bahawa kita harus bersatu-padu dalam kehidupan sesebuah negara. Nama pon "1Malaysia" kan??

Kalau dulu, saya mesti akan tonton setiap filem Yasmin. Walaupon ada orang tak suka sesetegah filem dia kerana terlalu terbuka tapi itulah realiti. Bukan filem cinta mengarut. Bukan filem anak orang kaya bercinta dgn anak orang miskin kemudia dapat tentangan dari keluarga yang kaya dan keluarga kaya kahwinkan anak diaorg dgn anak orang kaya lain. Apakah???

Walaupon secara realitinya keadaan itu mungkin berlaku tetapi Yasmin berjaya membawa satu kelainan dalam persepsi filem Malaysia! Syabas Yasmin Ahmad.

Dan berita kematian Allahyarham Yasmin Ahmad saya ketahui pada malam saya di Genting Highland. Bercuti la katakan. Menenangkan fikirian di tempat yg suam-suam kuku sejuknya. Walaupon keadaan negara dalam H1N1 dan jerebu.

Pagi itu, semasa meninggalkan Genting, saya lihat Genting dari bawah.

Wah, besarnya Genting ni!! Bijak sungguh Tan Sri Lim Goh Tong dalam membina empayar Genting Highland dengan jumlah pelaburan beratu-ratus juta dollar yg menjadikan beliau antara manusia terkaya di dunia. Yang penting, Genting Highland adalah tempat yg menjanjikan keseronokan. Jangan cakap anda tidak pernah ke Genting ya!! Hatta zaman sekarang, bayi yg baru 2 bulan pon dah boleh jejak Genting ok!

Bagi mereka yg bukan beragama Islam, Genting adalah "syurga" mereka yg mengejar kekayaan atau mencapai tahap bankrap yg menyebabkan anda menanggalkan baju apabila kalah berjudi. Tapi bagi sebahagian keluarga, Genting adalah tempat untuk membawa anak-anak mereka ke alam fantasi. Yang kaya dapat la pergi Disneyland. Yang sederhana, Genting mungkin sudah memadai.

Penyatuan pelbagai kaum dapat saya lihat di Genting. Sedang saya menunggu nombor giliran 342, saya lihat sekeliling, dari generasi pertama (atuk,nenek) hingga bayi 1 bulan (ibu pon belum tentu lepas pantang) duduk menunggu giliran di situ. Bukan sahaja rakyat Malaysia, malah pelancong luar juga berpusu-pusu mendaftar dan menuggu giliran. Malah ada juga Hari Keluara sesebuah syarikat di situ.

Mungkin inilah yang diidam Tan Sri Lim Goh Tong. Membina sebuah taman impian ramai nun jauh dari kesibukan kota.

Bagi saya, Genting banyak menyaksikan penyatuan dan merapatkan hubungan kasih sayang. Tidak kira keluarga, rakan-rakan, suami-isteri, pakwe-makwe. Kalau pakwe-makwe tu pandai-pandailah tanggung dosa sendiri ye!

Lupakan siapa Yasmin Ahmad pada kehidupannya yang lalu,

Lupakan keburukan kasino Lim Goh Tong (judi itu HARAM bagi Islam),

Yang kita harus ingat adalah sumbangan dua nama ini dalam pembangunan diri kita, masyarakat sekeliling dan negara.

Al-Fatihah Allahyarham Yasmin Ahmad (1958-2009)
RIP Tan Sri Lim Goh Tong (1918-2007)

4 comments:

.Gha A. said...

aku dah cakap genting cuma suam-suam kuku sejuk. naseb ko x agkat jaket kulit aritu. hahaha~

cek^sou! said...

well said!

Nadia Dzai said...

conclusionnyeee.. jangan memandang keburukan org. ;)

Betty A. said...

gha : tu la pasal...sib baik, kalau tak melayang RM249...hahahhah

k.sou : thanks...skrg sy sudah join KJFC...hehehe ;p sgt mengada2 je kan.

nadia : yerp...setiap keburukan mungkin akan dtg kebaikan :)