Si Petite dan Tan Skin Headline Animator

Wednesday, June 23, 2010

It's a Stocktake Sale!

Well, like Malaysia'n's Mid Year Sale, kat sini bila June je mesti ada Stocktake Sale. Segala macam Stoctake Sale la. They close their account and new stock coming in. Yang best tu, bukan barang-barang macam pakaian, handbag je sale, semua la. Tilam, perabot, katil, tayar, barang letrik.....semua ok! Kereta pon sale ok! Even baru...!! Ada korang nampak AUDI, MITSUBISHI, HONDA buat sale kereta kat Malaysia?? Perodua or Proton pon tak pernah nak bagi diskaun 2000-3000..! Mata I dah mcam hari-hari tengok iklan SALE kat TV. Bukak TV jer iklan SALE itu ini kan..benci tau! I tak keje, so tak berduit sangat nak bershopping sakan.

So hari tu I dapat la interview untuk kerja kan. Bagi I yang berstatus visitor ni memang la diHARAMkan bekerja kat sini. Yer la..ala-ala pelancong datang tetiba nak bekerja kan? Tak ke aku kene tangkat ngan Imigresen kan ke susah nanti...hahah But I'll apply for my Visa soon so I bole la bekerja menambahkan isi tabung rumah..hikss (alasan lain untuk bershopping ;p)

Oleh kerana I interview untuk kerja office, terpaksa la I pergi mencari heels sebab "kasut formal" semua I tinggal kat Malaysia. Ada barang-barang and baju ofis yg agak lusuh, I sedekah kat bangla and makcik cleaner kat umah I. Dari buang, baiklah sedekah kan...So kasuit I bawak 3 pasang je. My casual Adidas, Crocs ngan heels untuk raya *I punyer luggage exceed sampi 12 kg ok!* Tu pon I amik 30kg. Eh..eh..I nak citer pasal Sale kan..hahha maka I pergi la ke DFO Spencer St and jalan-jalan along Swaston St kat City tu. DFO sebab ada Aldo ngan 9West so I budget murah la kan. Tapi mahal jugak...dah terpaksa, I beli jer....


Supre tu memang sale gilos. Baju ngan legging dia tinggal AUD 10. Sama ngan Cotton On. Bila I pegi Cotton On, legging dia AUD 7.50 je..tension2! Yg Rubi (brand kasut under Cotton On) tu I beli boots ala2 UGG boots. UGG boots mahal gilos AUD 180++, I beli Rubi AUD 24.90 je. Tapi last2 I jumpe UGG boots jual kat DFO 50% off..menyesal mek! 9West tu..haaa..mesti "kasut kerja konon" I. Kata nak berinterview kan. Memula I try pakai kat kedai, ok, macam sedap dan selesa. I budget nak beli Aldo sebab I dah biasa pakai kasut kerja Aldo kat Malaysia tapi Aldo kat DFO sume tinggal last last pair. Brand Oz lain sume tak diyakini "halal" sebab diperbuat dari PSL (Pig Skin Lining). Kalau tak Pig Skin pon lagi mahal dari 2 brand ni (Aldo ngan 9West)

Si I beli jugak 9West ni...bila I berjalan nak pergi interview, mak haih.....sakit kaki mek! Yela, nak pergi office yang interview tu kene naik bus, pastu naik train then tukar tram. Ye la..laki I kan keje so pegi je sendiri, Bila sampai office tu, dapat duduk..fuhhhh legaa....mayb sebab I dah lama tak pkai heels. ke heels I tu 4 1/2 inches tanpa platform? Sebab mata I nampak 3 1/2 inches..hahha malam masa I gaya2 depan hubby I, dia dah cakap "Bole ke jalan pkai heels tu...tak sakit kaki ke?" I dengan selamba, "Ala...ok la ni...tak sakit pon". Eh sombong la sangat. Lepas tu hambik ko! Yang paling best, pompuan mat salleh yang interview I siap cakap "Nice heels you got there, where at?" hahaha..ni kalau I dapat kerja mesti sebab kasut bertuah I. :D Padahal dalam hati, I je yang tau! last-last before balik umah, I singgah DFO Spencer St, beli flip flop!! Hambik ko...org lain pkai boots segala time winter, aku pkai flip flop kat train station.

Nak tau rupa heels yg buat I merana setengah hari tu??? Nahhhh....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Haaaa..story paling best, semalam I pegi Chadstone (shopping Centre ala KLCC) kasut ni turun harga lagi 20% off. Eh...macam bangang! hubby I balik umah, I mengadu tak puas hati!!!! Hubby gelak-gelak je.......
Kalau i btol dapat kerja kat tempat I interview, I nak mintak hubby blikan heels lain...yang 2 1/2 inches je...En hubby, bole kan?? kan?? ke beli sekarang sebab tengah sale?? Bersedialah I mendengar bebelan bila hubby balik dari office nanti....geeeeezzzzzzz!!!

Sapa yg kat luar sana rasa2 dia pakai 9West size 8, kalau berminat ngan kasut ni, bole email I : betty_mkh@yahoo.com. I bagi korang best price yang korang tak bole dapat kat 9West Malaysia. :)
Sila klik SINI untuk online view.

4 comments:

.Gha A. said...

ehh ko pakai nine west 8 ke? tak besar ke?

aku tuka link blog.

Betty A. said...

besar sket...sb depan dia kecik..if aku dh x nk pkai nanti..aku jual kat ko harga terbaik k...heheheh

Nadia Dzai said...

heeee, dah tak boleh pakai heels ke kak :p

Betty A. said...

nadia : yer kak....aku bkn victoria beckham. dan aku rasa aku lebey suke pkai flat or wedges jer...hohooh