Si Petite dan Tan Skin Headline Animator

Monday, October 18, 2010

Jangan Komplen Jika Anda Seorang Yang Bersyukur

Straight to the point, minggu lepas PM Malaysia D.S Najib Razak telah mengumumkan Budget 2011. Biasalah, bila budget diumukan, pelbagai reaspons kita nampak dari pelbagai pihak.

Ada yang menyambut budget dengan baik, tak kurang pula ada yang mengutuk, men"komplen" pendek kata segala "men.." la.....especially aura-aura parti pembangkang yang mengambil kesempatan mempengaruhi minda rakyat dengan dakyah-dakyah kotor. *macamlah kau tu bijak sangat! Padahal PKR kau pon sendiri kucar-kacir!*.

Ye, aku (maaf entry ini akan menggunakan kata nama "aku") orang yang menyokong kerajaan. Aku orang yang memangkah lambang "Dacing" ketika piliharaya Malaysia 2008 *walaupon aku kurang percaya pada kebolehan Pak Lah ketika itu* Tapi aku tahu, selama aku hidup 26 tahun, kerajaan inilah yang membantu dan membimbing aku supaya menjadi insan yang menghargai amannya hidup dan bangganya menjadi rakyat Malaysia.

Dan disebabkan aku tengok terlalu ramai "pengikut" Si Komplen yang "terlalu pandai" dan "melulu" mengulas budget Malaysia, meh sini aku pulak yang ulas.

Ingin dijelaskan bahawa dari kecik lagi aku telah didedahkan supaya menyokong kerajaan. Ye, ayah aku orang UMNO. Ayah dan mak aku seorang cikgu. Jadi jelaslah memang mereka orang kerajaan. Dan nasi yang disuapkan, buku sekolah, baju sekolah dari susu aku kecik sampai blanja aku tamat universiti, semuanya usaha dan duit hasil titik peluh ayah dan mak aku...orang kerajaan. Unless ayah/mak korang bekerja sendiri, kerja swasta, mungkin korang rasa diri korang layak untuk komplem keburukan budget kerajaan tapi nanti dulu.......... mari kita lihat proses "tumbesaran diri" kita yang berkaitan dengan kerajaan yang korang kutuk-kutuk dan komplen2 tuh.

PROSES MEMBENTUK SEORANG RAKYAT MALAYSIA

Kalau aku cakap proses kejadian manusia korang pelik plak sebab yang jadikan kita ialah Allah, bukan kerajaan, jadi kira sesuai la kan tajuk di atas.

1. BAYI hingga TADIKA


Well, kita dilahirkan dari perut mak kita. Sampai la habis pantang mak kita tak tdo siang malam jaga kita. Ada yang lahir kat rumah, ada yang lahir kat hospital. But aku berani cakap, siapa yang lahir 1990an ke bawah kalau hospital, sure mak korang beranak kat hospital kerajaan kan? Unless ada la yang parents dia memang sangat kaya (lahir silver spoon) kat private hospital. Korang tau tak berapa RM (bukan Red Mummy ye!) mak korang bayar masa lahirkan korang? Only RM 1 ok!! Kalau sekarang ko pegi specialist hospital kerajaan pon setakat RM 20 je!

Aku bercakap bukan buta-buta, sekarang aku mengandung dan aku bakal balik ke Malaysia untuk bersalin. Hidup 4 bulan di bumi Australia ni bagi mcm2 pengalaman kat aku. Korang tau tak kat sini kalau melahirkan anak di Hospital Kerajaan / Public Hospital kos nya berapa? Tak kira resident atau tak, kosnya adalah AUD,3000 ok! Bukan AUD 1 macam kat Malaysia! Ini bukan Private Hospital, Ini Public! Ko bayangkan kalau setakat kerja biasa-biasa kat sini, dan kau tak ada insurans, itu jumlah yang kau perlu bayar...TIADA SUBSIDI KERAJAAN! BERAPA KAU KENA BAYAR ZAMAN SEKARANG DI HOSPITAL KERAJAAN MALAYSIA? TAK LEBIH RM 50...paling bangsat kau kena ceasar pon tak sampai RM 200! Itu pon kau dah dapat wad Kelas 1....bukan kelas beramai-ramai.

Dan bila anak dah besar sket, hantar pergi nursery. Untungnya harga nursery di Malaysia untuk seorang budak antara RM 200-400 seorang bergantung pada lokasi nursery. Korang tau berapa jumlah nusery di Australia yang kau perlu bayar untuk seorang anak? Walaupon kau seorang RAKYAT AUSTRALIA. Charge untuk nursery ialah AUD60 sehari! darab dengan 20 hari kau bekerja? Kira sendiri! itu nursery KERAJAAN AUSTRALIA di bawah kuasa KERAJAAN, bukan SWASTA! Dan untuk masuk ke nursery tu, kau kena beratur mendaftar setahun sebelum anak korang lahir sebab nak dapat tempat. Ala2 kne cop gitu.....

Dan beruntunglah kat Malaysia ada tadika KEMAS, yang bayaran hanya bebrapa RM shj. Kalau siapa yang nak hantar anak korang tadika yuran RM 1000 setahun, aku tak marah. Korang mampu, silakan tapi jangan KOMPLEN, minyak mahal, makanan mahal, tak mampu nak sara anak la....sebab apa? sebab pilihan korang nak bg best education kononnya! Padahal gaji sendiri merungut tak cukup! CERMIN DIRI ANDA!


2. PENDIDIKAN RENDAH DAN MENENGAH

Sesiapa yang besekolah swasta, Sri Garden, Sri Cempaka, Sri KDU dan seangkatan, aku tak kisah korang nak komplen / kutuk kerajaan sebab duit yang korang belajar tu memang 100% duit mak ayah korang. Tapi....siapa yang bersekolah "Rendah Kebangsaan" dan "Menengah Kebangsaan". Tidak malukah korang kerajaan yang bagi buku, bagi sukatan matapelajaran yang betul supaya korang jadi manusia, yang buat korang berjaya masuk universiti AWAM, itulah keraajan yang korang kutuk2.

Walaupon ayah dan mak aku sorang cikgu, tidak bermakna aku mendapat kelebihan sebagai sorang pelajar. Aku dan adik aku sepanjang sekolah TIDAK PERNAH mendapat pinjaman buku teks! Walhal mak ayah kami orang kerajaan! Gaji mak ayah aku melebihi tahap kemampuan untuk mendapat pinjaman buku teks katanya! Aku terpaksa beli buku teks sendiri kerana buku teks kat sekolah aku diberi kepada mereka yang lebih layak. ya...diberi kepada KAU...KAU dan KAU....anak pekebun, anak penoreh getah, anak kerani yang sekarang telah berjaya menjadi orang terkenal, menjadi doktor, arkitek, jurutera, pegawai bank tapi masih mengutuk dan KOMPLEN kepada KERAJAAN MALAYSIA tanpa melihat ASAL USUL DIRI SENDIRI.

Di sekolah menegah, aku sekolah asrama, sekolah keraajan, bukan sekolah swasta yang mak ayah mampu mengeluarkan RM 36,000 setahun. Aku hanya membayar yuran tahunan tak lebih RM 150. Dan yuran makan RM 1= sehari walhal kos makan budak hostel RM 10 = sehari. Mana pergi RM 9 lagi? Siapa yang tanggung? KERAJAAN. Ye...KERAJAAN yang bagi kau SUBSIDI makan tu la kerajaan yang kau KOMPLEN. Unless, kau bersekolah MRSM di mana dana separuhnya dari MARA.

Zaman sekolah menegah, murid yang kurang berkemampuan diberi biasiswa RM 600 setahun! RM600 untuk penuntut sekolah adalah dikira banyak. Mungkin zaman sekarang tidak, sebab duit buat beli top up handphone. Aku? Seperti biasa, yang mak ayah kerja kerajaan ni tidak layak! Sudah la buku teks tidak dapat, tiada biasiswa. Bila outing di bandar, mereka yang mendapat biasiswa pulang dengan plastik makanan KFC,McD, makana tambahan dari pasaraya Billion, Fajar (pasaraya yang ada di Segamat ketika itu). Aku? McD dan KFC agak mahal bagi aku, jadi hanya beli burger RM 2.50 depan Billion shj!

Jadi, nilaikan lah hasil duit kerajaan yang korang kutuk2 dalam tumbesaran korang menjadi manusia yang berguna.

Comparison dengan Australia? Jauh sekali. KERAJAAN AUSTRALIA lebih "kejam" Yuran? Harus dibayar per subject! Means, kalau tahun tu kau amik 8 subject untuk Year 8 dan satu subject AUD 50? Kira lah sendiri. Baru yuran subject. Belum yuran tambahan, yuran club dan yang paling best, yuran uniform! Harga sebuah subject bukan sama...setiap subject lain harga...between AUD 20-AUD 200. Kalau subject yang anak korang amik AUD 200? Kalau kau ada 4 anak yang bersekolah di sekolah public?? KIRA SENDIRI!

Ni lagi satu bila time bukak sekolah. Every parents berlumba-lumba nak belikan peralatan sekolah baru. Kalau bole educate la anak korang untuk berjimat. Ni tak, kasut, beg sekolah tukar tiap2 tahun! Kalau bole, kotak pensil pon nak tukar yg canggih. Nak lawan member katanya. Padahal last year punya elok je lagi. Sebab kita ni tak pandai nak educate anak supaya berjimat. Makin galakkan. Nanti tak beli kata tak up-to-date plak. Tapi hakikat, gaji tak berapa nak mampu. Pastu KOMPLEN cakap duit RM 500 KERAJAAN bagi tak cukup....padahal setahun RM 1000 tapi RM 500 ko dah buat blanja baju raya kan?

Sebab one thing aku blaja kat sini, Mat Salleh diaorg educate anak-anak diaorg. If anak dia kata nak coklat tu 2 ketui, mak dia kata "just take one, you don't need the other". Ni berlaku depan mata aku sendiri. And budak tu elok jer ikut cakap mak dia kan.....kalau anak Melayu? Tak ke depan kaunter bayar tu dah hentak2 kaki???? Mak nya pon terpaksa la layan...tu yang "liat" bila dah tua tu!


3. PERINGKAT UNIVERSITI

Pendidikan universiti aku berlatarkan universiti swasta. Bukan IPTA. Aku graduan IPTS. Walaupon aku graduan IPTS, aku tetap meminjam dana bantuan kewangan kerajaan, siapa lagi kalau bukan PTPTN. Bukan biasiswa MARA, JPA hatta kerajaan negeri Johor sekalipun. Dulu, aku antara orang yang mengutuk PTPTN atas sebab bayaran interest yang mahal, tpi kalau tiada PTPTN maka, tidak grad lah aku kan? Apa lagi ayah mak aku bukan mampu nak tanggung RM 16,000 setahun membayar yuran. Once again, walaupon aku masuk private university, aku berjaya jejak kaki atas dasar inisiatif KERAJAAN mengadakan PTPTN. So, jangan kutuk PTPTN. Tak da diaorg, tak da korang2 yang masuk IPTA/IPTS mampu nak sambung belajar. pastu jangan lupa bayar walaupon RM50, nanti kena blacklist jangan kau sumpah2 PTPTN tu plak! Unless, pengajian korang ditanggung oleh mak ayah korang yang maha kaya. Atas usaha kerajaanlah, korang berjaya grad dan bekerja dan menanggung family. Siapa yang tak pass exam tu jangan salahkan kerajaan plak. Tu  sebab korang yang malas belajar...haaaaa lagi satu, duit korang beli laptop, beli HP Blackberry, Nokia canggih tu, kalau tak guna duit PTPTN duit sapa??? Sekali lagi, unless, kalau mak ayah korang mampu belikan atau korang bekerja part time pada malam hari.

Aku tengok, yang tukang KOMPLEN pon ramai jugak la budak-budak yang membuat pasca ijazah kat luar negara. Padahal tak cermin diri sendiri, tak SEDAR DIRI duit yang taja diaorg belajar, yang hantar diaorg pergi overseas tu duit KERAJAAN!! Kalau kau hebat sangat mengutuk budget kerajaan, sila dropkan diri dari buat Master, buat PHD bagi duit korang pada yang sokong kerajaan, Ada berani??? Kalau tak kerana KERAAN yang korang KOMPLEN tu, jangankan UK atau AUSTRALIA, Indon or Singapore yang sebelah negeri tu pon belom tentu mampu pergi. Apatah lagi duit tu korang buat jalan2 samapai Rome, New Zealand, Amsterdam, Paris siap bole beli designer handbag!! Duit scholar ttttuuuuuu!!! Unless, korang kerja part time, tapi siapa yang hantar korang gi sana? atas inisiatif KERAJAAN kan? KERAJAAN tu cukuplah nak kasi korang jadi rakyat yang berguna , nak "up" kan hidup korang, apa kau balas? KUTUKAN!

Yang ada anak bini/suami yang ikut, siapa cakap datang tak dapat apa-apa? Every month kerajaan bagi allowance kan? Kalau tak bagi, kau mampu hantar anak kau sekolah kat overseas? Maunya kau tinggalkan anak kau kat rumah. Sekali lagi, unless, kau datang sini atas duit sendiri. Ohh lupa....siapa PHD, gaji kau kat Malaysia sepanjang pengajian jalan kan? kan?? kan???

Dan.....selepas tamat segala pengajian, mula la kehidupan korang sebagai insan yang bekerja......di sini mula lah...

CHANGE OF LIFESTYLE

Orang yang tau KOMPLEN harga minyak mahal, harga makanan mahal, budget 2011 "Budget Rosmah", budget beg tangan, panties, spender, handphone, handbag adalah orang yang kurang berakal fikiran. Kalau benda-benda kat atas korang tak reti nak related, aku tak taulah......

Aku cuma ingin menunjukkan keseimbangan dan setiap aspek dan duit yang kerajaan keluarkan. Kalau dah semua benda murah jer...amboi..amboi...amboi.....(bak kata Azwan Ali) senang la semua orang kan?? Alamat adalah la yang malas bekerja. Sebab nak dapat sesuatu benda tu senang sangat...semua benda murah! Sebab orang Melayu ni, slalu disogok dengan kesenangan...sume benda nak murah, nak senang. Tak bole susah sikit!

Inilah yang dikatakan Melayu itu ORTODOKS dan DANGKAL. Dan kata-kata Tun M "Melayu Mudah Lupa". Lupa segala jasa kebaikan KERAJAAN. Padahal bila bekerja, lifestyle masing-masing yang berubah.

Bagi aku, makanan di Malaysia especially makanan siap e.g mee goreng,nasi goreng kat gerai-gerai adalah murah. Sebab apa? Sebab raw material kita masih ditahap rendah. KO masih bole makan koew teow goreng RM 4.50 kan? Ko nak one day kuew teow tu jadi RM 10 walaupon makan kt gerai biasa-biasa je. Di sini? harga makanan western pon utk fish and chip pon AUD 15 paling murah...belom ko cakap nak nasi goreng, mee goreng etc. AUD 10 la kne charge alamat nya. padahal gaji sama je.....

Aku tak tau nak explain macam mana, tapi mereka-mereka ini yang KOMPLEN kadangkala tidak pernah melihat diri sendiri di depan cermin! Kalau bole, letak diri korang depan cermin besar, pikirkan seluar apa korang pkai, kasut apa korang pkai, bra n panties apa korang pkai. Make Up yang korang pakai pergi kerja tu....

Orang-orang yang KOMPLEN ini termasuk dalam golongan yang memakai 200 barangan import yang bakal duti eksais dikecualikan! Make Up paling koman Maybelline, nak up sket MAC, Bobbi Brown (ada duit gaji lebih la katakan), Seluar jeans nak MNG, Levis...belom cakap kasut ni. pastu bila shopping pergi Mid Valley, KLCC, Pavilion. Then lepas shopping tayang2 barang yang beli kat blog. Haa...pastu dtg Budget 2011 cakap KERAJAAN tipu, budget tak adil, padahal diri sendiri belanja mcm haram. Gaji setakat RM 3000 belanja macam gaji RM 10,000. Kalau berani beli barang pasar malam laa.....

Kalau korang yang komplen itu asyik cakap duit tak cukup nak sara hidup korang kat KL, lihat balik apa korang makan. kenapa tak masak di rumah? Kenapa setiap weekend harus jalan-jalan ke Mid Valley, KLCC, Pavilion. Dah jalan bayar duit parking mahal lagi.......lepas tu makan tak kurang RM 15 at least. Madam Kwan la...KFC, Burger King, belom kau pergi Tony Romas, Fish Manhattan, Chinoz On the Park dan lepak di cafe2 sperti Starbucks, Dome or Coffee Bean! Lihat sendiri lifestyle yang korang kata duit gaji tidak mampu untuk hidup di KL. Belum tambah yang pergi ke club berhibur setiap minggu di mana entry fees RM 40 satu kepala? C'mon......look at urself and ur wallet before u complaint how cruel the government budget towards ur lifestyle!!

Minyak mahal? Naaahh.....pakailah kereta buatan Malaysia, MyVi lebih jimat! Well, BLM pon ada kan? Ni tak, nak jugak pakai kereta import. Gah katanya!! Pakai kereta import pandai-pandailah tanggung minyak nya! Dah kekurangan duit masih bole nak berjalan lagi.........letak gambar pergi resort 5 bintang yang bilik hotel RM 300++ satu malam. Masih salah KERAJAAN ke kata korang tak mampu nak sara hidup?

Katanya harga barangan mahal untuk makcik/pakcik kat kg...apalah sangat diaorg tu makan nak dibandigkan dengan korang yang makan di restauran kapitalisme di atas! Korang je yang lebih2!! Makcik-pakcik felda tu lg best, happy je sebab every year dapat duit bantuan kerajaan tau tak? Diaorg la penyokong kuat KERAJAAN sebab diaorg tau bersyukur esp ibu-ibu tunggal yang KERAJAAN bagi elaun untuk menanggung persekolahan anak diaorg. Tapi bila anak diaorg ni dah kerja, sokong siapa? Sokong pembangkang!

Yang mengata budet RM 111juta untuk PERMATA. Katanya budget bini Najib. Ko tau PERMATA tu apa?? ke ko main hantam je........nak tau pi Google PERMATA INSAN. Pandai kan....apa? MALAS?? Nah...website PERMATA aku bagi. Tu yang aku cakap korang selfish korang marah!

Hah....kan dah panjang aku tulis kan? Ni la luahan hati seorang rakyat Malaysia yang dah 26 tahun hidup dalam keadaan aman kat Malaysia walaupon dia hanya mendapat sedikit je "faedah" dari KERAJAAN tetapi still menghargai apa yang KERAJAAN bagi. Dan setelah melihat keadaan negara lain dibandingkan dengan nasib rakyat sendiri.

Korang nak mengamok nanti sampai next Pilihanraya pangkah pembangkang? Pikir-pikirkanlah.....kalau mahu Malaysia menjadi seperti Pulau Pinang dan Kelantan, pangkahlah! Kalau mahu duit hasil sekolah, makanan / bantuan anak-anak korang hasil dari wang perjudian (kalau kau Islam), silakan pangkah. Dan sesiapa yang rasa diri nak tidak mahu lagi freedom, free hair (tak pakai tudung), free ke club (bukan aku galakkan), PANGGUNG WAYANG DITUTUP / TENGOK WAYANG LAMPU SPOTLIGHT TERBUKAK dan tidak BER-MAKE UP ke pejabat hatta pakai skirt pendek korang sekalipon, sila lah pangkah pembangkang! Walaupon tak tutup aurat/berzina dalam panggung wayang tu BERDOSA tau! Nak buat tanggung sendiri!! Atau buang jauh-jauh fikiran FREEDOM korang tu!

Sebab bagi aku, Malaysia sekarang mewah, aman damai. Tak da perang, tak berlapar (tu pon sib baik dulu Tun M tak makan kata-kata Anwar Ibrahim suh pinjam bank dunia masa Malaysia gawat). Kalau pinjam?? hah....makan lah korang roti yang diperbuat dari rumput+lumpur dan hidup secara nomad macam Africa dan Mongolia nun.....

Pikir-pikirkanlah ye kawan-kawan. Jangan tahu KOMPLEN je...tapi otak takda. Blaja pandai, tapi tak pandai cermin diri sendiri! Lu pikirla sendiri!

14 comments:

jules said...

hah....itu dia komentar dr puan bets kita...aku tak tau sgt la pasal budget..yg aku tau banyak jer elaun2 ustad2, wakil2 kg, ketua2 kg yg naik...and duty free tu ha (coz aku smpt dgr dlm radio jer)...

tp bets...yg penting..aku juga pangkah kerajaan....(baru 1 kali jer pon ngundi;p)

Anonymous said...

"Korang nak mengamok nanti sampai next Pilihanraya pangkah pembangkang? Pikir-pikirkanlah.....kalau mahu Malaysia menjadi seperti Pulau Pinang dan Kelantan, pangkahlah! Kalau mahu duit hasil sekolah, makanan / bantuan anak-anak korang hasil dari wang perjudian (kalau kau Islam), silakan pangkah.Dan sesiapa yang rasa diri nak tidak mahu lagi freedom, free hair (tak pakai tudung), free ke club (bukan aku galakkan), PANGGUNG WAYANG DITUTUP / TENGOK WAYANG LAMPU SPOTLIGHT TERBUKAK dan tidak BER-MAKE UP ke pejabat hatta pakai skirt pendek korang sekalipon, sila lah pangkah pembangkang! Walaupon tak tutup aurat/berzina dalam panggung wayang tu BERDOSA tau! Nak buat tanggung sendiri!! Atau buang jauh-jauh fikiran FREEDOM korang tu!"

-- kata Malaysia negara islam? it should be mmg takleh la kan semua tu? even duit kerajaan pun ada gak hasil perjudian ( genting, magnum etc)how meh?;)

.Gha A. said...

memang betul pun. kebanyakannya tak pandai bersyukur. pemikiran bodoh dan terlalu pentingkan diri sendiri.

kalau nak sangat rasa pembangkang memerintah, pakat lah ramai-ramai undi pembangkang. pastu baru korang rasa yang sekolah kerajaan untuk anak-anak orang C***,I**** jelah.

yang Melayu pergi mana? fikirlah sendiri, mari kita semua hantar anak ke sekolah pondok.

cubalah bukak mata, rajinkan diri baca sumber-sumber tentang apa yang berlaku dalam negara kita. bukan macam lalang, dengar orang cakap ikut je.

--->kepada Anon (next time tulis nama lah, jangan bernai komen Anon je).

memang Malaysia negara Islam, tapi kalau rakyat sendiri tak boleh nak educate diri jadi Muslim sejati, salah KERAJAAN jugak kah? etika beragama terpulang pada diri-sendiri.

kalau nak sebut sumber duit kerajaa, fikir jugak duit gaji syarikat swasta yang kita kerja, datangnya dari mana?

sumber mana datangnya bukan kerja kita untuk fikir, yang penting dari mana rezeki halal yang kita cari.

kalau rasa duit kerajaan tak halal, jangan ambil buku teks kerajaan, jangan makan RMT kat sekolah kerajaan, jangan ambil subsidi minyak, jangan ambil banyak lagi lah bantuan kerajaan.

ok? peace!!

sorry along terkomen panjang gila :P haha. geram aku dengan orang tak bersyukur nih.

groovy ally said...

well said. ;D

Betty A. said...

jules : suka tak brg duty free? harus la la senza segala mak nenek yg ko slalu shop tu turun harga ke? hahah

Betty A. said...

Anon : Dik,Malaysia bukan negara Islam ye! Harap Maklum. Kalau baca dlm Wiki pon takda tulis Malaysia negara Islam. Yg dia tulis 60% je praktis Islam. Kalau negara Islam tu mcm Saudi,Afghanistan n other Middle East country. Memang 100% rakyat praktis Islam.

Cuma selama ni PM kita je diperintah oleh Islam dan Melayu. Sebab kita ni dah selalu disogok dgn dakyah2 ekstrimis Islam, tu yg dlm otak ni asyik pikir Malaysia negara Islam padahal tak sbnrnyer, cuma majoriti rakyat je beragama Islam.

Tu la..yang menyumbang hasil perjudian tu sape kan? Orang Islam gak....tak caya cuba tgk kat Genting brp ramai yg tdo hotel sana? Dan brp rmai org Melayu bli Sports Toto??/ pakai kopiah lagi u'ols! Tak gitu sumbangan orang Islam pada perjudian jugak?

Pendapatan negara hasil judi tak banyak. Tapi cuba kalau nak sedekah kat orang Melayu tu, jangan lah guna duit judi...bnyk lg sumber kewangan yg bole disumbangkan. Duit judi tu buatlah sumbangan kat kaum lain ye ;)

Betty A. said...

Gha : hah...sabo. Ni lg sorang aku nk educate. Point Malaysia negara Islam tu salah ye adikku. Malaysia bukan negara Islam. Cuna majoriti rakyat beragama islam je. Kita ada 40% agama lain....

tapi point yg lain tu aku setuju! ;)

Betty A. said...

Groovy Ally : Thank u ;)

.Gha A. said...

ahaha aku pun termkana sogokan parti bulan terang di siang hari iaitu "malaysia Negara Islam" sama macam Kelantan sebagai serambi Makkah tapi rakyatnya???

Lynn said...

kalau kat Facebook ni harus aku "like"!

Betty A. said...

gha : ko jgn dowh...marah org klantan nanti...

lynn : hahah nk tulis kat fb x cukup layout lynn... ;D

nickila said...

ape kutuk orang kelantan ni?

nickila said...

try tgk sini..
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/nislam2.html

Anonymous said...

Ini la dia MANUSIA yang BONGKAK & xpernah tau asal usul!!!

cuba kau siasat mana sumber/duit kerajaan park untuk bayar gaji mak bapak ko yang keje kerajaan tu..

duit yang kerajaan bayar gaji tu dah bcampur dgn hasil haram kau tau tak!!!!

kau pangkat DACING sebab kau takut Islam sebenar memerintah

Asyik tengok TV3suku inilah hasilnya... BODOH!!!!

Aku pun org kerajaan tp xbodoh macam kau

*JANGAN KAU PADAM MSG AKU NIE, AKU NAK PANGGIL PKR/DAP/PAS TGK!!