Si Petite dan Tan Skin Headline Animator

Tuesday, April 12, 2011

Aqiqah atau Cukur Jambul...ada jambul ke?

Masa genap Faatih sebulan haritu, kami sempat buat aqiqah kat kampung I kat Johor. Kebetulan time tu nenek I memang giliran dia buat kenduri yasin kat kampung so tumpang jer la. Kira buat side I dulu then nanti buat kat KL plak. Aqiqah untuk seorang anak lelaki ialah 2 ekor kambing yang cukup sifatnya. Pendek kata kambing tu jangan cacat hokeh. I tengok rancangan Chef Wan haritu, ada topik pasal aqiqah, ustaz tu cakap, kambing yang nak buat aqiqah ni mesti cukup sifat. Kira gigi pon kena perfect, tak le hilang satu ke ape.....

Sedikit info mengenai aqiqah,

"Hukum membuat 'kenduri' bagi anak yang baru lahir hukumnya harus dan hukum ibadah aqiqah itu adalah Sunat Muakkad, caranya ialah :


Membuat Aqiqah dengan menyembelih seekor kambing bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan. Jika mampu yang afdalnya bagi kanak-kanak lelaki dua ekor kambing dan sebaiknya disedekahkan daging kambing itu kepada fakir miskin dan lain-lain sesudah dimasak.

Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi).
Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan: Bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)"

Sumber dari JAIS



"Mau cari gaduh ka"

Ada orang tanya, "Kenapa tak buat cukup jambul?" or berbuai dan sebagainya. Ala....zaman sekarang yang orang letak dalam buai tu.....for me, buai is ok cuma kalau bole I nak simple and sederhana jer. Nak berbuai bagai, takda sapa nak buat kat kampung ni u'ols. Blom sampai lagi teknologi buat bentuk kerang ke, bentuk katil ke...kalau bentuk kereta F1 ada tak??? Anak I ni lelaki, takkan nak letak dalam bentuk cengkerang mutiara plak kan. Yer la....kalau kat KL tu siap la ngan dekorasi segala kan. Khurrlassss anak kau Maria!

Kalau zaman kita kecik-kecik dulu, back in 80's orang siap cukup jambul then letak rambut tu dalam air sejuk pastu tanam balik kelapa tu kat tepi rumah.  Tu mungkin pemikiran jahiliah zaman dulu. Lagipon amalan tu dikatakan amalan masyarakat Hindu bukan kita orang Islam. 

"Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.

Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.

Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti menggunakan buah kelapa.

Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain."

Sumber dari Halaqah.net

Jadi, untuk tidak memeningkan kepala, cukuplah sekadar sembelih kambing 2 ekor and kenduri kecil-kecilan. Kan?

Kot-kot I nak buat kenduri kat KL siap berbuai segala.....mayb pas raya la kot. Ada nak sponsor buai??? heheheh :P






His first laugh ;)

This was first time Faatih travel jauh dari KL ke Johor. Kira latihan ketahan body dan mental la untuk dia kan. sok lusa kalau nak jalan gi mana-mana senang jer. Sib baik dia tak meragam sangat time dalam kereta. Ada pon cuma dia poo poo jer la so I tukar kat RnR.


"Bye bye Tok Ayah...Tok Mak....nanti Faatih balik lagi"


"Ok....saya penat travel, saya tido dulu yer. Gud nite!"



6 comments:

MunMun P@nda said...

comelnya faatih..hehe..gelak takde gigi... :P

.Najihah A. said...

Faatih kalo tido gempa bumi pun tak sedar :p

Betty A. said...

Mun : blom tumbuh gigi lagi.....sok kalo dh tumbuh, xtau la camner rupa dia...hohooh

Gha : sedar weihh...dia ni "light sleeper" org tutup pintu pon dia le terkejut....

Anonymous said...

ewh..k.jihah..mcmane nak baca blog k.jihah..dah private yer..lame tak jenguk..sekali ngk kak betty ada baby dah..suka baca kisah u'olls dua bradek..kalau takder blog tak boleh baca blog k.jihah ke?

.Najihah A. said...

To anon :)

sape nih? eheh.

my blog private. kalo nak baca bagi email, nanti akak invite ye :)

Anonymous said...

k.jihah,

sory lmbat reply.
kite tak salu on9.
tadi kite ade anta comment tp mcm xmasuk jek.
nama haziqah.asal langkawi.
baru je abis spm.
ayah potong intenet spjg satu thn mgadapi spm.
ngeee~
akak jgn lupa invite kite tau.
iecha93@yahoo.com.
take care.