Si Petite dan Tan Skin Headline Animator

Wednesday, April 20, 2011

Trick and Treat : Tudung 3 Minit

Trick and Treat datang kembali!!!!! *nada ala-ala iklan Ding Dang*

Bila dah jadi mak orang ni, sume benda nak kena cepat. Macam kena training ala-ala askar gitu. Pakai baju serba pantas, mekap pon macam lipas kudung *ok fine...lipas kudung tak mekap* dan sebagai orang yang berhijab, pakai tudung pon harus zasssss...cepat gitu!

Anyway, kadang-kadang bosan jugak la kan asyik pakai style sama jer. Nak jugak la mak orang ni bertukar angin kan *bukan naik angin. Tapi kalo pakai tudung sampai suami bebel cepat sebab anak dah nangis, suami yang naik angin*

So I share antara hijab style yang menarik untuk dicuba. Percayalah! I try tak sampai pon 3 minit ok! Rajin kawan-kawan kita ni buat tutorial hijab. Marilah berterima kasih pada diaorang :)




 Video by Maria Elena




Video by Aishah Amin 




Video by Hana Tajima
*Ni 1 minit pon tak sampai!*

To add this, I praise Hana Tajima for bringing hijab into revolution. Her Maysaa brand made my life easier by wearing the Chiffon Scarf Snood. Pedulikalh orang nak kata apa kan bila pkai snood ni. Bak kata bf Reena, macam orang Vietnam jual mee tadak fishball...hehheh yang penting, muda, cepat dah bergaya...cewaaahhh!!!


I pakai snood masa aqiqah Faatih haritu. Ok tak? ok tak? Cepat cakap ok.......nanti I blanjer cream puff Beard Papa ;P Kalo u'ols cakap tak ok pon I tak kisah. Yang penting tudung ni senang dipakai *sampai aku tak basuh 2 bulan hokeh!* Sarung dan zip sajorkk!!!! Anak ko tak sempat nangis dah.....off you go katanya! Please abaikan muka Faatih yang nak nangis tuh, bukan dia tak suka tudung I, dia memang susah nak suh posing :P


Lagi satu yang paling senang nak pakai ialah Satin Wrap Band Snood. Sama jer macam Chiffon Snood tapi yang ni "serkop" jer. Tujuannya? ala...kalo nak bergaya tudung "loose" tu yang orang cakap nampak leher, u'ols le pakai snood ni jer as inner so tadak la nampak leher u'ols, ye dak?

Snood ni pon bole digayakan ngan tudung "Siti" tau! Which I memang selalu jer pakai dikala "emergency outing". Kalo hubby cakap..."siap sekarang" ni la benda yang I pakai. Sarung snood, terus pakai tudung "Siti" tu.....macam tudung kat bawah ni.


With Hana Tajima @Pavilion

Tapi masa gambar kat atas ni, I beli inner yang tutup leher without awning kat Jalan TAR. Yes, something similar to Satin Snood but way cheaper dalam RM 25 je. Cuma kain dia tebal la..so kalo u'ols tegah jalan panas terik tu, memang berpeluh-peluh leher u'ols.

Kesimpulannya, terpulang la pada anda nak pilih pakai hijab yang mana satu. Yang penting tutup aurat dan kepuasan diri sendiri. I pon kadang-kadang takda la baik sangat nak tutup sampai dada, tapi I akan try perbaiki dari semasa ke semasa.

Pada yang mengutuk Hana Tajima tu, "ghentikanlah". Dia pon umat Islam yang tak sempurna macam kita. Ada salah silap. Tak tahulah kalau yang mengutuk tu memang perfect dress up ko kan. Tapi "mengutuk" tu mulia ke u'ols??? 

I nasihat, gi diri depan cermin, tengok diri anda! 

4 comments:

Miss CJ said...

Mcm askar tu, aku paham. Seminggu aku kena kot.

"Ok. Tukar baju lengkap ber-boot dlm masa 2 minit.

X siap. Cangkung

"Tukar balik baju kamu pakai tadi. 2 minit"

Makan 15 minit sahaja. Lambat, cangkung lagi.

Mohd said...
This comment has been removed by the author.
Betty A. said...

cik jis...
gila la...baru nak apply jd PTD, dah dgr citer kamu, tros x jadi :P

reena said...

Hahahaaa. Abaikan apa bf i cakap. Dia cakap tu untuk i je. Orang lain pakai cantik. I je yang tak. Hehehe.