Si Petite dan Tan Skin Headline Animator

Wednesday, March 12, 2008

Post-Election 12

Semua orang masih memperkatakannya. *Kat opis aku org tak habis lagi ckp pasal politik*
Kita sudah tahu keputusannya. Buat kesekian kali nya (selepas kekalahan teruk Parti Perikatan 1969)...kerajaan BN hanya menang mudah utk memerintah daripada mendapat majoriti 2/3 dgn hanya 140 kerusi.
Walauapapun saya tetap bergembira kerana saya telah menunaikan tanggungjawab untuk memilih siapa pemimpin saya. Bagi saya, pemimpin BN harus bermuhasabah dan bertanggungjawab dalam perkara ini. Ini masanya untuk buka mata dan analisa faktor-faktor kekalahan yang saya fikir semua orang tahu sebabnya.
4 negeri sudah berada di tangan barisan alternatif. Jika di nanti lagi 5 tahun, mungkin satu Malaysia akan merasa pemerintah pembangkang. Itu target saya jika pemimpin kita masih ditakuk lama.

Salah satu poster di Port Klang. Mungkin maksud nya Undi BN?


Saluran 3 untuk generasi seperti saya


Calon ADUN di tempat saya. *undi adalah rahsia*



Selangor hampir "disapu bersih" oleh BA tapi saya masih berbangga orang Johor masih percaya kerajaan yang ada. *Tu pon "benteng" BN dah pecah"* Kerajaan yang ada harus mengkaji mengapa generasi muda yang ada skrg lebih cenderung memilih BA daripada BN. Lihat internet dan bukalah emel anda! Semua nya ada di situ!

No comments: