Si Petite dan Tan Skin Headline Animator

Friday, April 10, 2009

Lagi Besar...lagi bagus!

Lama tak discuss pasal fashion kan?

Well, saya dalam mood untuk membincangkan soal bag/shopping/fashion. Sebenarnya, saya sedang mencari "tote bag" yang besar, selesa dan sesuai untuk semua keadaan. Harga haruslah praktikal. Tak semestinya ada brand *but if ada duit lebih apa salahnya kan?*.

Yes..I'm for "IT" tote bag...!

Let's drool our eyes y'all!

COACH



Bonnie collections are something to ponder! Maksud saya, Coach telah lari dari "tipikal" fashion beg nya. Beg pertama pilihan saya, tapi setelah diukur, sizenya terlalu besar untuk badan saya yg "petite" ini. Harganya juga...wow! di luar batasan mahupon kemampuan.

Yang ke-2 dan ke-3 mungkin sesuatu yg anda fikirkan *eh..ke saya?* Cuma saya lebih menggemari lakaran wanita pada beg yang ke-2. Anda bagaimana?
Tetapi....rekaan Coach mengingatkan saya pada rekaan "Bag of a Bag" oleh Marc Jacobs musim lepas.

Sesetengah pencinta fashion mengganggap rekaan MJ yg ini bukan lah sebijak / secantik rekaan nya sebelum ini. Oleh kerana saya amat mengagumi MJ, bagi saya rekaan ini boleh dikatakan satu idea baru. Cuma mungkin flip button katak pada pouch boleh ditukar dengan sesuatu yang lain...errrr...mungkin simple round button?




MARC BY MARC JACOBS




Marc by Marc Jacobs (MBMJ) adalah sub-jenama paling komprehensif oleh Marc Jacobs berbanding jenama lain (cK by Calvin Klien, AX by Armani, D&G by Dolce and Gabbana) *sekar menyebut beberapa nama*.
Dengan rekaan yang simple sesuai dgn target umur pemakainya, MBMJ memasuki pasaran Malaysia dgn harga yg amat berpatutan. *Ini antara pilihan saya =)*

Tetapi jgn mudah tertipu kerana untuk MBMJ bukanlah "Made in Italy". Mungkin anda akan mendapati tag "Made in Indonesia" atau "Made in China". Walaubagaimanapun, hampir kesemua beg diperbuat daripada "Imported Italian Leather" / berkualiti I tell you!

Yer la....labour cost kat China ngan Indon kan murah.

Semua harga bergantung pada kualiti beg.

LOUIS VUITTON
Jenama idaman ramai!! Haha..Neverfull adalah salah satu contoh beg yg praktikal. Dengan harga yg berpatutan *di antara beg LV yg lain*. Nevefull sesuai bg mereka yg ingin meletak apa shj dlm beg mereka.

Ko humban iron pon orang tak perasan ok! Mungkin anak kucing pon boleh kot. Or kalau yg bersaiz GM tu rasanya, baby pon boleh letak..*kidding*.

Neverfull Damier adalah rekaan terkini. Tetapi khabarnya rekaan ini hanyalah "limited edition" kerana ia direka khas utk Selfridges. hurmmm tak tahu sejauh mana kebenaran nya.

GUCCI

Gucci Tatoo.....hurmm...corak tatoo yg menarik. Tetapi warma kanvas pada beg yg kurang menarik. Mungkin warna beg ditukar ke warna putih akan memberi impak pada lukisan tatoo tersebut??

LONGCHAMP
Longchamp adalah pilihan terbaik dari saya! Terang-terang "IT" bag diletak di situ. Saja supaya nampak "noticeable". Rekaan yg simple tetapi memberi impak kepada si pemakai.

Tak nak cakap banyak tetapi inilah beg idaman saya...! Hahah

Oh...oh....harga nya pon bertaraf "IT" yer...harap maklum.
Dan cuba teka pereka mana yg telah menggayakan beg ini sebelum tiba di Malaysia??
.
.
.
.
.
.
.
Sudah tentu Rizalman Ibrahim! Yang saya kira "Raja Segala Beg". Rizalman mempunyai pelbagai koleksi beg yg bisa membuat mata perempuan "drool" dan berkata "OMG!". Pakaikan lah apa sahaja pada Rizalman, he blew all guy away! ;)

Gambar dari : Blog Rizalman Ibrahim



Gambar-gambar diambil dari : Coach, Louis Vuitton, Marc Jacobs , Longchamp dan Gucci.

Picture courtesy of : Coach, Louis Vuitton, Marc Jacobs, Longchamp dan Gucci.

4 comments:

Anonymous said...

Coach memang buat saya drool.

Slurp~~! *sedut semula* What the?

Betty A. said...

Roo : thanks for dropping...hehhe

ape u sedut2 tu?? haha neway, u got nice blog... ;)

Lynn said...

don't make me drool.. dahlah mcm tgh nak beli bag jugak, totes for all occasion tu. hehehe

(nnt nak carik kat NZ kot ada design yg best2)

Betty A. said...

lynn : totes sesuai utk g holiday sbb u can dump all things inside *menghasut* heheh

im sure nz bnyk indie designer yg bag dia sumer lawa2.. :)