Si Petite dan Tan Skin Headline Animator

Thursday, March 3, 2011

Wedding Tips : Make Up

Salah satu perkara penting yang kita takkan terlepas semasa perkahwinan adalah solekan / make up. Bagi I, pemilihan make up artist (MUA) bergantung kepada citarasa bakal pengantin tu sendiri kerana setiap MUA ada cara dan corak@pattern atau "signature" mereka sendiri dalam "mencorak" wajah pengantin.

During wedding sebelah I kat Johor hari tu, I amik MUA from AZ Saloon JB. Agak lama jugak I survey nak amik siapa kat Johor sebab kalau nak hired MUA dari KL cost memang la ribu-ribuan. ye la..nak kne support minyak, tol pastu penginapan skali. 

Mak Andam kat kampung? Bukan tak nak pakai, tapi cara solekan kurang mengikut citarasa I. Kalau bole, I nak bila dah make up tu, wajah tak banyak berubah. I want a natural make up! Kadang-kadang bukan apa, ada I tengok muka pengantin before make up ngan after make up....mak aiiii......lain sangat. Jangan nanti bila anak tengok album kahwin kita sampai dia tanya "Ni ibu ke? kenapa lain sangat?" Tak nak la kan......... Tapi ada la I kena bebel ngan mak jugak sebab tak amik mak andam kampung, I mean like a real "mak andam" sebab dia kata mak andam kampung ni pandai baca-baca naikkan seri muka. Ye ke? Me?? Tadah telinga jer la.......

*Jangan tak tau, ni aku menaip dengan si Faatih baring kat riba. Budak kecik ni takmo berenggang langsung. Dok letak dalam  rocking chair pon dia dah merengek* 

So bila I pergi AZ Saloon and kenal ngan Farrell (MUA) rupanya dia adik colleague I kat branch JB. One thing I tengok bila nak pilih MUA ni ialah barang make up yang diaorg pakai. Remember, kita as pengantin ada hak nak tanya what brand and type of make up they're using. Ye la...kita yang bayar kan. Tak kira la brand apa..Maybelline ke...Loreal ke hatta Bobbi Brown atau MAC sekalipon.

Bukan apa, ada wedding I tengok kadang tukang make up ni pakai barang make up fake. Contoh macam MAC fake la kebanyakannya. Better la ko pkai Silkygirl ke Maybelline kan. Tak baik macam tu sebab kita tak tau apa bahan-bahan dalam make up fake ni. Diaorg not clinically tested. Even local brand ada lab sendiri tau untuk test the effect of make up kat muka kita.

*iklan kejap.. Faatih rasa diri di abandon kat riba sebab mak dia bz menaip. Ni aku menaip pkai sebelah tangan jer. Gigih u'ols!!*




Pix kat atas ni hasil kerja si Farrell. I suka sebab natural. Harga pon affordable untuk kawasan Johor ni. Lagi satu, Farrell ni punctual. Kira kalau bersanding kol 12.30, kira 12.30 tu la korang habis make siap ngan pakai baju skali.

--------------------------------------------------------------------------------

Untuk KL reception, I amik Tiar Zainal. At first plan nak amik Ezral Nordin. I hantar sms and email dia tak reply. Agak frust la sebab dah mengidam nak amik Ezral masa pasang angan-angan nak kahwin dulu. Pastu bila no respond from Ezral, I sms Sue Cantik coz I rasa dia antara MUA yang make up natural je. Frust lagi skali sebab Sue Cantik dah full booked during the date *Orang kata Sue Cantik kalau nak book a year before wedding...gossshhh* 

Lepas tu aku dah buntu tak tau nak hired siapa. Takkan Nurul Shukor kot...gila ko beriban nak kena bayar. I mula la survey baca blog brides sana sinun. Sekali ada satu bride ni dia kahwin Tiar Zainal make up. 

Bila I tengok, natural....not bad. I email that bride tanya. The bride pon bagi good feedback since dia pon kulit tan macam mak jugak. Terus I email Tiar, cepat jer dia reply. Sib baik dia free, terus book.

TZ ni bagus. Peramah and you bole ajak berbual ngan mengumpat pasal artis-artis. Rates dia pon lebih kurang Sue Cantik. Dia pun punctual, malah terebih punctual sebab dia sampai kat dewan lagi awal dari I sampai. Siap pergi breakfast dulu sebab pengantin lambat.





Hasil "kerja tangan" Tiar Zainal (picture unedited)


Ni gambar yang dah edit.

Ni ada sedikit tips untuk bakal pengantin regarding on make up / MUA :

1. Make sure kalau nak pergi facial, 2-3 minggu sebelum wedding. Jangan jadi macam I, esok nak kawin baru terhegeh-hegeh nak pergi facial. Akibatnya? Korang nampak tak bintik-bintik halus kat dahi tu? Tu bekas jerawat dipicit masa facial! *harus la u'ols nampak sebab pixel gambar mak besar kan?*

2. Kalau bole masa approach MUA tu, tanya dia pakai barang apa and cakap tema baju pengantin so MUA bole imagine make up theme apa and color yang bersesuaian ngan kulit korang. Usually, siapa yang bertudung, MUA akan tanya tudung jenis apa korang akan pakai.

3. Remember, make sure deal betul-betul sebab selalunya MUA akan mintak deposit. Cancel make up, deposit u'ols lebuuurrrrr...........

4. Lagi satu tips untuk bagi make up stay lama, sebelum make up, tuam muka u'ols ngan ais. Letak beberapa ketul ais kat towel, then tuam sket-sket tapi jangan la sampai muka u'ols kebas and merah-merah plak. ye la, kot lepas tu nak buat outdoor photoshoot kan? Dek kerana Malaysia ni panas, takda la mek up u'ols tu pudar di tengah jalan....hehhhe

5. Ingat, majlis nikah selalunya memerlukan make up yang lebih natural kerana majlis nikah majlis yang involve dengan keagamaan dan sangat intimate ngan ahli keluarga. Takkan make up nikah macam make nak gi ABPBH kan? Begitu juga during reception. Jay Manuel sendiri cakap, "wedding make up tak perlu mengubah wajah seseorang sehingga tidak dikenali di dalam gambar" *translate dari English :P*


-------------------------------------------------------------------------------------

IKLAN SEKEJAP


1. I nak sewakan my veil. Panjang 4 meter. Color and corak macam kat bawah. Sesuai untuk mereka yang berkahwin tema GOLD, SOFT BROWN. Veil ni siap ngan patchwork skali. Harga sewa berpatutan. Interested? Email me : betty_mkh@yahoo.com. More pictures as per requested by email.


2. Siapa yang belum jumpa tudung untuk nikah or wedding? I nak jual tudung awning yang I pakai untuk nikah and reception. Color : off white and caramel gold. Sebijik macam gambar kat atas. Baru pakai sekali jer pakai during wedding. Nak pakai berjalan untuk mak, nan hado la kan. Panjang tudung ni sampai menutup dada anda. Tudung ni kat Jalan TAR satu = RM 50. Siapa yang berminat, harga RM 30 satu tudung. Kalau amik dua sekaligus, RM 50 I tolak. Interested? Email me : betty_mkh@yahoo.com


4 comments:

~Aryana~ said...

hai, baiti,

tq for sharing.. :) tgh survey2 ttg make up and then u post the entry,,

tq ;)

Betty A. said...

Hi Aryana,

most welcome....mana i bole share, InsyaAllah akan d share.. ;)

Liana.i said...

sis,

baju gold tu sis tempah ke or sewa? cantek la design dia...

Betty Abas said...

liana : baju tu bli kain sdri..pastu suh org kdai buatkan....tp design sdri...hehehe