Si Petite dan Tan Skin Headline Animator

Showing posts with label Babbles. Show all posts
Showing posts with label Babbles. Show all posts

Monday, June 25, 2012

Behind the Scene of Being a SAHM

It's been almost a month since I left all the hectic 2 monitors at office
I got lots of respond from my friends especially from FB
"Bestnya jadi SAHM"
"Mesti syok tak payah tension kena marah dengan boss"
"Faatih mesti seronok mak dia ada"

Yes, people could expressed anything coz it look nicely on the outside
But you'll never know until you experienced it.

I tak maksud yang jadi SAHM ni menyusahkan coz, there're bunch of reasons why women out there kebanyakannya bersara awal untul jadi SAHM.



Baru-baru ni Parlimen Malaysia keluarkan statistics almost 70% wanita berumur 35-40 tahun bersara awal untuk memberi tumpuan kepada keluarga tetapi main reason adalah kerana kerisauan terhadap taska-taska yang akhlak pengasuhnya semakin kurang. Sekarang banyak sangat kes dera kat taska, bagi makan yang bukan-bukan siap ber"youtube" bagai.

For me, I've reason why I resigned from current company. Let me just put that I back at home at 7pm-8pm and hubby not favour it at all. Despite the hectic at work which my office was 50km away from our house.
Yes, we live in Putrajaya and my office in Bangsar. Note that I'm not looking for another job opportunities near to our house but that's rezeki Allah gave to us.

For someone who worked almost 4 years, it's not an easy decision to just simply resigned without purpose. I do remembered when I handled the resignation letter to the boss and the reason I put was to concentrate on my family. My boss asked me,

"Waaa.....you sangat sayang you punya anak ye.."

I was like to answer...."What kind of question is that?" instead, I just answered,

"Of course sayang...." mana ada orang yang tak sayang anak? org yg dera kat youtube tu pon aku rasa sayang je anak dia cuma tekanan bila menjaga anak ni memerlukan kesabaran yang utuh.

That's why I cakap, nampak macam senang je jadi SAHM ni, dok umah, masak, kemas umah, jaga anak.

Butttttt.......being SAHM is more challenging than working in office!!

If kat office, you just facing your boss yang membebel buat kerja here and there. Depression on mental and physical tu habis kat office je. Tapi kalau kat rumah, penat dia lain macam especially when you have infant that in developing the get-to-know skills. Semau benda habis dia punggah.

You can imagine when you already prepare for cooking, he's the one who will take out all the utensils, pan etc. talking bout a little "chef" here. Blom lagi dia nampak you'ols siang ikan potong bawang pastu mengamuk nak pisau tu kan.....tak bagi menangis selagi bole. At the end I akan bagi je sudu, mangkuk and letak tepung supaya dia bole main.



Then it's time for you to tidy all the messiness, bila korang habis masak and complete kems semua yang bersepah, time tu la dia akan take out je balik mana you yang dah simpan tadi. ufffff........I rasa macam sume benda pon dan letak atas almari yg tinggi 2 metres atas supaya dia tak le capai. tapi nak buat camner, mak dia pon kemetot je.

Tu belom you gave him banana or roti or biskut and he'll be running around house. Sedar-sedar makanan tu ntah ke mana. Bila tanya, mana food tadi, tros je cakap..."naaakkkk" and you'll see that thing 2-3 hari lepas tu kat bilik iron, celah-celah almari and sometime inside your make up bag. Tak tau macam mana dia capai.


The only time you took your bath is when the time he is sleeping. I noticed that when I started staying at home, mana I pergi, Faatih dia akan ikut je and he will cry if he doesn't see me. In fact kalau ayah dia ada pon bila I mandi dia akan ketuk pintu bilik air tu sambil nangis and stay depan pintu sampai I keluar. Pendek kata..time tu mandi koboi je la. So bila dia tido la I took my personal time, mandi and tulis draft blog. Usually he'll sleep at 10.30 after took his breakfast and sleep till 12noon.

Once he wake up and nampak I kat laptop, dia mula la sibuk nak tengok laptop and youtube. That's why bila dia jaga je, I terus tutup laptop. Amik buku, read and play with him. Handphone, net letak tepi coz being kids who surrounded by IT and gadget around made him curious on everything. Trully, we do not own Ipad! Bukan tak nak beli, tapi it's not the time for Faatih to know Ipad. I prefer him to get socialized rather that sitting with Ipad especially when we have out dinner outside. Kebanyakan I tengok parents sekarang bila kat kedai makan, masing-masing anak bergayut ngn Ipad. No communication at all! But I ada jugak ajar dia using Iphone showing some youtube video with those ABC and kids song.

One thing I know, some youtube video buat budak terikut-ikut. I bagi dia tengok video minion yang rebut banana tu...and now he bables like minions pastu dok sebut apple jadi "bapple"

I've seen once, a family outing kat Tutti Frutti. Ayah baca paper, mak main handphone, anak lelaki main PSP, anak perempuan main Ipad. How do you guys reckon that?

That's why bila you jadi SAHM, tanggungjawab you sangat besar sebab apa yang anak you buat adalah atas ajaran you sepenuhnya and you should take that as your fault if bad thing happen. Sebab he's 100% most of time with you.


Jadi, bukanlah SAHM tu satu tugas yang mudah ye. I just spread the truth since people said "it's so easy being SAHM". Senang cakap, kira macam win-win situation between jadi working mom and SAHM. masing-masing ada pros and cons.

Cuma kelebihan you jadi SAHM you get to know the kid more. You macam dikira "bekerja dan belajar" jugak tau since you'll learn his attitude, knowledge, development. I'm still new compared to those yang dah ada 4 anak and I lagi respect yang beranak rapat-rapat macam anak 1st baru 1 setahun dah keluar lagi sorang. i even can't imagine I got "two Faatihs" right now. Pengsan I tell you!

Akhir kata, the decision is on yours whether you choose to work or being SAHM. Make sure you get your husband permission before you stop working coz I met some husband who dare to let her wife working rather staying at home. And if your husband asked you to stop working or resigned, you have no rights to obey him even though you may see it's not enough in this kind of world to survive since he's the one who the money maker coz you may not know what your husband been into.

Akhir cerita, nah...ni gambar yang buat mak dia rasa nak gigit-gigit jer takmo tinggalkan dia kat orang lain.





Friday, June 3, 2011

Penting Sangat Ke Sijil HALAL??

Masa I kat Oz, kalau nak makan kat luar mesti nak make sure yang kedai tu ada logo Halal. Tapi kat manalah banyak sangat kedai Halal nak dibandingkan dengan Malaysia. Balik-balik makan Nandos, Es Teller, Nelayan or pizza kat Student Cafe kat Clayton. Eh tapi Mc D yang 30km tu pon slalu gak. Sanggup hokeeh time preggy dulu ngan hubby tengah-tengah drive jauh-jauh semata-mata nak makan McD je. La ni...McD tak sampai 5 minit pon dari rumah...muak aku tengok ;P

So, I sangat appreciated dengan makanan yang ada kat Malaysia. Negara kita tak susah, banyak kedai Halal. makanlah apa ko nak makan kan. Tak ragu-ragu langsung!

Tapi, lately ni banyak berita siarkan yang dalam makanan tu ada DNA BABI *motif letak huruf besar supaya senang remind dalam kepala* trust jadi frust! Firstly Kluang Rail Coffee tu, who expected dalam kopi ada DNA BABI?? Kalau kopi taik musang yang banyak jual kat Vietnam tu penah la dengar...ni kopi ada DNA BABI? Haizzzz.....sib baik diaorg tak letak taik babi. Bluueekkkk....

Pastu tu IKEA plak keluarkan statement tutup foodcourt sebab nak disamak. Hah! kecoh la sume orang cakap meatball tu la ada daging babi......yang rajin, siap Google ingredient Ikea Meatballs. Sah ada 50% pork 50% beef. Tapi itu adalah Ikea recipe book ok~!


Picture from Google

Dah la meatballs tu menjadi kegemaran ramai kan. I mean those yang pergi Ikea mesti nak gi makan kat foodcourt sebab nak rasa meatballs tu. Sanggup berebut tempat, sanggup beratur panjang sebab nak makan meatballs yang makan ngan fries, brown sauce and raspberry jam. *First dulu I rasa macam pelik makan meatballs ngan raspberry jam but hey...mungkin tu gaya orang Swedish makan*

Tapi bila kelau segala fact yang meatball ni tak Halal, maka sang suami mula la membebel.......

"Tu la....I dah cakap. Ikea takda logo Halal....u nak makan jugak"



Picture from Sue Ann Joe

Dan pada 25 Mei hari tu, Ikea dah keluarkan statement yang Swedish Foodcourt dah disamak dan foodcourt kembali dibuka seperti biasa.


Picture from NST

Dan......setelah disemak, bukan meaballs yang ada daging babi...yer...meatball yang orang dok kecoh-kecoh tu. Tapi..........CHICKEN SAUSAGE!

Statement from Ikea in NST,

...................................................
The supplier who had been distributing chicken sausages was found to have in their possession manufactured goods with traces of pork.

Following the discovery, Ikea Retail Malaysia temporarily closed its restaurant last Saturday to facilitate the samak exercise, which is an Islamic purification method to cleanse oneself or things which had been in contact with pork. 
 
Ikea sales manager Roszalena Mashurdin, when approached by Streets, said the samak exercise was carried out voluntarily by the management to dispel doubts on the halal validation of its food, particularly for the benefit of its Muslim customers and staff. 
...................................................................


*happy mood* sebab aku tak makan chicken sausage :) enuff of Ikea...nanti jadi entry "Kan Aku dah Kata Meatball Ikea Halal Sebenarnya" plak.....

Jadi, bila dah jadi macam ni, korang rasa penting ke logo Halal JAKIM ni?

Bukan apa, bagi I sistem kat Malaysia ni tak menyeluruh. Means kalau nak betul-betul tau Halal ke tak restoran tu based on logo Halal tampalkan kedai, enforce semua premis supaya apply logo Halal termasuklah restoran yang kecik-kecik. Ala...gerai yang dok makan seafood ke, nasi lemak ke. Eh stall goreng pisang pon kena apply logo Halal ke????



Sebab apa I cakap gerai yang kecik-kecik ni kena apply logo Halal? Sebab kita tak tau ingredient yang diaorg guna tu dari sumeber yang Halal atau tak...I mean kalau kuew teow or bihun, adakah dari pembekal yang company nya mempunyai Halal cert???

Because usually, pembuat kuew teow or bihun ni company Chinese. Same goes with cincau, tauhu dan udang kering. Tak semestinya kalau bihun tu cap Masjid, Melayu yang buat dan tak semestinya kuew teow tu ada tulisan jawi dia halal. kot-kot lepas ni diaorg letak DNA BABI gak ke...Macam dulu ada nama PAU AHMAD, rupanya owner of PAU Ahmad tu Chinese. Bagi nama Ahmad sempena nama driver jer...and nak tarik pengguna Melayu.

Eh serius la....why DNA BABI? I'm wondering....DNA BABI ni nak bagi sedap ke nak kasi long lasting? Damn it you BABI...walaupon ko warna pink tapi ko busuk dan pengotor!

One more thing, pensijilan Halal ni menyeluruh termasuk la persekitaran kedai, pembersihan dapur. Orang kata makan kat kedai-kedai mahal ni membazir la.......mahal la. Tapi sebenarnya kita pay for their service, environment. Coz every kedai ni mostly gred A. Ala..kalau korang gi mana-mana kedai, nampak logo "A,B,C" tu tahap kebersihan dia.....bukan I nak membela kedai-kedai mahal ni. At least those kedai mahal yang ada logo halal with sjil bersih ber"gred" ni terjamin la sikit....

Because we never knew what's going on behind the kitchen. Kita tau, asal kedai Melayu je bole makan. Sekali ko pegi be;lakang kedai, rupanya basuh pinggan tepi longkang. pastu air basuh pinggan guna sampai ntah berapa kali tak tau kan......blom bab basuh sayur, basuh ayam segala.

Kesimpulannya, kalau bab makan ni, "Tepuk dada, tanya selera, mulut mengunyah, perut kenyang"

Tak gitu?


Monday, April 4, 2011

Kisah Anak-Beranak

KISAH SI ANAK

Kisah 1

Faatih ni kalau orang mandikan dia, dia memang suka habis. Bila orang mandikan dia dia syok jer dok diam dalam tub tu tapi bila angkat nak lap and pakai baju, mula la nangis tak hengat. One day I mandikan dia macam biasa. Knowing he's so grumpy bila angkat dari bath tub, I biar jer and letak atas alas getah tuh.

Pastu dia nangis tak henti-henti. Macam panik la jugak. Puas pujuk-pujuk, sumbat puting, main-main sume tak jadi. Dia tak mo dia. Nak kata lapa susu, before that dah bagi and nak mandia diaa pon dok elok jer.

Dalam 2 minit macam tu tetiba dia diam. I pon happy la sebab dia tak melalak sebab Faatih kalau melalak, mak aaihhh....macam dia jerit kat microphone.

Sekaaliiiiiii...............dia "pancut" baik punya! Looor......nak kencing pon nangis ke?


Kisah 2

Macam kisah kat atas gak, dia akan nangis lepas orang angkat dia dari bath tub. Time tu hubby yang angkat dia and hubby dok timang-timang la dia nak kasi diam. I cakap kat hubby,

Me : Jaga-jaga, tu nanti kalau diam tau-tau pancut jer

Hubby : Tak ada la...Faatih baikkan. Dia takkan pancut kat I. Dia selalau kecing kalau ngan u jer (sebab yang selalu kena "express pancutan" ni I jer) *He keep tepuk-teput suh diam while I kemas bath tub dalam bilik air*

Seekaaaaliiiiiii.....................

Hubby : oih..oihhh...........lorrr Faatih. Kencing kat ayah la plak.

Me : Haaaa.....orang dah kata dah. Padan muka.

Lagi teruk.Faatih kncing kat baju ayah dia sebab hubby dukung dia time dia kencing tu.


Kisah 3

Faatih ni timing untuk dia tido memang kol 11-12 malam  la. Selalunya dia akan berak dulu before tido and I akan ganti siap-siap pampers dia so takda la dia kena ruam ke ape. Yang penting sekarang, dia tido lena sampai pagi. Terima kasih kepada lampin pakai buang Pet Pet dan Drypers!


One night tu, I tunggu la dia berak. Faatih ni nak berak pon dia akan nangis dulu, pastu diam sambil kembang-kembangkan hidung then uurrghh...muka dia meneran. Tapi malam tu dia tak berak pon. Since dia pon macam dah nak tido, I gantikan jer pampers dia sebab dia pon kencing.

Pas I lap bontot tu, I nak pasang pampers tapi I dengar bunyi Faatih kentut. Kuat OK. Baby memang kentut kuat ke hah? Fine. Memang pon.

Sekaaaalllliiiiiiii........................................!!!

Tu diaaaaaa......cecair kuning mengali atas alas getah. Berak rupanya!! I macam.....Ya ampun.....dah la towel jauh. I terus capai kain lampin lap mulut dia tahan taik tu dari mngalir. Hello...cair kot. Dah la aku salin pampers dia atas katil. Sib baik tak kena cadar. Bila I tahan guna lampin, habis la taik tu ke belakang kena baju dia. Aarghh sudah, ganti baju la plak.

Huurm...memang jer masa tu muka dia....... Selamba like nothing happen.

Faatih....Faatih.....


KISAH SI BAPA

Kisah 1

Hubby : Yang, napa shampoo ni takda buih. Letak banyak-banyak pon takda buih. Pelik aihhh.....

Me : Shampoo mana?

Hubby : Ni haaa....sambil tunjuk botol "shampoo" Scwarzkopf.

Me : Lorrrrr....tu conditioner la. Patut ar takda buih. Apo la.....

Hubby : Eh ye ke....*sambil tengok label* Haah la......*senyum kerang busuk*


Dia ni selalu pakai shampoo yang satu jenis jer, tak main conditioner ni. Bila dah kawin, wife pkai shampoo and conditiner bagai, confuse la tu! Tapi ada tulis kat label kot Sayang........


Kisah 2

Haritu I kena buat assessment kat shipping company namely M*a*e*r*s*k (pronounce as Merc like shorten of Mercedes)

Hubby : Eh....u punya assessment kat "Merk" kol berapa?
Me : Maersk la........kol 10 pagi

In different situation........
Hubby : Company "Merk" ni besar ke sayang?
Me : Maersk lllaaa.....besar la jugak.

Lain situasi...
Hubby : You tau ke "Merk" ni kat mana?
Me : Its Maersk laaaaaaa......M-A-E-R-S-K!!!


Kisah 3

Usually Fattih akan bangun kelaparan dalam kol 5 pagi. Lepas I breastfeed dia, I diri la kat tepi katil. I was thinking nak solat Subuh dulu ke...or pump susu. Tetiba husband terbangun and terus dia main-main ngan Faatih. Selalu I akan letak atas katil kami lepas menyusu since Faatih tido kat katil dia sendiri.

Then hubby terbangun and terus tengok I..
Hubby : Hoh....!!! Terkejut abang.

Me : Laaaaa......kenapa terkejut??

Hubby : Tak...bila you berdiri kat situ macam Kejora! (nama watak dalam citer Indon Kejora dan Bintang kat Astro)

Me : Kejora?? Ke Kemboja??? (nama watak Eira Syazira dalam citer Kemboja tiap-tiap petang kat TV3. Watak Kemboja tu ialah hantu jelmaan) *amboi laki aku ingat bini dia ni hantu......tapi hantu cantik mak ok je! ;p*

Hubby : Hah....Kemboja *sambung tido balik*


Petang tu kami duduk minum-minum ngan my PIL. Then hubby citer la apa yang berlaku pagi tadi kat mama.


Hubby : Pagi tadi terkejut Along (panggilan untuk hubby kat umah) tengok Baiti. Dia dok berdiri macam "Kejora" tu...

Mama : Kejora???

Me : Kemboja la........Kejora tu citer Indon....apo la!!

Mama : Hah la....Kejora yang mama selalu tengok tu.

Hubby : Laaa....salah lg....Issk.....

Friday, January 28, 2011

Bahasa Jiwa Bangsa

Sedang I minum petang ngan mak, kami dok bual-bual la pasal sekolah mak. Mak I cikgu, so dia selalu la citer perihal murid la..cikgu la..parents la kalau time lepak-lepak minum petang.



Mak : Tadi ada budak Darjah 1 tu baru masuk. Dia baru balik dari UK, mak dia lecturer UTHM belajar kat sana......tapi langsung tak reti cakap Melayu.


Me : Mak ayah Melayu ke?


Mak : Yer la....mak dia tu siap sampai sekolah pon dok bagitau anak dia ni bila time nak bagi duit belanja tu dalam "Pound" (GBP).


Me : Hah...yer ker? Perasan "jet lag" la kot...hahahah cakap jer la Ringgit. Poyo je!


Mak : Haah. Patut ajar la budak tu...Malaysia guna Ringgit. Budak tu terpaksa la masuk kelas pemulihan sebab dia tak reti sangat Bahasa Melayu. Ada sekali tu cikgu suruh eja "GAJAH". Bila dia eja, bunyi jadi "G-E-J-E-H".


Me : Hahahahha serius ke? Ala....poyo la tak ajar anak cakap Melayu dari kecik. Kalau ye pon dok overseas....ntah-ntah mak ayah pon orang jawa sebenarnya...hahahah

Bagi I, kalau yer pon dok overseas takat 4-5 tahun amik PHD tu, tak yah la nak berlagak sampai bahasa Melayu pon tak bole ajar kat anak. Bukan susah sangat pon. Anak-anak ni kan mudah belajar. Lagipon teknologi sekarang dah canggih kan? Setakat bukak internet banyak e-book untuk budak-budak.

Tu baru 4-5 tahun dok overseas, kalau 10-20 tahun? Ntah camner....Isskk..iskk......tu blom suh baca Alif-Ba-Ta ke..mengaji ker. Hah! Sapa mau jawab?

Salute kat Anita Sarawak, dok puluh tahun kat Las Vegas pon cakap Melayu still terang lagi.....kalau dia tu sebut "R" mesti "RRrrrrr" bunyi dia. Terang dan jelas u'ols!

Takda la macam certain penyanyi tu.....kalau nyanyi lagu mcam nak ngada-ngada gitu....nyanyi perkataan "Tolong" pon jadi "Tholong". Kita kalau "Ta" tu jadi "Tha" *sila sebut dalam slang mengada...well know...* hahahha.......meluat aku bila dengar lagu macam tu!

Monday, January 24, 2011

Baru Nak Berazam

Heeyhoo........It's been a month! *sapu-sapu sawang...uhuk..uhuk...berabuk seh*
Bukan tak mo update blog, tapi "pregnancy syndrome" *mentang-mentang pregnant, memanjang salahkan pregnancy* serius weh, tak da mood sangat nak update.

Bila masuk tahun baru orang semua sibuk dok pasang azam, I baru la terkedek-kedek nak announce azam. Ceh! Tapii....taaaapiiii.........lihatlah ticker kat atas tu!!! The day is today!!!!!!

Jadi sesuailah la hari ni baru nak berazam kan sebab husband kesayangan akan tiba petang nanti ;D siapa tak happy weih....3 bulan tunggu tau!

Well, apa yang I bole kata, 2010 berlalu dengan macam-macam peristiwa pahit manis. Takkan la nak "sweet" jer memanjang kan. Started with Nadia's wedding on the 1st, I pon ikut ikut jejak langkah dia in May. In relationship for almost 6 years, 2010 dikira "penamat" hubungan bf-gf kami. Dan tak lama lepas tu,I disahkan pregnant! Alhamdulillah. Last year jugak I buat perubahan besar dalam hidup bila I sanggup berhenti kerja and ikut husband ke Aussie. Tapi malangnya, mungkin rezeki kami tak bertahan lama kat sana. So, we made decision to back for good! Mungkin belum rezeki kami kat sana or mayb rezeki lebih baik di tanah air sediri kan? Malaysia still the best!

Untuk tahun 2011 ni, kalau last year berdua, lagi seminggu ni jadilah bertiga. Whoaaaa.....excited tapi takut pon ada!! Tanggungjawab dah jadi lebih besar u'ols! Jadi I menanamkan azam :

*untuk jadi isteri yang solehah dan pandai melayan suami sebaik mungkin'
*jadi ibu yang penyayang.....gomol baby hari-hari!! hahahahah
*nak try breastfeed atau mengepam dengan jayanya. InsyaAllah......
*mungkin mencari kerjaya baru. Hidup harus diteruskan beb. Nak gak cari duit sendiri kan?
*jadi anak yang baik kepada both side parents ;)
*mungkin ingin memulakan "Project X". Apa tu?? adalah.......nak meneruskan passion katanyaen!
*nak mengurangkan hutang piutang yang ada......*menjadi pembayar PTPTN yang konsisten ;p*

So, tu je kot......bab shopping nak menambah handbag ke, kasut ke, bergantung kepada ongkosnya! heheh jadi haruslah berusahakan?????

Bring it on 2011!!!



p/s : Ada orang kena surprise hari ni..... ;D

Tuesday, December 7, 2010

Hijrah Si Petite

Rasanya belum terlambat nak ucapkan Salam Maal Hijrah 1432 kepala seluruh umat Islam. Sempena tahun baru umat Islam ni, kita digalakkan membuat pembaharuan dan anjakan pada diri supaya membimbing diri ke arah yang lebih baik.

Dan pada tahun baru ini, I bukan sahaja berhijrah menjadi bakal ibu *wah..tak sangka dah nak jadi mak orang ;p* tapi me and Hilmi has made our decision to back for good to our lovely country, Malaysia! Yes, no Oz Mozzie dah. Hijrah la jugak kan? hijrah kembali ke tanah air sendiri. Heheh It's a hard and tough decision, though it took only few days to decide but more than months using our think tank for pros and cons. And there, snap the fingers "Jom kita balik Malaysia!!". Memang sedey nak tinggalkan Oz *even I baru 4 bulan dok sana* tapi nak wat camner kan..........kita hanya usaha tapi rezeki di tangan Tuhan.

Major causes? Haruslah ada kan...........I elaborate 4 major la ye...ala...nape tak cukupkan 5 je ;p

1) Rules and Regulations

If people see orang dok overseas and cakap "wahhh bestnya...seronok nyer dapat dok sana" Yer memang best tapi it's not easy as you think. Mewah ngan travel sana sini, shoppling all way around, sale yang hebat mata memukau tapi life that we'll going through? Future is undetermined. So as we. At first, we decide to take PR. Duit dah ready, document dah ready, tinggal amik exam IELTS and some assessment for Hilmi work. See.... it's not easy to live in Oz. Oz ni bab rule migration ketat sket. Unlike European Union (EU), you guys just apply for visa untuk several years (but still ada term and condition) and then sambung balik tapi in Oz, nak tak nak, after 2 years holding Temporary Resident (TR) terus kne apply PR. No visa-visa nak stay ke apa.

Nak apply tu macam2 la immigration mintak kan. Biasalah..nak prove yang kita ni kahwin secara legal dan IKHLAS ok! no cerai-cerai ke apa after dapat PR nanti. Sijil nikah, sijil good of coduct dari Kementerian Luar Negeri, joint acc, bila air api telefon yang menunjukkan korang dok satu rumah. Yang paling best, pictures proven yang korang memang cinta sejati. Kira habislah gambar kawin, gambar zaman MMU, gambar zaman bercinta I bagi kat diaorg. Dah la kitaorg ni LDR (long distance relationship) 3 tahun kan. Mana la nak ada gambar zaman bercinta sangat...sib baik aku tak bagi skali email zaman bercinta!

Lagipon, bukan sket2 duit nak apply PR, bola la buat membeli Chanel barang sedua. huhuh baik bli Chanel ke, MAC 27 inch ke....hahaha pastu nak tunggu dapat PR tu bukan sbulan dua...6 bulan pon bukan, min setahun or dua tahun. Kalau apply tak dapat terus? Tak ke lebur duit tu.....? Sedangkan I jumpa this girl yang kawin ngan Citizen Oz pon PR tak approve lg padahal dah nak dekat 2 tahun kawin. Tu kahwin ngan Citizen tu! Blom kami yang org luar ni. 5-10 tahun yang lepas, yes, senang diaorg nak aapprove tapi skrg ni dah kebanjiran immigrant yang terlalu ramai, tu yang diaorg control tu. Malaysia je tak control2.

So in the mean time nak dapat PR approval tu, bukan bole keluar dari Oz.Yes, kira jangan haraplah nak balik Malaysia raya ke apa. Actually bole sebenarnya but you have to apply for another Bridging Visa. Dah kalau asyik nak kuar Oz je, takda la PR tu nak approve ye tak? Tak loyal sungguh! And that 2 years menunggu PR tu la akan buat kami ni suffer. Why?? That's the reason no. 2!


2) Benefits!!

Since keluarga kami bakal mendapat ahli ke-3, ye bukan berdua lagi yer. Syukur alhamdulillah. Means perbelanjaan pon bakal bertambah. It's not only makan, pakai baby je. Medical blom lagi. Bila baby lahir, nak check up, tu blom nak kne cucuk immune lg. And if you're in Bridging nak pegi PR, you're not eligible to take any insurance. Unless dah dapat PR, yes, government subsidize Medicare. But if no PR, no Medicare. Means kena bayar which bukan sikit-sikit duit. I sendiri masa monthly pregnancy check-up, they will charge AUD 170 per visit. Tu baru check-up biasa. Masuk tak sampai 1/2 hour. Tapi kalau amik darah segala, lain plak charge nya.

Tu blom kira nak bersalin lagi. All-in-All cost bersalin kat government hospital almost AUD8,000 ye! Bukan AUD800 ke apa if you takda Medicare. Baik bersalin private kat Malaysia ye tak???

So, those in Malaysia, bersyukurlah sebab government kita subsidize banyak untuk hospital. Even orang Indon pon kalau check kat gomen hospital, takdal dia charge sampai RM 200 kan?

Bayangkan la if I yang ada baby nanti nak gi monthly check up, pastu nak jabs lg. Tu blom sakit pening demam...........

If keje dan nak MC, nak p klinik pon pikir dua tiga kali. Yer la..skali check dah kne charge AUD 170.  Kalau kat Malaysia, p jer klinik panel company confirm dapat MC. Takyah bayar sebab company tanggung sume! Even if you're lucky, company siap tanggung bersalin unlimited amount!!

In Oz, company takda bagi medical benefit yer. Sebab diaorg dah bayar your salary quit higher than market. Memang la gaji banyak. Tapi kalau nak banding ngan benefit yang takda tu, payah jugak la. What happen if suddenly dapat penyakit kronik ke. Not all covered by Medicare (Oz Government Insurance).

Tu blom kira nursery lg. Kalau me and hubby keje, sehari nursery charge min of AUD60/day! Yes, per day! Sila darab ngan 20 hari bekerja sekarang......if I jadi suri rumah, and only one source income, alamat tak cukup la.......


3) Housewife or Working Mommy?

Speaking of working, after confinement nanti, marked almost a year I tak keja atau menjadi suri rumah. How I feel dah 6 bulan tak keja ni? Tak best ok! I don't know. Mayb saya dilahirkan untuk bekerja atau sebagai working mom. Rasa bila tak keja tu otak macam tak bergerak secara details.

Lagipon, apa guna belajar 4 tahun tapi tak guna degree kita kan? Dah la I ni memang terus terang berhutang PTPTN. Siapa nak bayar PTPTN mak u'ols!!

One more thing, kita ni perempuan ada jugak wishlist-wishlist kan? At least kalau dapat membeli barang idaman dengan hasil titik peluh sendiri tu, puas la jugak kan. Nak harap duit husband memang la nafkah tu dah sure dapat. But I'm looking for satisfaction. Dia macam...uuffffff susah nak explain!! Bole tak?

Bukan nak merendah kan suri rumah ke apa. I respect siapa yang menjadi suri rumah especially yang siap bole buat home business tu.....respect habis!!!

But those yang bekerja....you know how it feels right?


4) Hujan Emas Di Negeri Orang, Kat Negeri Sendiri Pon Bole Hujan Emas Jugak!!

Memang betul pepatah orang tua-tua cakap "Hujan Emas Di negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri". So true!!!!! kat overseas mana nak dapat mamak 24 jam? Mana nak dapat shopping mall tutup kol 11pm?? Naaaddddaa!!!

And most important part is our own family. Tiada mak ayah untuk mendengar luahan, untuk mengadu. Bola la main call2 setakat guna phone, guna skype. But I didn't feel the intimacy. Both of us baik Hilmi or me are eldest. Dah la yang sulung, adik beradik tak ramai. My sibling 4 orang while he's only 2! So keluarga memang tak besar. Kalau hilang sorang memang terasa and our family memang rapat each other. Apa2 sume nak angkut gi mana-mana mesti nak ikut kan.

Since this will be their 1st grandson, so macam kesian jer nak pisahkan dari atuk and nenek diaorg. Seeing them bersusah payah beli itu ini and help me preparing for baby makes me touched. And that point of time, I rasa sangat beruntung di kurniakan parents and PIL yang sangat baik and understanding.

Ye la, kita ni bukan tau hidup mati ntah bila, kiamat tu bila (rasa macam kiamat tu dah dekat kan?) and orang tua kita hidup sampai bila. I've in hostel years since I'm 13 sampai la uni years sampai la kerja.Tak pernah dok tetap kat Johor. And hubby plak dah 4 years dok Oz, balik Malaysia pon setakat 3-4 kali. So we feel macam biarlah kami spend masa dengan diaorg selagi ada masa ni. If I nak mati ke, biarlah I mati kat Malaysia and dekat dengan family.

Hhoho....emo la plak kan??? But it's true darling. Sometime, bila you guys duduk and think about something, the 1st thing cross your mind is family!

Sekaya mana pon kita, duit berjuta ke, handbag segunung ke, travel sejauh mana sekalipon, ape-apa pon balik pada yang asal ibarat sirih pulang ke gagang.

Betul tak?


Tapi kami takkan tolak rezeki jika ditakdirkan kami terpaksa berhijrah ke luar kembali!

Eh...eh reason no 5?? Cukup la tuh.......ak perlu nak cukupkan sampai 5 tapi kalau Chanel No. 5 mau la.....ahaaakkksss


Welcome Home Si Petite yang berkulit tan!!!!


P/S : Additional info : If you're a doctor / accounting background, I galakkan u'ols gi Oz. Now Oz kekurangan these 2 people. They short 4000++ doctors especially at suburbs area! Those yang ada adik/anak plan to do medic and have a good SPM result, please apply for MARA scholarship coz apart that you don't have to pay, you'll also didn't have to come back/serve at Malaysia. In case nak cari pengalaman kat negara orang la.....if you're lucky enuff, your PR will be granted in just 6 months! ;)

Wednesday, October 27, 2010

Spring Goodbye

Most FB freinds dah tau yang I akan balik bersalin kat Malaysia. Ye la u'ols, sini kalau takda insurans beranak sangat mahal ok, even public hospital! I bole beranak private kat Malaysia dengan cost public hospital kat sini, malah cost public hospital tu lagi banyak dari private.

Setelah ditimbang kira, parents nak datang pon susah, kat sini takda orang nak pantau during my confinement, so we decided I balik bersalin. Baby jadi Malaysian citizen la.....*eh Kalau lahir sini pon tetap Malaysian citizen, jangan lupa diri ok Betty!*

But the saddest part, I kena tinggalkan hubby sorang-sorang!! Huhuhu....sedey giler!! ;( Ye la, after 4 months kawin, kena berpisah balik. Though he's the one yang independent, bole masak sendiri sume sebab dia pon blaja sini, tapi kesian la jugak. Orang dah terbiasa mendapat layanan isteri...ceewaahhh.....pastu kena tinggal.

And I paling sedey sebab dah takda orang nak usap-usap perut. Ye la this last 3 months baby tengah develop dengar bunyi sekeliling dia so kalau kita as parents cakap ngan dia, dia notify suara kita after lahir. Huhuh Hubby will be back to Malaysia during my labour. Hope dia sempat tengok I bersalin sebab kami main agak-agak ikut due date I yang doctor bagi tu untuk dia apply cuti and beli tiket. If I bersalin awal camner????????? Hope baby kuar lepas ayah dia balik la kan?

To hubby, take care of yourself k. I dah masak lauk dalam peti ais untuk ne week, so tinggal panaskan and masak nasi je.......will see u in 3 months!

Goodbye Spring!


Spring 2010, Brighton Beach 


Thursday, January 21, 2010

Ahhhh..aku malas



Kemalasan itu melanda tanpa perlu diminta.
Ya.....sejak sebulan ini aku "juggling" diri aku dengan pelbagai perkara
KERJA, KAHWIN (siapa kahwin?) dan life sendiri (ya...perkataan yg di BOLD kan itu mungkin penting)
Hidup mcm terumbang-ambing pon ada.

Mungkin blog ini pon sudah merajuk dengan aku.
Well, bukan ada org visit pon kan? OK. Boleh gelak.

Yang pasti, aku tersenyum lebar minggu hadapan
kerana si Love pulang.
Kami akan bersarapan bersama pukul 7 pagi di "airport"
Aku idam Mc D full breakfast...(sslurrpp)
Tapi si Love idamkan nasi lemak.
Huuurmmmm...........

Wednesday, November 18, 2009

"Keropok Baby" Bukan dari Janin Bayi

Siapa masa dulu dia pernah makan muruku kat bawah nih???



Yer...muruku ikan ni glamer dari aku sekolah rendah sampai lah sekarang dia dok jual lg. Siapa yg tak pernah makan muruku ni mesti dia tak skolah kat Malaysia atau pon dia tak duduk Malaysia ataupon dia mmg tak mkn "jajan" (jajan - panggilan org Jawa pd makanan ringan. Sapa Jawa tau la..).

Aku mix Jawa-Bugis tapi tak reti ckp Jawa sbb parents aku pon tak reti. Tapi mengaku Jawa...hahahahah
Teringat masa zaman AF-Mawi dlu. Bila Mawi ckp dia "Jowo" sumer la artis mengaku dia "Jowo" konon. Boleh blah padahal before that sure ko tak nak mengaku smpi artis Pan Asian pon mengaku dia Jawa sbb bapak dia org Johor. Adalah artis tu kan......kisah lama.

Eh aku bukan nak citer pasal Jawa..pekehal kan? Nak citer pasal muruku ni....

Hari tu adik aku dok bli muruku ni kan highway. Excited muka dpt bli muruku ni setelah sekian lama tak mkn. Bukak punyer bukak, harga RM 2....sekali isi dlm ciput! Tuang dlm mulut ko skali jer dh habis. Apa daaa....tertipu! But still aku respect sama dia punyer manufacturer. Bertahan smpi skrg ok! Business puluh-puluh tahun buat muruku gambar baby.

Apa related baby dgn muruku pon aku tak tau...korang tau????? Mungkin ini makanan bayi? Tak Mungkin la kan...atau owner dpt idea buat muruku time dia dpt anak pertama ke...wah suka hati aku nak mentafsir asal usu muruku bergambar baby ;p




Silap adik aku jugak tak tgk berat dia...laaaa 70gm jer. Cissssss....disebabkan muruku tu tebal, maka sket la isi nyer. Tapi kami tetap kongsi mkn dgn penuh kenikmatan (kenikmatan mengenang kisah zaman kanak-kanak..poyo..!)






Tetiba aku rasa nak mkn Rota, Din Dang, Tora, Nini Coklat Celup-celup. Hahahhahaha

Harus dapatkan di kedai runcit berhampiran!!

Thursday, November 12, 2009

Tension and Headache





Mister Potato + Tension + Headache + Less Exercise

=

5X kg!!

Tuesday, September 15, 2009

Kalau Tak Puasa Tu.........

Apa pendapat korang kalau orang lelaki tak puasa?

Of cos dia Melayu and...errr Islam kot (cos ada je Melayu tapi tak Islam...zaman skrg tak mustahil kan?).

This was happen during our last Pick and Grab kat Hartamas Square hari.

Ada la vendor yg "berjiran" dgn kami ni. Ada 2 lelaki and 1 perempuan.
Kalau perempuan tak puasa tu aku tak da la kisah sgt sbb kita ni kan mmg ada "hari-hari" yg memrlukan kita tak puasa.

Tapi yg aku pelik lelaki 2 org tu. Bukan la nak mengutuk (eh ni kira mengutuk ke?) Kutuk ada kebaikan dan memberi pengajaran takpe kot kan??? wah suka hati kau nak jatuh hukum sendiri yer Betty.

Si lelaki yg sorang nih, dah terkantoi la dgn aku dia hirup air tin kan. Memula kantoi dia mkn gula-gula. Ok. Takpe la. Ko sembunyi kat blkg baju-baju yg ko jual tuh. Budget org lain tak nampak tapi aku ngan Julie nampak!

Lepas tu datang lg sorang member dia (vendor jugak). Dok pi isap rokok! Eh....mcm bangang la ko nih kan?? Mmg open je ko isap rokok sebelah kitaorg. Asap rokok ko tu dah boleh buat awan Doraemon tau tak? (kenapa plak awan Doraemon, eh suka hati la) Time tu aku mcm nak panggil JAIS je tapi valid ke panggil JAIS sbb diaorg tak puasa n hisap rokok bukan tgh kantoi mkn kat kedai mkn?? Valid kah??????

Aku tau la only 2 vendors Malays yg pakai tudung yg lain tu sume non-Malays, Tidakkan kah ko berasa malu ngan kaum ko sendiri? Awek ko pon mcm bengong dpt bf tak puasa. Aku rasa non-Malays pon pandang semcm.

Mesti diaorg ckp, "apa la Melayu nih, eh Melayu lagi, apa la org Islam ni, bulan puasa pon tak mahu puasa. Tak mahu dgr perintah Tuhan. Aku pon kdg-kdg puasa" <---kalau India la yg ckp.

Korang tu dah la lelaki, bakal leader rumahtangga. Kalau ko pon tak puasa, mcm mana la ko nak bimbing keluarga ko nanti? Ala-ala tunggang langgang la kan.....tak pon ko stock yg husband tak puasa tp wife and anak-anak ko cukup puasa sembahyang segala. Ayah / suami apakah tu? Korang jgn tak tau....ada tau org lelaki mcm ni.

Bukan la aku ni nak tegur sbb aku baik sgt tapi at least buat la salah satu Rukun Islam tu..kan? Yg lain tu pandai-pandai la ko cukupkan. Sbb tu Tuhan ckp bulan Ramadhan bulan paling mulia tapi ko je yg tak pandai nak memuliakan. Haihh......

Ha..kalau ada sesiapa lelaki yg baca entry ni and tak puasa, Insaflah. ;)

Wednesday, September 9, 2009

090909....20092009

090909 present is for 20092009


Alhamdulillah and thank you Sayang!!

Luv you


;)

Tuesday, August 25, 2009

Blog Sedang Berpuasa

.I slept in short hours lately.
.Kerja berderat-deret.
.Actually banyak nak cerita.
.Tapi nanti lah ye.
.Manusia berpuasa, blog pon nak "berpuasa" buat seketika.
.Hehe.
.Selamat berpuasa kawan-kawan!.
pppssttt...tetiba rasa tahun ni puasa last as single. Hoho.

Thursday, August 13, 2009

12 + 1

Sejak dua menjak ni saya mmg bz....berkejar ke sana ke mari. Sehingga hari Selasa (kelmarin) yang lalu saya tidak masuk ke ofis satu hari suntuk.

Tetiba colleague mesej : "Ada bouquet of roses utk u. Card attach with it. Nanti ptg sy bawak balik."

I was like...???? Siapa pulak yg hantar *budget Hilmi bukanlah seorang yg suka nak hantar-hantar bunga ni kan*

Bila balik rumah...saw this,


and a card attached with it...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Siap pantun 4 kerat tu....tak tahan....!!!! Tau lah anda seorang Timb. Pengarah Karnival Pantun kat MMU tapi siapa Direktor yer???? Hehehhe Walaupon sy boleh berpantun, tapi sy tak membalas dgn pantun. Direct reply sudah.....a.a..a *kejam ke?*

Saya rasa anda tau apa jawapannya kan??????




*Hati berbunga-bunga*




**My life naik ke satu level yg baru** ;):);):)

5 tahun lebih bukan lah sekejap....dan 5 tahun bukan lah satu perhubungan yg mudah dgn 3 tahun kami berjauhan.....fffffuhhhhhh......*lap peluh dan hela nafas*









Tuesday, June 30, 2009

Busy bee and politic?

I'm quiet busy with all reports right now. My head is full with numbers / info / inputs. Rasa mcm robot dah. But I'm kinda demotivated with my job now. :(

However, the YB I adore replied my Twitter *you know who la*
It's nice to him trying to get close with "rakyat" :)
And suddenly I felt the "courage"?



Errrr..........is that means I'm ready to back into politics?? A "field" I left long time ago?

Ayah sudah bagi "hint".

"Along dah isi borang U*M*N*O?"
"Orang dah lama jd ahli Puteri la..tapi Puteri Subang" *gila khianat un sendiri kan*
"Then tukar pegi Parit Raja...."
"Errrr...baik"


*Balik Johor???*

Tuesday, June 16, 2009

Satu Lagi Kecuaian

Satu lagi kecuaian yg telah saya buat semalam :

SAYA TELAH MENINGGALKAN BEG MAKE UP DI DALAM KERETA BOS SAYA DAN SEKARANG DIA MASUK LEWAT KE OFIS.

Jadi bagaimanakah?

Saya ada meeting pukul 9.30 ni. That means lagi setengah jam je!

Alamat masuk meeting tidak ber-make up la...huhuhuhu

Such a klutz. Damn.


Kalau korang, mesti ke ber-make up ke kalau keluar rumah? Or ada yg rasa org yg nak make up ni mcm mengada-ngada jer. Sikit-sikit nak bersolek smpi g 7E pon nak ber-make up segala?

So how aaaarrr???

Monday, June 15, 2009

DANG!!!


Look at what happened to my car during last Friday night.
Kejadian yg "kurang sengaja". I was about to parked my car and suddenly the person in car beside me opened his door.

Budak-budak jer. At first takut jugak sbb saya sorang pompuan and dia ramai-ramai.

Then bila dia panggil parents dia and kawan-kawan saya dtg, so things settled that time jugak.
We agreed to pay by own.

Td dah hantar my car gi ketuk and cat balik. Thanks God I lived in Port Klang. Important for women, carik kawan lelaki yg knal tokey mekanik/tokey cat mane2. Senang....dapat murah ;)

So ptg ni kete saya siap. weeheeee......

Note pd diri sendiri, bwk kete hati-hati. =) *"poket" berlubang lagi* uhuksss...


Teringat berlari-lari anak dgn Nadia dlm Sunway aritu. Semata-mata nak kejar time tgk movie yg kami amik berderet-deret. 17 Again : 5.00-6.45pm ; Angels and Demons : 6.30-9.00pm. Ok..ok..takda kene-mengena ngan citer di atas heheheh

Hey...Zac Efron sgt HOT ke? 6 paxes uuuuuu!!!

Friday, May 29, 2009

Permulaan

Tidak ada mood untuk berblog bagai.
Kat office sumer org tgh emo sbb nak implement system baru
Susah kan? Kalau junior nak intro system baru kat senior
Mcm-mcm hal... ok!

Sbb tu, esok saya akan ke Melaka! weehuuu....

"Tempat asal" tuuu...4 tahun kat sana...semua nyer bermula kat sana..

Mula belajar, mula berkawan dan yg penting mula bercinta! Hahahha *Mesti u ingat we always lunch/dinner kat JJ and Subaidah kan syg?* Miss that moment..huuhuhuh Dah tu jer tmpt yg ada. Paling "khurlasss" pon Mahkota Parade aka MP.

Rasanya sekarang Melaka dah maju kan? Ada "Eyes on Melaka" kan?

The most makanan I ever miss : Nyonya Asam Laksa & Ais Kacang kat Jonker Walk. Seriushyt pffffttttt sedap ok!

Am gonna "makan" that! Apa lagi makanan yg ada? aaaa....asam pedas kat Cheng, seafood kat Muara Sg Duyung dan Umbai jugaa...! Gemok la....haadoii.


Aahaaa..tidak sabar!! ;)



Now I really miss u sayang :o)

Monday, May 4, 2009

Hujung Minggu Punya Cerita - Random

Aha...at last dpt cuti lama blk kg....! Weehee...


KL sesak giler. Ramai keluar blk kg. Seperti biasa, jam dari Seremban smpi Senawang.


Ada 2 kenduri kawin kene attend *musim org kawin tahun nih*
but happy dpt jumpe cousins yg lama nggak ketemu


1 family day *kenal sedara-mara*


Aaa...Tomok menang OIAM. Bagus-bagus. Tapi saya lebih suka lagu Esther. Tapi Tomok bnyk improvement *eeh..tetiba mcm minat Tomok..bole ker?*


Hari Sabtu hari perebutan tgk tv antara AF, EPL dan AIM. Pening kepala kejap alih2. Sib baik takda raksasa Gorgon muncul hahahha *saya request utk beli tv lagi satu plzzzz...*:



-MU menang *ni pon ayah mcm merajuk jer sbb xdpt tgk full game* hohoohoho

-Siti,Hujan,Misha Omar,Aizat menang. Paling penting emcee best! Malique still tak tunjuk muka.

-AF sgt drama ok! Pehal tetiba AFMasuk? *nak masuk kan Aril la tu* tak puas hati. Tolong lah! muka "Principal Tiara" sgt drama ok! Semua drama! Fake fake!


Balik semlm pon jam jugak. Padahal accident lorong sebelah tapi jam..mak aaihhhh.


Kaki tangan still lenguh lagi. Nasib baik kete auto. Hahah....


And lastly.....







Thanks Kakak Nadia sbb kene pikul benda nih.


And thanks banyak-banyak kat mak mertua...oppssss future monther-in-law krn membelanja bakal menantu anda yg baik ini....hiksssss. Sayang mama...!! Saya tau, saya mmg seorang menantu yg baik kan? *sila gelak ok!* eh...saya pon sayang awak jugak Hilmi!

Tuesday, April 28, 2009

Cikgu ke?



SITUASI 1

Masa tu saya baru pulang dari kenduri Udeng (kat bawah). Singgah masjid Labis untuk solat Zohor. Selesai solat, duduk kat tangga nak pakai heels. Time tu ada budak-budak perempuan promoter Astro (ala...yg dari rumah ke rumah tu..dlm 5 org)

Budak Astro : Baru balik sekolah ke kak...?

Me : Aaa..? *muka blur*

Budak Astro : Aa...akak cikgu ke?

Me : Oohh..eh bukan. Nape? Mcm cikgu ke?

Budak Astro : Haah....pakai baju kebaya nampak mcm cikgu. *sambil senyum kambing*

Me : Tak da lah.....baru balik majlis kawin kawan kat Felda Tenang nun....

Budak Astro yg lain : ooohhhh...cantik eh baju.

Me : Terima kasih....*senyum dan terus g kat kete*

Budak Astro yg lain : Cantik la kak kasut nih...sape punyer nih? *tunjuk kasut tepi tangga*

Me : Ooo...tu kasut adik saya..*terus blah*

Lupe plak yg hari Sabtu hari tu sekolah ganti cuti Hari Raya



SITUASI 2

Time ni baru balik dr main badminton. Of course la pakai baju sukan kan. Perut lapa, then singgah kedai burger dpn rumah. Lepas order burger ada la sorang akak ni, agak seksi la..berskirt paras lutut ngan baju t-shirt ketat. Dok tgk2 aku...

Akak : Baru balik ngajar ke kak? Cikgu ke?

Me : Huh? Ngajar? eh..bukan..bukan cikgu.

Akak : Ooo...keje mana?

Me : Keje kat Port Klang...

Akak : Dulu blaja mana?

Me : *haiiittt...tempah balaja pon nak tau?* blaja kat MMU

bla..bla bla...pastu dtg kat aku

Akak : Ha...saya nih jual kete. So kalau nak bli kete bola la cari saya. Kawan-kawan ke nak bli. *Sambil hand down bisnes card dia*

Me : oo...ok ok.

Ambik burger tros blk umah.


SITUASI 3

Aku masuk one of the department kat opis....Operation Dept. Department ni terkenal dgn ramai kaum-kaum Adam...Operation Department la katakan.

Abang 1 : Aaaaaa......cikgu tarian dah masuuuukkkkkk *sambil jerit satu department*

Me : *siut la* dah semua org keluar kepala dari cubicle

Abang 2 : Haaaaa...sapa nak masuk kelas tarian sila isi borang. Cikgu dtg nak kutip yuran nih!
*sambil gelak-gelak*

Me : Huklohhh....ape plak. Saya datang nak ajak dating la....*gelak mcm setan*

Apa kene-mengena aku ngn cikgu tarian plak? Aku bukan cun mcm Linda Jasmin pon. ;p Tapi aku rasa sbb aku suka pakai high heels la....hahahah esp. my red GUESS high heels yg sakit kaki kalau pkai.


-------------------------------------------------------------------------


Coopppp...sbnrnyer apa ironi nya aku dgn title "cikgu"??. Tau la mak ayah aku cikgu tapi aku bukan cikggguu...!!! Oppsss...maaf cikgu-cikgu di luar yer. Dari sekolah sampai sekarang, aku takda minat langsung nak jadi cikgu mahupon kerja yg berkenaan. e.g : lecturer. Aku tau kerja mengajar tu kerja paling mulia tapi kalau aku jadi cik/ngajar mau mati anak org aku kerjakan....hahaha



******lagu SITUASI by BUNKFACE menusuk ke ruang telinga*******apa kejadah tetiba ada lagu Bunkface plak.






eeeh....muka aku ada mcm cikgu ke weeeeeeiiii?????????????? *muka tak puas hati*