Si Petite dan Tan Skin Headline Animator

Showing posts with label Kahwin-Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Kahwin-Kahwin. Show all posts

Friday, September 3, 2010

Baiti & Hilmi Wedding - Part 2

Sila la hangin ngan aku yang malas nak update blog ni. Haruskah menyalahkan winter...eh tapi dah habis winter...ni yg aku mcm semangat nak update.

Bersanding (Johor) - 08.05.2010





Bersanding (KL) - 16.05.2010






Hah..hambik ko. 2 minggu aku tak update blog kan. Ni apa ni baru nak update pasal wedding padahal perut dah nampak "kebesaran nya". Nak tunjuk perut??? hahahah tak yah la..malu la kalau amik gambar tunjuk perut nih.... ;p

ok la....slide atas tu gambar bersanding 2 side : satu kat Batu Pahat (side pompuan) and KL (side lelaki). Kira aku dapatlah merasa sanding in different condition. Satu dewan, satu umah. Sebenarnya tak banyak beza sgt sanding umah ke dewan.

Yang korang kene tau basic similarity acara bersanding / reception ni :

1. Tentative / Aturcara Majlis (siapa yg ada wedding planner, korang tak yah pening kepala semua diaorg yg buat. Korang dok jer atas pelamin. Dan siapa kata kat rumah takda aturcara? nanti aku tunjuk)

2. Pelamin, Baju-bajan (ahhaha bole?) baju korang la..door gift segala tu I'm sure korang dah tau nak uruskan.

3. Make Up Artist yang ni korang kena confirm betul2 ngn MUA kol berapa majlis korang tuh. Bg exact time. kalu korang rasa MUA tu agak ada history datang lambat, korang ckp jer acara bersanding 1/2 jam lagi awal dari majlis. pedulik la kan...korang dah bayar diaorg.

4. Emcee / Pengacara Majlis kalau dewan tu haruslah ada. Text emcee selalu emcee akan buat. Jangan korang dapat emcee, emcee tu suh pengantin buat text utk diaorg. Korang ketuk jer kepala emcee tu. Jangan takut...ada jer perkara mcm ni berlaku k. Haaa...bersanding kampung pon at least kene ada emcee. Untuk apa? Penting ke tak? nanti aku citer.

5. Peyambut Tetamu yang ni tak kira dewan or rumah memang kena ada. Sebab bukan parents kita jer orang kenal. Parents korang akan berkeliaran jumpa sedar mara, rakan-rakan jadi kalau bole pilihlah sedara terdekat korang jadi penyambut tetamu. Orang datan majlis kita haruslah dialu-alukan ye tak? Takda la tetamu tu nak masuk rasa "segan-segan anak" jer..

And now aku coret-coret la majlis aku sket. Moga jadi panduan dan pedoman korang sebab tak semua majlis perfect. even korang nak perfect pon akan ada glinch sana sini.

Bersanding Rumah

- Bab waktu bersanding ni memang penting. Waktu yang familiar kalau korang tengok dalam kad biasa nya 1.00, 1.30, 2.00 kira sampai kol 3  pon ada. Korang penah tengok orang bersanding kol 12.30 punctual? Haa...aku la tuh. Ayah aku been known as punctual person. Since aku gatal letak bersanding kol 12.30 (konon paling lambat pon kol 1.30 la..sb make up / bersiap). Sekali kol 12.15 mcm tu ayah aku dah bising suh bersanding. Tak ke kelam kabut ko orang lelaki dah berjln dr rumah bersanggar ko ngan tak pkai baju lg? Sib baik MUA aku punctual and time tu dh siap make up. So dapatlah aku bersanding as pengantin paling punctual : 12.30. Naahh...sapa nak lawan?

- Haaa...ni la time penting nya emcee walaupon ko bersanding kampung kan. Untuk notify yang pegantin lelaki dah sampai. Bukan setakat bunyi kompang jer. Kalau emcee tu announce pkai mic, bkn korang jer bole dgr...ngn makcik2 yg tgh rewang (Johor term for masak-memasak) pon bole lari kejap tgk pengantin.

-Emcee kedua yg kena ada..which bg aku sgt perlu ialah emcee untuk merenjis. Takda la pengantin tertunggu2 kan atas pelamin tu mencangak sapa la nak merenjis. Usually, mulakan ngn turun Nenek/Datuk then baru 2 side parents. Haaa kalau kwn2 tu sabo2 la tunggu yer....bagi yg senior citizen dlu.

-Time jadi pengantin ni anggap la korang artis glamer walaupon tak pernah merasa kan.  Sb bnyk gila camera tuju kat korang smpi korang tak tau nak pose yg mana satu. So senyum jer la. dapat mcm laki aku yg lama2 seyum pon dh mcm x nak seyum alamat hambar la gmbr korang...*habislah kena piat telinga nih*

-Serius, certain lelaki tak reti nak posing or senyum sb malu2 *mcm laki ai la* Since then, korang warning la awal2 kat bakal laki korang paksa dia senyum semanis mungkin. Gambar tu jugak la yg bakal korang gantung kat diding umah korang nanti.

-Kawin kat kg or bandar sama jer....even sedara yg korang x pnah knal pon tetiba datang. I mean yg mak ayah tak intro la. jadi sila la buat peramah time wedding....jumpa segala sedara sambil ckp "terima kasih datang" selagi bole. Sbb kalau pengantin sombong, nanti mak ayah korang jugak yg dapat nama btol tak?

Bersanding Dewan


-Actually tak banyak beza between sanding dewan ke sanding rumah. Ada orang rasa, sanding dewan ni gah, meriah. Al-Maklumlah kalau yg menjemput VVIP segala...eh tp kawin kampung pon korang je jemput VVIP. Korang pnah tgk Agong g Majlis orang kampung?

-Yang penting tentative majlis korang tu. Sekali lagi diingat TETATIVE/ATUCARA MAJLIS.

-Lagi satu, different between dewan ngan rumah ialah dewan ada protokol sikit. And korang kene REHEARSAL. Yes, bila nak masuk, bila nak duduk etc. Siapa yg upah wedding planner, diaorg akan siapkan segala tentative n aturcara. If not, korang plan sendiri je. Sebab dewan ni mmg kene ada Emcee. If not majlis korang nampak berterabur. pastu bole la ckp.."tak dewan la mcm ni"!!

-Dewan plak korang kne behave perangai masing2. Ye la..kalau kat umah tu, nak bergambo gila-gila ngan member, nak terbaring sakan kat pelamin pon takpe..tapi kat dewan tidak la yer. Korang jadi tupuan ramai.....jaga sket perangai tu. Awak tu pengantin..hhehe

-Tips untuk menghilangkan debaran bersanding dlm dewan. Ye la...dewan u kan besar. So for me, mata korang tu should tumpu kat tengah jer dewan jer. Tempat karpet merah korang lalu. So kalau perasan ada member yg lambai2 dr tepi tu senyum jer..takyah la korang lambai blk. Kena ingat yg ramai mata tumpu kat korang. Sebab  apa aku cakap tgk tengah dewan? Sebab korang kan bersanding atas pentas, so apa2 org akan dtg pon mesti dr tgh dewan kalau nak jmp korang. So korang leh acknowledge siapa yg datang.

-One of tetative dewan ialah makan beradab. Nama pon makan beradab, jadi sila la beradab. At one point sila la abaikan makanan yg sedap2 tu sb time mkn beradab la member2 nak jumpa n amik gmbr kan. As pengantin, korang kne la layan tetamu yg ada. Mcm aku haritu....mkn pon tak sempat sgt, layan member then alih2 dah kne potong kek....haaa....melepass...

-Dewan has a limitted no of time. Sb kita kan sewa dewan, so plan time sebaiknya. Sebab tu gunanya tentative. Mayb after kita, ada plak pengantin lain yg bakal guna....jangan time korang bersuka ria tu, orang dah kemas meja n tukar ngn sarung lain for next wedding.


So sanding dewan ke rumah takda la banyak beza. Aku cukup syukur parents n PIL aku sgt memahai and tolong aku during wedding. Siapa kata sanding kg tak meriah. Ayah aku tu mmg perancang majlis terhebat dengan plan emcee, VIP, penari zapin n org main gamelan which apa yg aku nak. SEDERHANA TETAPI MERIAH. Ni baru la nama "sederhana tetapi meriah" bukan "sederhana tetapi meriah a-la Siti Nurhaliza k" opppsssss

And thanks ti PIL aku n kawan-kawan diaorg yg sudi plan majlis kami which kami tak perlu bayar wedding planner pro untuk plan all the things! Sume auntie-auntie kwn MIL aku yg buat n diaorg mmg sporting n roxxx!!

LAST TIPS yg aku nak nasihat, during wedding ni preparation dari segi mental n fizikal sgt perlu. Dalam diet2 tu pon, mkn la makanan yg berkhasiat. I told u, esp bab photography. Dengan pre-wedding, post-wedding, outdoor...kalau yg studio tu. Sure korang akan penat bkn jer bdn, otak pon nk posing segala kan......so kena fit.

Bagi yg majlis gap 1 week from side pompuan tu side lelaki, if nak fit baju korang, jangan la mkn ikut nafsu dlm masa 1 week nak tgu majlis bertandang tu...jgn jadi mcm aku, mkn tak hengat last2 baju nampak line kat perut. hahahahah Tak pon pkai la segala girdle of shaping body suit tak kira la PB ke Spanx ke.........supaya nampak baju korang tu terletak jer.

Tu ke kot yg aku bole cakap sebab ni tak da la entry wedding.

Bagi kawan-kawan yg datang or tolong haritu, terima kasih bnyk sb sudi dtg majlis aku. Sorry sgt bg yg tak sempat jumpa or sempat bergambar.

Bagi siapa nak kawin this year or next year, moga selamat la yer..tips aku bg ni atas pengalaman aku. Lain orang, lain caranya...ye tak?






Wednesday, August 11, 2010

Baiti & Hilmi Wedding - Part 1

AWAS! Entry ini mungkin panjang untuk dibaca

1. NIKAH - 07.05.10




- Untuk yang bakal berkahwin, of course sebelum nikah korang kene pergi kursus kahwin. Then baru bole isi borang dan register perkahwinan korang tu. Oh! Jangan lupa buat ujian HIV. Ujian HIV ni depends on klinik, ada klinik yg korang kena book. Ada yang datang terus bole buat. Tapi better book, senang. Result le dapat satu hari je. Tak sampai sejam pon. Tapi aku tak tau naper, bila time HIV result mesti nak nervous kan walaupon aku tak da la bertukar-tukar pasangan atau hisap daha. Serius. korang try la buat. Mesti dada korang dup dap dup dap.

- Siapa orang Johor, sila ambil perhatian borang semua bertulisan jawi yer. Jadi untuk tunjukkan yg korang tu ada la jugak reti tulis jawi, isi la ngan tulisan jawi. Kasi "Impress" sket Pegawai tu. Kat Johor ada interview before korang submit borang. Masa aku, kne dlm 5 soalan jer. Ala....soalan basic je. Korang mesti tau punya la...tapi yg ni lain negeri lain la rules dia. Johor ni ngada2 sket. hahah bole ke aku ckp mcm tu? Oh...aku kne bayar proses borang nikah RM 17 ye.

- Borang yg proses lain, borang yg bawak jumpa kadi yg akan nikahkan korang lain. So lepas g Pejabat Agam barulah aku tau kenapa kne jumpa kadi. Kalau dulu korang tgk pakcik2 or makcik2 kita kawin mesti Tok Kadi tu masuk bilik pompuan kan? Tujuan nya nak mintak persetujuan pompuan tu. Nak sign borang segala bagai. Now, kita ni pengantin yg g rumah Kadi. bawak saksi ngan parents skali. Kat situ la korang bakal sign persetujuan nak kawin. Kira dia akan tanya la..korang rela dikahwinkan ngan Mr X atau kena paksa ke. So bila nikah tu, takda la amik masa yang lama kan. Ni nak sign borang jer dah 10-20 minit.

- Kat Johor jugak kalau before nikah tu Kadi siap bagi ceramah panjang kat pengantin. Aku pon pelik ceramah nape mesti nak lama. Tapi time aku takda la lama mana. Ada aku pnah ikut makcik aku g orang nikah, Kadi tu aduhaii ceramah 2 jam u'ols! Bukan pengantin jer berpeluh, aku pon berpeluh. Korang tau2 jer la. kalau nikah rumah ni, ada yg panas...dah la padat ngn sedara mara 2 side kan. Dulu, kadi yang nikahkan aku ni dia pon sama ceramah lama samapi aku ckp ngn ayah aku, aku tak nak dia jd kadi sb aku kesian kat family lelaki. tapi hari tu dia ceramah tak lama dah....mungkin atuk or ayah aku dah sound dia awal2.

- Nikah kat masjid or rumah tu pilihan korang dan juga bergantung kpd jadual kadi tu. Sebab tu kadi ni kena la book awal2. Kot2 korang nak kadi yg "hot" ke....yg satu hari jenis nikahkan sampai 10-15 orang. Tu kena pikir jugak Tapi sib baik time aku nikah tak ramai (sebab bukan peak time orang kawin). kadi tu pon samapi 15 minit awal dr yg dijanji. Ada sedara aku hari tu nikah kadi sama jugak, konon pukul 9 pagi, tapi last2 kadi tu datang dekat kol 11. padahal dah janji kol 9. kadi tu kata ada orang dh janji nak kawin before sedara aku kol 8 pagi tapi last dia tunggu2 pengantin lelaki samapi dekat kol 10. See guys, time adalah amat penting ok. Bagi aku, elok la kalau time tu lepas Jumaat or lepas maghrib. Ni pepagi Subuh gajah kan. Korang pon kadang2 tak bangun awal. Yg pompuan nak make up lg. Kalau nak kawin 8 pagi tu, make up agak2 pukul brp? 6.30 pon lom tentu sempat...fffuhhh. Pikirlah!

- Oh, pasal venue nikah rumah or masjid. mcm aku, senang buat kat rumah sb rumah aku ngan masjid tu nak kata jauh tak da sangat tapi masjid tempat aku tu tak da parking khas / besar. Jadi susah la org nak parking. If korang pilih masjid, then after that kena balik rumah untuk jamuan. If kat rumah, lepas nikah...naahhh trus serbu makanan. Tapi if masjid besar not bad gak. banyak ruang la korang nak amik gambar. Sumer bergantung pada keadaan dan saiz venue yg korang pilih tu.

- Masa aku nikah, benda yg aku regret sebab aku tak dapat dengar lafaz sah nikah / lafaz aku sah jadi isteri. sebab family aku ni esp nenek aku agak konservatif. Aku punya la lama tunggu dalam bilik, alih2 adik aku dtg n ckp "Ok...ko dah jadi wife orang pon". Aku dalam hati "Eh...bila nya aku dikahwinkan? Tak inform pooonnn" Agak kecewa di situ. Zaman dulu2, orang pompuan duduk dalam bilik, then habis lafaz pengantin lelaki masuk bilik sarung cincin sume. Zaman sekarang kan, pengantin pompuan duduk kat depan / mini pelamin and dengar sekali lafaz nikah. So kiranya aku tak da berair mata bagai. Serius babe. Aku tak nangis pon. Hahahah Ni yg aku lupa plan. Jadi if korang nak kawin, better korang plan and tanya mak / ayah / nenek korang dulu. Tau la kalau orang tua dah campur tangan ni ni kan....

- Nikah ni mmg kena plan, lagi2 if korang ada mini pelamin. kena ckp, korang nak sarung cincin kat pelamin tu. Bkn mcm aku, padahal aku dah ckp jer. Aku nak sarung cincin / batal ari sembahyang kat mini pemain. Tapi lepas aku kuar, Kadi panggil aku suh sarung gelang / batal air sembahyang depan dia..."aiiseehhh plan fail lg" Masa tu aku mcm buat muka and terus jer tanya "Tapi saya nak sarung kat sana..." selamba tak aku? Aku agak degil la time tu kan...tapi sib baik mak aku cool kan diri suh jer sarung kat situ then kalau nak gambar lain, sarung kat pelamin. Haha...ada jer gambar muka aku masam sebab tak dapat sarung kat pelamin. Bukan la pelamin gempak pon...tapi aku nak gambar tu elok jer...tak padat ngan orang. Suka hati aku je kan..nak buat muka dpn sume org? hahah Korang jgn buat mcm tu tau!

- Oh kat Johor jugak, lepas habis segala protokol batal air sembahyang / sarung cincin / korang dah cium2 dahi salam2 tu, mak ayah kena baca penyerahan Modul Keluarga Sakinah. I told u, Modul ni sgt la ayat dia bole menyebabkan air mata Kasim Selamat keluar sb mak, ayah korang kena baca and korang pon kena baca. Tapi untuk mengelakkan make up aku cair ;p aku ckp tak yah la baca.......senang kan?

- Seriously, bila dah selamat semua, korang akan rasa lega...tapi dlm hati. "Eh...aku dah jadi wife org rupanya". Mcm tak caya pon ada...siapa yg agak lama couple tu, mmg la itu hari yg korang nanti kan. Cuba bayangkan kalau pasangan korang tu parents arrangement. Apa agaknya perasaan korang eh? Ada sapa2 nak share yg dia dikahwinkan atas parents arrangement?

- Aku rasa tu jer kot yang aku ingat dan bole ulas, if korang ada kemusykilan yg ringan2 tu, bole la nak tanya. Email ada kat sebelah. Tapi kalau korang tanya tips malam pertama ke apa.....ala..korang pon dah pandai kan??? hahahah

Haaa.....kan aku dah kata, mesti long entry punya........korang layan ni dulu. Part 2 aku akan ulas pasal bersanding pulak yer...... ;)

Selamat Membaca dan Berpuasa korang!

Wednesday, May 26, 2010

Maaf....Kurang bekesempatan

Saya amat sibuk mengemas meja di ofis, "berpacking", menguruskan apa yang patut.

Maaf, sila datang blog ini seminggu lagi ye..... :)
Or mungkin by next week Selasa? :D

Kebebasan menanti!! Yuuhuuuuu!!!

Dan penantian utk jumpa hubby yg telah meninggalkan sy seminggu yg lepas.....will see u soon En. MKH!

Saturday, May 15, 2010

Saya Sudah Berkahwin!!! :)


Unedit picture credit to Zulhilmi Yusof

I'm happily married to MKH! :)

Esok reception lelaki, then abis dah.......

preview sket, lain-lain will upload later.......


Picture credit to Shah Zainal

Stay tuned...... :)

Sunday, April 4, 2010

2 + 2 + 2 = ENAM



Picture taken by Ms Luna Maurice

Dear MKH,

We've been together for 6th year today
It has been a long journey for us since we being apart
for more than 3 years
Across oceania from Malaysia to Australia
Facing ups and down
we were bonded with strong love and trust
And I'm glad in within a month
we will be together
as what we wished
Thank you for being my friend, best friend, a boyfriend and guardian
whenever I needed
I really appreciated for all your kindness and love

Happy 6th Anniversary :)

040404 - 040410


Love,
Betty


Wednesday, March 31, 2010

Hadiah Pertama


Picture from LomographyAsia

Terima Kasih pada Zach Si Steward kerana menjadi orang pertama yang hadiahkan hadiah kawin I.

I know you love me, Zach walaupon ko slalau ejek aku Betty MN. MN tu apa? Tanya Zach.......!!

Opsss....tp bkn lomo, lagi canggih dari lomo :)

Ok, now siapa nak bag I lomo Diana F+? Ala..korang tong-tong pon bole...10 orang share I tak kisah. Ceewaahh!!!

Tuesday, March 23, 2010

Tie Die Ribbon

Nak cakap pasal baju wedding pon dah tempah..haha ye la 1 month lebih jer lagi, gila apa kalau baru nak cari idea...heheh

Well, though I did fancy designers' creation, but I didn't hire them for my wedding as far I have a tight budget. I've no objection that some designers impressed me lot, I mean worth for the price you pay. But if you have a certain amount of budget (e.g > 5K for one baju sanding) it's up to you. For me, I'm not gonna spending that kind of amount for one time fitting. (I lg rela beli handbag / jam yg bole dipakai sampi bila-bila) *seems kedekut heh*

But depends pada you guys, some tailor, if you tunjuk gambar dlm magazine, dia bole buat sebijik. But you bole olah idea designer to make you own design (those creative enuff). Senang cakap, berapa korang budget, itulah korang dapat. If budget utk jahit + design RM 1000, maka resultnya RM1000 nye baju la you guys dapat.

I'm not putting a high expectation on reception dress. Coz we should expect the unexpected :). I bought my side reception a french lace at Jakel, I was so unlucky sb bli pon time Jakel tak sale but i get a great bargain since I dah kenal dgn akak Jakel tu :). She reduce my kain 30% off. Apparently, I gi Jakel last weekend teman my freind bli veil utk kawin dia. My kain are no longer available sb dh habis and i saw the price (same pattern but different color) tak bnyk sgt turun instead the price I got lagi murah dr sale. Thank God I termakan kata Seth "Well babe, the dress found you" yg membuatkan I terus booked sb I mcm reluctant nak beli sorang since masa tu Hilmi tak blk Msia lg.

Back to tailor, kalau you guys hantar to tailor yg berpengalaman, im sure diaorg bole buat apa yg korang nak. Kan ada mag Pengantin, Ratu Sehari korang pilih and internet is the best way to search. You creativity to mix here and there some dress, might wow you on your big day. Good luck darling ;)

Eh..eh...dah lari tajuk plak. I nak ckp pasal ribbon / bow sbnrnye. I takda la nak minat ribbon sgt tp kalau ribbon on wedding dress, I mmg suka sgt tgk. Kalau kita tgk, Malay wedding slalu letak ribbon kat depan sama ada bawah breast atau betul-betul kat perut. Here I got some pictures that might inspiring you to put rinbbon on back of your wedding dress.

The pictures I took from various internet site, and I really forgot their address I had save it in my HD long time ago.

I like tis one, simple yet elegant. To make this kind off ribbon, you need a silk material. Lg keras lg bagus (shantung make a good combi or kat Jakel ada, RM 45/metre tak silap)




I paling suka this one, just letak brooch jer..I think I tau mcm mana dia buat.. :D




Ni pon lain dari yang lain, slalu org ikat ribbon melintang, dia menegak ke bawah.....

Hah.....siapa ckp Malay wedding dress tak bole buat rinbbon....cuba tgk kat bawah....




X-bride ni nama dia Diah.....Korang tgk kat blog dia
Her gorgeous dress from Jovian Mandagie
I luv on how Jovian made the "rose ribbon"

And the designer which I adore most *bkn bodek ke apa* tp mmg respect sama dia...

Tak lain tak bukan,




I rasa Rizalman buat ni mcm guna lace ke apa..
Mungkin Rizalman bole comment dr apa ribbon ni buat
*like Rizalman baca blog aku ke??*

Ok la...bg siapa yg hendak berkahwin tu, selamat mencari idea dan membuat dress yer! I pernah nampak ada 2 orang bride ni tempah designer yg sama (sbb I baca bride's blog diaorg), lepas baju dua-dua sebijik. Dah la warna sebijik, design pon sebijik!! Kesian jer bride tu ingat design tu dah di custom made utk dia..tetapi nan ado u'ols!

Yang pasti bukan my favourite Rizalman ataupon Hatta Dolmat :)
 

Thursday, March 18, 2010

Siapa Kata Nak Kawin Susah..eh Senang???


Hah...tgk tu, borang nikah kat Johor dalam bahasa Jawi ok! Sib baik mak ni "terbekal" dgn ilmu bahasa jawi and tau eja nama sendiri dan bakal suami dlm bahasa jawi. Tulisan tu tulisan terpuji sepanjang zaman u'ols!!

Barulah saya tau, nak kawin kat Malaysia ni bagi org Islam bukanlah mudah yg disangkakan. Ada banyak procedure (ok ejaan english sgt gedik) prosedur. Since saya org Johor, lg la...ada interview ok!! Agak cuak la..sb saya ni nak kata berpengetahuan agam tu tidak la. Dah la g pejabat agama nak interview pkai seluar (baru blk dr KL tros shoot g pejabat agama).

Tapi yg paling nak gelak bila ustaz tanya :

(Setelah disuruh membaca dua kalimah syahadah, Al-Fatihah dan Doa Qunut) Saya tak sempat habis baca Fatihah dia dah suruh baca Doa Qunut

Ustaz : Hah...sebutkan 5 Rukun Negara...

Betty : (dengan confident) Kepercayaan Kepada Tuhan

Ustaz : Eh...apa awak ni..rukun nikah ada Kepercayaan Kepada Tuhan

Betty : Laa...td ustaz gak ckp suh bacakan Rukun Negara (sumpah saya dgr Rukun Negara bukan rukun nikah...i might ada sound trouble bila i neves, tapi dah dok pon bertentang mata, haruslah jelas kan).

Then trus saya sambung baca rukun nikah...fuhh lega..lulus! :) lepas baca rukun nikah tu, ada 2 lagi soalan lain.....kalau siapa org Johor nak kahwin tu...sedia je la yer! Lain daerah, lain soalan dia.


Kat Malaysia, ada prosedur untuk kahwin bagi org Islam. bagi yg kurang pasti, Meh saya bagi prosedur (secara ringkas) utk berkahwin secara sah di Malaysia bagi seorang Islam dan bujang (kahwin ngan Mat Saleh / Duda / Isteri Kedua lain ok) :

1. Kursus Kahwin Wajib Pegi (Saya pegi kat Masjid Negara. Not bad. Makan sedap, penceramah pon kelakar). Harushabiskan kursus selama 2 hari (dr 8.30 pg-6.30 ptg) before dpt sijil. Sapa yg berniat nak pegi, baik pegi skrg sb nanti diaorg nk tukar syllybus ada qiamullail (alasan takmo g qiam)

2. Bakal Pengantin Lelaki wajib ambil borang kat mana dia bermastautin / negeri kelahiran. (kalau dok KL tapi IC Kedah, just kne ada bil alamat KL dah boleh ambil borang kat KL). Di samping itu, lelaki kene dptkan Surat Akuan Bujang (verify dr majikan / ketua kg / Pesuruhjaya Sumpah)

3. Dua-dua ambil ujian HIV (ujian ni ada kat klinik kerajaan je). Lain klinik, lain caranya. Ada korang kene book slot dlu. Ada yg dtg terus pon bole.

4. Dah lengkap Sijil HIV + Sijil Kursus Kahwin + Surat Akuan Bujang, lelaki boleh lengkapkan borang dan submit ke Pejabat Agama kat mana kita amibil borang. Jgn lupa sertakan IC dua org saksi lelaki (yg bukan bersaudara). Oh ya, jika nak kahwin dgn perempuan yg luar daerah / kawasan / negeri, lelaki harus dapatkan Surat Kebenaran Berkahwin Luar Daerah.

5. Bila borang lelaki dah lengkap, pejabat agama dah sign sumer, then barulah perempuan bole lengkapkan borang. (Perempuan bole ambil borang dulu pon takpe) tapi bila lelaki lengkap, barulah dua-dua leh submit kat pejabat agama di mana perempuan itu bakal berkahwin.

Oh..bagi sesiapa yg anak pertama, anda wajib sertakan sijil nikah ibu bapa anda. Siji nikah parent saya besar giler, size A3 lipat 2.....

6. Dah setel dua-dua submit, borang dah cop, baru borang perepuan ni tadi bawak gi jumpa Tok Kadi. Habis bersoal jawab ngan Tok Kadi, korang bole booking slot (since tarikh dah tetap). Depends pd Tok kadi, kalau full time tu, korang bole amik Kadi lain tapi dgn kebenaran Jabatan Agama. (ada surat whatsoever).

7. Dah habis procedure, kira Tok Kadi ni confirm org yg akan kahwinkan korang, maka...bersiap-sedialah! Tinggal kahwin je ok!


Pelik...tapi neves kawin tak seperti neve nak tunang....pelik...huurrrmmmmm



Thursday, March 11, 2010

PENGUMUMAN PENTING :)


Yes,

that means Si Petite Lagi Tan Skin ini...



:)

I know, tergesa-gesa kan?

Tunang bulan 12, kahwin bulan 5.

Nak buat mcm mana, dah gatal sgt nak kawin...
eh silap, dh hukum wajib kawin,
nape wajib?

Korang gi kursus kawin, baru korang tau hukum mengapa korang perlu kawin!

Hehe :)


Wednesday, March 10, 2010

Sambungan Entry Hilang Kawan...heheh



OK. Ni gambar dh berkurun, sampai orgnya dah pegi UK pon. Gambar ketika Majlis Bertandang Nadia-Azli kat Ampang. Nadia biasa....escort paling rmai skali...satu meja berderet kami jer...hahahha Maap Azli sb kecohkan rumah ko yer.


Abaikan kain yg terbelah nampak kaki itu..benci!



Korang tgk lah..gambar pengantin sket je. gambar kawan-kawan yg lebih..heheheh

Budak-budak ni mkn dpn aku masa kat meja. Aku nka snap sorang bdk ni sb mata dia berwarna Hazel tp dia malu-malu plak. Last-last, member lain "enterprem".



Ni je set gambar pengantin yg sempat di snap...tu pon bkn aku snap. Kamera jatuh ke tgn org lain....Tuan punya cam sgt malas ok!

Juara Karaoke Bintang Tsik Permaisuri. Tapi suara sedap ok! Kalah Anuar Zain yuuu!!


Kat sini baru dt jmp Ekin, ex-housemate merangkap classmate masa MMU.
Dah berbadan-dua......congrats Ekin!

Eh....eh...coppp....kalau before wedding mesti ada "Parti Bujang" kan? *Bachelorette Party kata omputih*
Ni baru jer nk reveal masa kitaorg buat party utk Nadia...actually bukan la party bukan mcm party liar tu, haha tp ada gamabr yg aku x disclosed sb mcm censored :D


Guest dpt 3 barang ni jer....eh br perasan candy tu pon warna pink.
Benda tengah tu aku x tau plak dalam warna apa...tak bukak lg...
Kalau aku ckp warna apa, nanti korang anggap lain plak..huahua


Since tema kitaorg aritu "Slumber Party" ala2 pyjama party gitew,
Shook sgt semangat "jejaka Melayu" dgn memakai kain pelikat *eh mcm ni ke eja*
Patut nya ada best dress award la..sure bg dia menang.

Nama pon surprise kan.....harus tutup mata :D

Amik nah kau surprise dipintu umah...hehhehe

Sian bakal pengantin waktu itu...skrg dh pengantin sejuk...huahuahau
*jgn marah Nadia*


Makanan ni semua dimasak sendiri ok..takda beli.
Dari pagi aku and Julie g Carefour membeli bahan n masak
Sampai malam.....pas ni kalau buat bachelor party kami order pizza je!
Tapi puas hati beb sb yer la...Nadia mkn air tangan bercampur kasih syg kami...cewaahhh


Kan aku dah ckp, makanan air tangan bercampur kasih sayang.
Sandwich pon bentuk LOVE hah!


Of course, bakal pengantin dpt hadiah.....apa dia kat dalam?
Tanya la pengantin sdri
Eh...Nadia, ko dah guna ke barang-barang itu?

Ke nak aku tanya Azli.....huahuahauha


Thursday, February 18, 2010

Aku "hilang" seorang rakan baik...tapi ini 4 dalam 1!



Ok. Last January, bermula lah detik perpisahan antara saya dan best friend 8 tahun, Nodie aka Nadia. Sebab-sebab peninggalan or ditinggalkan krn Nadia ikut husband dia ke Brighton.

Sgt sedey ok! sbb Nadia ni la "crime partner" saya masa MMU dlu. Dari Alpha smpi Delta. Masa tu, even dia pindah Cyber, saya akan turun Cyber and kitaorg jln2 KL. And Nadia was the 1st person I meet masa I masuk MMU tahun 2002. Dah le 1 umah, 1 group masa Alpha plak.

To Nadia and Azli, semoga korang Happy kat sana selalu!

Eh....Nadia akan balik April ini...yuuhuuuu!!

Ok...since saya tak buat lg entry kahwin Nadia, mari kita saksikan saat-saat indah Nadia sah menjadi isteri Azli *wah...ayat skema sungguh!* ;p biar gambar yg menceritakan segalanya k :)

 

























eh...mcm bnyk la plak gmbr ni (mmg bnyk pon sbb ada 1000+++ pics dlm cam saya)

nampaknyer...bersambung entry akan dtg

MAJLIS BERINAI

MAJLIS BERSANDING

MAJLIS BERTANDANG / MENYAMBUT MENANTU

daannn....entry BACHELOR PARTY sebulan sebelum kahwin!

jeng...jeng..jenggg.......!!!