Si Petite dan Tan Skin Headline Animator

Showing posts with label Humanity. Show all posts
Showing posts with label Humanity. Show all posts

Monday, June 25, 2012

Behind the Scene of Being a SAHM

It's been almost a month since I left all the hectic 2 monitors at office
I got lots of respond from my friends especially from FB
"Bestnya jadi SAHM"
"Mesti syok tak payah tension kena marah dengan boss"
"Faatih mesti seronok mak dia ada"

Yes, people could expressed anything coz it look nicely on the outside
But you'll never know until you experienced it.

I tak maksud yang jadi SAHM ni menyusahkan coz, there're bunch of reasons why women out there kebanyakannya bersara awal untul jadi SAHM.



Baru-baru ni Parlimen Malaysia keluarkan statistics almost 70% wanita berumur 35-40 tahun bersara awal untuk memberi tumpuan kepada keluarga tetapi main reason adalah kerana kerisauan terhadap taska-taska yang akhlak pengasuhnya semakin kurang. Sekarang banyak sangat kes dera kat taska, bagi makan yang bukan-bukan siap ber"youtube" bagai.

For me, I've reason why I resigned from current company. Let me just put that I back at home at 7pm-8pm and hubby not favour it at all. Despite the hectic at work which my office was 50km away from our house.
Yes, we live in Putrajaya and my office in Bangsar. Note that I'm not looking for another job opportunities near to our house but that's rezeki Allah gave to us.

For someone who worked almost 4 years, it's not an easy decision to just simply resigned without purpose. I do remembered when I handled the resignation letter to the boss and the reason I put was to concentrate on my family. My boss asked me,

"Waaa.....you sangat sayang you punya anak ye.."

I was like to answer...."What kind of question is that?" instead, I just answered,

"Of course sayang...." mana ada orang yang tak sayang anak? org yg dera kat youtube tu pon aku rasa sayang je anak dia cuma tekanan bila menjaga anak ni memerlukan kesabaran yang utuh.

That's why I cakap, nampak macam senang je jadi SAHM ni, dok umah, masak, kemas umah, jaga anak.

Butttttt.......being SAHM is more challenging than working in office!!

If kat office, you just facing your boss yang membebel buat kerja here and there. Depression on mental and physical tu habis kat office je. Tapi kalau kat rumah, penat dia lain macam especially when you have infant that in developing the get-to-know skills. Semau benda habis dia punggah.

You can imagine when you already prepare for cooking, he's the one who will take out all the utensils, pan etc. talking bout a little "chef" here. Blom lagi dia nampak you'ols siang ikan potong bawang pastu mengamuk nak pisau tu kan.....tak bagi menangis selagi bole. At the end I akan bagi je sudu, mangkuk and letak tepung supaya dia bole main.



Then it's time for you to tidy all the messiness, bila korang habis masak and complete kems semua yang bersepah, time tu la dia akan take out je balik mana you yang dah simpan tadi. ufffff........I rasa macam sume benda pon dan letak atas almari yg tinggi 2 metres atas supaya dia tak le capai. tapi nak buat camner, mak dia pon kemetot je.

Tu belom you gave him banana or roti or biskut and he'll be running around house. Sedar-sedar makanan tu ntah ke mana. Bila tanya, mana food tadi, tros je cakap..."naaakkkk" and you'll see that thing 2-3 hari lepas tu kat bilik iron, celah-celah almari and sometime inside your make up bag. Tak tau macam mana dia capai.


The only time you took your bath is when the time he is sleeping. I noticed that when I started staying at home, mana I pergi, Faatih dia akan ikut je and he will cry if he doesn't see me. In fact kalau ayah dia ada pon bila I mandi dia akan ketuk pintu bilik air tu sambil nangis and stay depan pintu sampai I keluar. Pendek kata..time tu mandi koboi je la. So bila dia tido la I took my personal time, mandi and tulis draft blog. Usually he'll sleep at 10.30 after took his breakfast and sleep till 12noon.

Once he wake up and nampak I kat laptop, dia mula la sibuk nak tengok laptop and youtube. That's why bila dia jaga je, I terus tutup laptop. Amik buku, read and play with him. Handphone, net letak tepi coz being kids who surrounded by IT and gadget around made him curious on everything. Trully, we do not own Ipad! Bukan tak nak beli, tapi it's not the time for Faatih to know Ipad. I prefer him to get socialized rather that sitting with Ipad especially when we have out dinner outside. Kebanyakan I tengok parents sekarang bila kat kedai makan, masing-masing anak bergayut ngn Ipad. No communication at all! But I ada jugak ajar dia using Iphone showing some youtube video with those ABC and kids song.

One thing I know, some youtube video buat budak terikut-ikut. I bagi dia tengok video minion yang rebut banana tu...and now he bables like minions pastu dok sebut apple jadi "bapple"

I've seen once, a family outing kat Tutti Frutti. Ayah baca paper, mak main handphone, anak lelaki main PSP, anak perempuan main Ipad. How do you guys reckon that?

That's why bila you jadi SAHM, tanggungjawab you sangat besar sebab apa yang anak you buat adalah atas ajaran you sepenuhnya and you should take that as your fault if bad thing happen. Sebab he's 100% most of time with you.


Jadi, bukanlah SAHM tu satu tugas yang mudah ye. I just spread the truth since people said "it's so easy being SAHM". Senang cakap, kira macam win-win situation between jadi working mom and SAHM. masing-masing ada pros and cons.

Cuma kelebihan you jadi SAHM you get to know the kid more. You macam dikira "bekerja dan belajar" jugak tau since you'll learn his attitude, knowledge, development. I'm still new compared to those yang dah ada 4 anak and I lagi respect yang beranak rapat-rapat macam anak 1st baru 1 setahun dah keluar lagi sorang. i even can't imagine I got "two Faatihs" right now. Pengsan I tell you!

Akhir kata, the decision is on yours whether you choose to work or being SAHM. Make sure you get your husband permission before you stop working coz I met some husband who dare to let her wife working rather staying at home. And if your husband asked you to stop working or resigned, you have no rights to obey him even though you may see it's not enough in this kind of world to survive since he's the one who the money maker coz you may not know what your husband been into.

Akhir cerita, nah...ni gambar yang buat mak dia rasa nak gigit-gigit jer takmo tinggalkan dia kat orang lain.





Friday, January 28, 2011

Bahasa Jiwa Bangsa

Sedang I minum petang ngan mak, kami dok bual-bual la pasal sekolah mak. Mak I cikgu, so dia selalu la citer perihal murid la..cikgu la..parents la kalau time lepak-lepak minum petang.



Mak : Tadi ada budak Darjah 1 tu baru masuk. Dia baru balik dari UK, mak dia lecturer UTHM belajar kat sana......tapi langsung tak reti cakap Melayu.


Me : Mak ayah Melayu ke?


Mak : Yer la....mak dia tu siap sampai sekolah pon dok bagitau anak dia ni bila time nak bagi duit belanja tu dalam "Pound" (GBP).


Me : Hah...yer ker? Perasan "jet lag" la kot...hahahah cakap jer la Ringgit. Poyo je!


Mak : Haah. Patut ajar la budak tu...Malaysia guna Ringgit. Budak tu terpaksa la masuk kelas pemulihan sebab dia tak reti sangat Bahasa Melayu. Ada sekali tu cikgu suruh eja "GAJAH". Bila dia eja, bunyi jadi "G-E-J-E-H".


Me : Hahahahha serius ke? Ala....poyo la tak ajar anak cakap Melayu dari kecik. Kalau ye pon dok overseas....ntah-ntah mak ayah pon orang jawa sebenarnya...hahahah

Bagi I, kalau yer pon dok overseas takat 4-5 tahun amik PHD tu, tak yah la nak berlagak sampai bahasa Melayu pon tak bole ajar kat anak. Bukan susah sangat pon. Anak-anak ni kan mudah belajar. Lagipon teknologi sekarang dah canggih kan? Setakat bukak internet banyak e-book untuk budak-budak.

Tu baru 4-5 tahun dok overseas, kalau 10-20 tahun? Ntah camner....Isskk..iskk......tu blom suh baca Alif-Ba-Ta ke..mengaji ker. Hah! Sapa mau jawab?

Salute kat Anita Sarawak, dok puluh tahun kat Las Vegas pon cakap Melayu still terang lagi.....kalau dia tu sebut "R" mesti "RRrrrrr" bunyi dia. Terang dan jelas u'ols!

Takda la macam certain penyanyi tu.....kalau nyanyi lagu mcam nak ngada-ngada gitu....nyanyi perkataan "Tolong" pon jadi "Tholong". Kita kalau "Ta" tu jadi "Tha" *sila sebut dalam slang mengada...well know...* hahahha.......meluat aku bila dengar lagu macam tu!

Wednesday, July 29, 2009

Dua Nama Satu Impak

Umum mengetahui berita kematian pengarah tersohor Malaysia, Yasmin Ahmad minggu lepas. Selepas ini, saya akan sangat-sangat merindui cerita-cerita profilik beliau.

Tiada lagi iklan-iklan Petronas yg sangat menyentuh hati

(Masih ingat iklan Petronas Janda dan 7 Anak??)

Tiada lagi lelaki Melayu memakai kain pelikat dan perempuan berkemban,

Tiada lagi lagu-lagu sepeti Hujan (siapa tengok Mukhsin tau la),

Tiada lagi cerita percintaan antara Melayu, Cina dan India,

dan tiada lagi cerita dialog-dialog yang selamba (bkn dialog cerita Yusof Haslam).

Walaupon saya tidak menyertai pengebumian beliau, dari apa yg saya baca di akhbar, kira-kira seribu peminat dan rakan dari pelbagai kaum datang menziarahi. Bukan senang mahu kumpulkan semua kaum dalam satu acara kematian. Tapi Yasmin Ahmad berjaya dalam niatnya tersendiri bahawa kita harus bersatu-padu dalam kehidupan sesebuah negara. Nama pon "1Malaysia" kan??

Kalau dulu, saya mesti akan tonton setiap filem Yasmin. Walaupon ada orang tak suka sesetegah filem dia kerana terlalu terbuka tapi itulah realiti. Bukan filem cinta mengarut. Bukan filem anak orang kaya bercinta dgn anak orang miskin kemudia dapat tentangan dari keluarga yang kaya dan keluarga kaya kahwinkan anak diaorg dgn anak orang kaya lain. Apakah???

Walaupon secara realitinya keadaan itu mungkin berlaku tetapi Yasmin berjaya membawa satu kelainan dalam persepsi filem Malaysia! Syabas Yasmin Ahmad.

Dan berita kematian Allahyarham Yasmin Ahmad saya ketahui pada malam saya di Genting Highland. Bercuti la katakan. Menenangkan fikirian di tempat yg suam-suam kuku sejuknya. Walaupon keadaan negara dalam H1N1 dan jerebu.

Pagi itu, semasa meninggalkan Genting, saya lihat Genting dari bawah.

Wah, besarnya Genting ni!! Bijak sungguh Tan Sri Lim Goh Tong dalam membina empayar Genting Highland dengan jumlah pelaburan beratu-ratus juta dollar yg menjadikan beliau antara manusia terkaya di dunia. Yang penting, Genting Highland adalah tempat yg menjanjikan keseronokan. Jangan cakap anda tidak pernah ke Genting ya!! Hatta zaman sekarang, bayi yg baru 2 bulan pon dah boleh jejak Genting ok!

Bagi mereka yg bukan beragama Islam, Genting adalah "syurga" mereka yg mengejar kekayaan atau mencapai tahap bankrap yg menyebabkan anda menanggalkan baju apabila kalah berjudi. Tapi bagi sebahagian keluarga, Genting adalah tempat untuk membawa anak-anak mereka ke alam fantasi. Yang kaya dapat la pergi Disneyland. Yang sederhana, Genting mungkin sudah memadai.

Penyatuan pelbagai kaum dapat saya lihat di Genting. Sedang saya menunggu nombor giliran 342, saya lihat sekeliling, dari generasi pertama (atuk,nenek) hingga bayi 1 bulan (ibu pon belum tentu lepas pantang) duduk menunggu giliran di situ. Bukan sahaja rakyat Malaysia, malah pelancong luar juga berpusu-pusu mendaftar dan menuggu giliran. Malah ada juga Hari Keluara sesebuah syarikat di situ.

Mungkin inilah yang diidam Tan Sri Lim Goh Tong. Membina sebuah taman impian ramai nun jauh dari kesibukan kota.

Bagi saya, Genting banyak menyaksikan penyatuan dan merapatkan hubungan kasih sayang. Tidak kira keluarga, rakan-rakan, suami-isteri, pakwe-makwe. Kalau pakwe-makwe tu pandai-pandailah tanggung dosa sendiri ye!

Lupakan siapa Yasmin Ahmad pada kehidupannya yang lalu,

Lupakan keburukan kasino Lim Goh Tong (judi itu HARAM bagi Islam),

Yang kita harus ingat adalah sumbangan dua nama ini dalam pembangunan diri kita, masyarakat sekeliling dan negara.

Al-Fatihah Allahyarham Yasmin Ahmad (1958-2009)
RIP Tan Sri Lim Goh Tong (1918-2007)

Wednesday, July 15, 2009

Itu Hanya Pojokan

Ada orang kata benar dia hanya memalsukan kematiannya

Kerana dia banyak hutang....

Selepas kematiannya, jualan CD album beliau meningkat 4000% di US.

Dengan siaran langsung upacara memperingati yang bernilai berjuta-juta dollar,
hutang beliau dapat dilangsaikan.

Menurut lama web pojokan, dia tinggal bersama-sama Elvis Presly (yang juga dikatakan memalsukan kematiannya) dan juga selebriti Hollywood lain yang sudah "mati".

Mungkin sumber-sumber seperti ini tidak boleh dipercayai. Dan ini.

Kita tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita ini.

Yang pasti, yang mati tetap tidak akan hidup kembali.

Dan air mata seorang anak bukanlah satu lakonan!

Jika betul lah perkara ini, maka sia-sia bagi mereka yang berjaga sehingga pagi menonton siaran langsung di Staples Centre itu.

Wallahualam.


Ini adalah entri umum. Tidak berniat menyinggung hati sesiapa.

Monday, May 11, 2009

Apa Korang Rasa??

Pada asalnya, aku baca blog Vernon aka Mr Manager.
Then terbaca kepada Si Pembawa video ini adielokman.blogspot.com

Korang tonton la...

Sure lepas ni korang takmo makan Chilis/Tony Romas/Itallianes hatta Bubba Gump sekalipun.



Masa aku tonton video nih...mcm ternganga kejap...
Pastu selalu pikir kdg2 aku makan tak habis. Saya suka makan, tak kira mahal ke murah ke tapi kalau kedai blkg kedai yg tepi longkong tu mcm takmo la.

Bersykurlah kita dikurniakan hidup yg elok, pekerjaan yg sempurna, family yg sayang dan sentiasa ada bersama kita dikala kita susah.


eerrrrkk..perut saya lapa....