Si Petite dan Tan Skin Headline Animator

Showing posts with label Designers. Show all posts
Showing posts with label Designers. Show all posts

Wednesday, April 20, 2011

Trick and Treat : Tudung 3 Minit

Trick and Treat datang kembali!!!!! *nada ala-ala iklan Ding Dang*

Bila dah jadi mak orang ni, sume benda nak kena cepat. Macam kena training ala-ala askar gitu. Pakai baju serba pantas, mekap pon macam lipas kudung *ok fine...lipas kudung tak mekap* dan sebagai orang yang berhijab, pakai tudung pon harus zasssss...cepat gitu!

Anyway, kadang-kadang bosan jugak la kan asyik pakai style sama jer. Nak jugak la mak orang ni bertukar angin kan *bukan naik angin. Tapi kalo pakai tudung sampai suami bebel cepat sebab anak dah nangis, suami yang naik angin*

So I share antara hijab style yang menarik untuk dicuba. Percayalah! I try tak sampai pon 3 minit ok! Rajin kawan-kawan kita ni buat tutorial hijab. Marilah berterima kasih pada diaorang :)




 Video by Maria Elena




Video by Aishah Amin 




Video by Hana Tajima
*Ni 1 minit pon tak sampai!*

To add this, I praise Hana Tajima for bringing hijab into revolution. Her Maysaa brand made my life easier by wearing the Chiffon Scarf Snood. Pedulikalh orang nak kata apa kan bila pkai snood ni. Bak kata bf Reena, macam orang Vietnam jual mee tadak fishball...hehheh yang penting, muda, cepat dah bergaya...cewaaahhh!!!


I pakai snood masa aqiqah Faatih haritu. Ok tak? ok tak? Cepat cakap ok.......nanti I blanjer cream puff Beard Papa ;P Kalo u'ols cakap tak ok pon I tak kisah. Yang penting tudung ni senang dipakai *sampai aku tak basuh 2 bulan hokeh!* Sarung dan zip sajorkk!!!! Anak ko tak sempat nangis dah.....off you go katanya! Please abaikan muka Faatih yang nak nangis tuh, bukan dia tak suka tudung I, dia memang susah nak suh posing :P


Lagi satu yang paling senang nak pakai ialah Satin Wrap Band Snood. Sama jer macam Chiffon Snood tapi yang ni "serkop" jer. Tujuannya? ala...kalo nak bergaya tudung "loose" tu yang orang cakap nampak leher, u'ols le pakai snood ni jer as inner so tadak la nampak leher u'ols, ye dak?

Snood ni pon bole digayakan ngan tudung "Siti" tau! Which I memang selalu jer pakai dikala "emergency outing". Kalo hubby cakap..."siap sekarang" ni la benda yang I pakai. Sarung snood, terus pakai tudung "Siti" tu.....macam tudung kat bawah ni.


With Hana Tajima @Pavilion

Tapi masa gambar kat atas ni, I beli inner yang tutup leher without awning kat Jalan TAR. Yes, something similar to Satin Snood but way cheaper dalam RM 25 je. Cuma kain dia tebal la..so kalo u'ols tegah jalan panas terik tu, memang berpeluh-peluh leher u'ols.

Kesimpulannya, terpulang la pada anda nak pilih pakai hijab yang mana satu. Yang penting tutup aurat dan kepuasan diri sendiri. I pon kadang-kadang takda la baik sangat nak tutup sampai dada, tapi I akan try perbaiki dari semasa ke semasa.

Pada yang mengutuk Hana Tajima tu, "ghentikanlah". Dia pon umat Islam yang tak sempurna macam kita. Ada salah silap. Tak tahulah kalau yang mengutuk tu memang perfect dress up ko kan. Tapi "mengutuk" tu mulia ke u'ols??? 

I nasihat, gi diri depan cermin, tengok diri anda! 

Tuesday, December 14, 2010

Hana vs Yuna : Live Fashion / Love Music

It was an awesome event!!! Walaupon I personally tak dapat tangkap gambar ngan Hana and Yuna semalam. *tak larat nak tunggu u'ols, mak buyung tak le diri lama-lama sangat*. The meet and greet session held after press conference. But most people sumer tunggu. I dah jumpa Hana kat Pavi haritu. Cuma Yuna je la. She's so gorgeous in Maysaa. Rugi masa I sampai awal and dia lalu depan I, I tak amik gambar. Senyum jer. malu-malu gituuu....awwwwww!!!

Lagi pon masa tu dah pukul 5 lebih and my "kefew" before maghrib ;) Zaman bujang I dah lepas......heheh

But overall memang best sangat. I was like "oohhhh" "aaaaa" "gaaaaaa" sebab ramai gila hijabi fashionista kat Malaysia ni. Cantik-cantik belaka. Haa..siapa yang gatal sangat nak kahwin gadis maghribi tu, if you guys pergi this event, tak payah! Malaysia punya gadis hijab lagi cun, muka flawless, update fashion lagi!

And I didn't take pictures of the banner. Apa ni Betty! Banner event tak amik pon kan padahal tu yang penting. dek kerana camera tak secanggih SLR ;P so concentrate on kepuasan mata sendiri sudah ;D

Nak tengok gambar pro, sila pergi ke SINI. Then you'll gogo-gaga with their styles!

So, jom layan gambar yang tak berapa amatur ni. Gambar goyang banyak, camera tak canggih! ;p



We were lucky sebab datang awal coz Hana did mention in her blog those first 150 je akan dapat masuk tengok show. maka, semangatlah kami ini datang seawal kol 1 (event started at 3pm) semata-mata nak dapat tiket masuk.

But I rasa 150 tu included press and VIP. So yang lain-lain tu kira peminat la...kesian jugak siapa yang tak dapat masuk tu. I rasa after this they should make in bigger venue sebab ramai tau peminat Hana and Yuna ni!


en

Julie and her passion : shoes!. Bila nampak sketch ni, dia terus cakap "cepattt Betty, amik gambar aku. Its so me!" Ye la nek oiiii.............




The emcee, Sarah Bridal Supernova!


Yuna was performing songs from her new album, songs Decorate and Gadis Semasa. Tak lupa lagu Rocket from previous album and the hit Dan Sebenarnya! Love her voice. Memang tiada tolok bandingan.


She was so gorgeous in customade Maysaa dress. I nak tudung dia plzzz..!!


 Combi of her glitter pants and her shoes = perfect!


So far, I suke all the design by Hana. Very simple and tone down yet still represent yourself and fashion muslimah. I'm without hesitatation to buy the new collection when they come out.

Sesuai la untuk I yang dah jadi mak orang ni kan?









The two best friends :)


Me with Jezmine. I'm wearing her OldBlossomBox dress which I had converted it into top ;p


Was wearing :

Cotton On : Black lace skirt, Legging and Brogue shoe
OldBlossomBox : Pink dress converted into top
"Mirrorcle" Fahrenheit 88 : Brown Paisley Cardigan
Jalan TAR : Inner and scarf
Plaza GM Klang : Necklace


Girls, if you happen to go to Fahrenheit 88, do visit this two boutiques, Mirrorcle and Chapter 8. They have many beautiful clothes with affordable price. Uniqlo I tengok kat malaysia ni fesyen dia so-so jer la but their legging worth to buy especially jegging. lain-lain baju ke apa, Cotton On much more better.


Batu kat necklace ni tercabut satu...mana ntah I tak perasan pon. ;p

Friday, December 10, 2010

Hana Tajima In Da House!!!



Siapa je tak kenal Hana Tajima?? *big eyes to Nadia!! ;p She's from your current country lah!*
Founder of style blog Stylecovered and fashion line Maysaa.
And yes, she is now in Malaysia for the "Hana Yuna Event" this coming 13th!

Saw and met her at Starbucks Pavilion today.
*kiss kiss to Zach*  Kalau dia tak suggest kitorg lepak Starbuck sure tak jumpa!
*memang Starbucks tu tempat lepak kami dari zaman I anak dara samapai la dah jadi mak buyung. Tapi, sekarang sedang "banned" diri dari minum kopi, so tata Java Chip Frap! Kita akan bertemu April depan ;(*

Anyone going to Solaris Dutamas tis Monday??
Firstly memang tak nak pergi sebab tak da siapa nak bawak, ye la...dah 8 bulan ni nak drive pon sudah tidak dibenarkan. Tapi, setelah dicerita kepada Cik Julie Dulang-dulang, haruslah nenek tu excited kan? And since Nek Julie ni "official driver" I kalau I turun KL, ditambah ngan event fesyen2 ni. Haruslah dia mau kan???

Now mesti nenek sorang ni dah selongkar almari dia yang nak meletop tu nak pakai ape. pastu sure dia akan mesej "Aku tak da baju la nak pakai". Pastu I akan rasa nak sepak je bontot dia dan cakap "Habis aku yang tertinggal 8kg baju kat Melbourne ni ada baju la????" Yes u'ols, hari tu I tak citerkan??

Oleh kerana I dah excess luggage sampai lebih 10kg dan MAS charge AUD37 per kilo bukan macam Air Asia charge AUD10 per kilo *ok, merajuk dah ngan MAS*, I kena keluarkan barang-barang yang tak perlu. Hubby merajuk takmo bayar.Ye la...kami kne bayar AUD370 = RM1110 ko! Bole bli tiket lagi satu....

Dan I ni packing jer baju sume dalam this vacuum travel bag, so benda tu je paling senang nak keluarkan.
Bila timbang, hambik ko! Benda tu je 8kg!! Tu pon I still excess 5kg, so bayar jer la. And paling best, I plak dah kelam kabut, memang bagi jer kat hubby sampai Malaysia baru perasan yang dia amik tu sume baju!! pada I ada lagi 1 vacuum bag hanya seluar, panties n bra dan tudung. 

Jadi, memang jer I takda baju balik sini kan?? 
Ni yang tengah pikir baju apa nak pakai.....heheh

Marilah kita jumpa berkenal-kenalan dengan Si Petite "Mak Buyung" ini ;-)
See ya there darlinggss!!!




P/S : Good luck to Zach for tomorrow interview with new airline. ;-)

Tuesday, October 12, 2010

Trick and Treat #2 : How to Make Your Nikah Outfit with Touch of Designer BUT Less Budget!!!

Ini entry untuk para darlings yang tengah pikir macam mana nak buat baju anda simple yet look exclusive macam designer buat tapi....LESS BUDGET!!!

Anyway, fashion baju nikah terpulang la kepada bakal pengantin macam mana korang nak design baju tu and how you look on your solemnization day. At the end pon, it's your DAY!

Being me, I always opt for a simple dress yet look nice but less that budget and satisfy my needs. Coz budget yang lain tu bole top up mana yang patut. Bagi sesiapa yang budget untuk baju sampai puluh-puluh ribu, you don't need this entry tapi nak baca silakan ;)

Siapa yang dah terbeli kain untuk nikah pon, mak tak dapat nak tolong u'ols!

I told you, I jenis orang yang kalau bole rendah budget baju tu, lagi bagus, tapi mesti nak nampak lawa. I am simple person but I always look for the details. And I appreciated those creative designers. But if you could do some touch up or bonus if you're able to sew your own dress, that's more great!!!

So, for my nikah outfit, I made decision to make it by myself. No-no...not the sewing part kerana Si Petite ini tidaklah reti menjahit baju ok! *Lepas ni harus la I blaja menjahit pulak* I only have to work on my creative brain *cough*cough added by basic sewing that I learned during "sukatan-mata-pelajaran-Kemahiran-Hidup-Bersepadu" during secondary *ingat tak blaja jahir butang?* and flipping through designer magazines.

And the result...............
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

waaalllllaaahhhh!!!!!










Jangan korang tak tau, pearls tu I jahit lagi 3 jam nak nikah!!! 3 jam ok! time tu la rasa macam simple sangat pastu trus amik lebih pearl on my sewing box. Sampai makcik-makcik I tanya pengantin mana...bila masuk bilik, pengantin menjahit baju nikah u'ols!!! Hahahah

Eh..eh gambar I pakai takda plak ye......jap eh.......




Bukan je jahit patchwork sendiri, make up pon mak tonyoh sendiri u'ols!! Punya la "cheapskate" kan.......I told you, if you guys ada barang make up yang cukup, basic tools yang betul, bole je make up sendiri. Siapa-siapa regular customer make up brand, rajin-rajin la tanya tips make up kat make up artist yang u'ols slalu beli barang. Diaorg sure tak lokek  tips, kata regular customer kan.

Like me, I pengguna MAC so kalau nak beli, I prefer MAC KLCC sebab I kenal dengan make up artist si Annie kat situ. Lama gila tak melawat si Annie sejak I datang sini.....sini MAC kalau convert RM mahal. Jadi balik nanti, harus lah I melawat si Annie. Untung-untung dapat free sample.

Budget untuk baju nikah I? Tak lebih RM 500 poooonnnnnnn!!!! All-in-all termasuk kain,upah jahit,patchwork kira dari raw material sampai end product la.....ni beli kain je dah RM400 kan? Lom upah jahit lagi.........camner le dapat less than RM 500. Meh kita kira.....


Kain Chiffon Silk (Jakel Jalan TAR) - RM 19 x 6 meter = RM 114
Lining (Gulatis Jalan TAR)               - RM   6 x 4 meter  = RM   24
Upah Tailor (Medan MARA)          -                                = RM 100
Patchwork (Jakarta)                        -         1 1/4 meter  = RM 150
Swarovski Crystal (Jalan TAR)        -                             =  RM  80
Pearl Beads (Jalan TAR)                 -                              =  RM  10
Alatan Jahitan (Jarum, Benang)                                     =  RM   0
Upah Jahit Patchwork                                                   =  RM   0

                                                                     TOTAL   =  RM 478



I amik masa 2 minggu untuk jahit patchwork (mamandangkan time tu kerja full office time 8.00-5.30) so waktu yang terluang memang la malam time tengok tv kan.

I bet kalau baju nikah macam I, u'ols pegi tempah kat designer, bagi kain kosong u'ols, haruslah upah RM500-1000! Tapi nama pon designer kan, sebab bayar penat lelah diaorg blaja kat uni, kreativiti lagi, bahan lagi...so tak bole salahkan designer. I tak underestimate designer sebab diaorg memang creative. Kalau I jadi designer pon I charge u'ols harga sama....hehhe.

But as I said, this is for bride who looking for simple baju yet look nice but in waaayyyy cheaper that designer outfit. Those yang ada budget terlebih, apa salahnya spend much on your dress. Kahwin pon sekali jer kan.....

Hope my entry jadi panduan kepada bakal pengantin yang masih tercari-cari baju apa korang nak pakai. "You don't know your talent until you discovered it!"

Good luck darlingsss!!!!!


Psssttttt....agak-agak kalau I tunjuk baju nikah I ni kat Rizalman, mau tak dia amik I bekerja??? ;P

Monday, November 9, 2009

Overhauled



Inilah barang yang I beli masa L'oreal Warehouse sale hari tu...(1 week lepas) sorry tak sempat nak update sbb busy sesgt (alasan....eh tp mmg busy sesgt). Btw, sy hanya personal shopper utk siapa yg kirim (ayat denial diri sdri tak mau dituduh shopaholic) ;p For those who trusted me to be their personal shopper, thanks a lot ya!! Nice to know all of you. Muaahssss

I've been to this sale 3 times since last year. So far, tak pernah menghampakan sbb murah giler. Perfume sumer 50-70%. Walaupon nampak mcm cheapskate...but I took the joyful meeting people, berebut-rebut ngn perempuan lain, siap tolak-tolak y'all nak dpt brg kegemaran punya pasal as an priceless experience. Ada org kata pergi warehouse sale bdk-bdk cheapskate jer pergi...sbb kejar barang murahan tp apa salahnyer kalau ko bole jimat 50% dr normal price?

Like mcm korang bli brg dr trust web blog la..yg import segala dr UK or US tu....and for me, that's not call cheapskate tp "BRILLIANT" sbb korang bole jimat. Baru la namanya PEMBELI BERHEMAH!

Tapi harus diingat, important tips kalau ke warehouse sale, korang kene tgk btol-btol MFG date sbb ada yg smpi 3 years ago. Yer la..kalau dh nama bersesak-sesak tu, main amik jer kan tanpa korang alert...skali tgk brg dh expired. Itu taktik warehouse sale nih...diaorg nk stock out brg baru so brg expired pon diaorg jual jer. Perfume can be last up to 5 years, skincare and make up last about 3 years. So pls BEWARE this.

Apa yg penulis blog beli???

Taaaadddddaaaaaa.....



2 x Giorgio Armani Foundation
1 x Giorgio Armani Two Way Cake Compact Powder
1 x Giorgio Armani Lip Liner
1 x Shu Uemura fake eyelashes

Kan niat saya nak bli make up kan?? Dpt la make up with good price! And I did check MFG date, semua GA make up I bli product 2009!!! This is 1st time L'oreal Sale ada GA make up bcoz b4 this mmg tak da. And I bought sbb heard testimonial org ckp make dia silky and long lasting. Yer...sgt btol. Sudah try. Kalau pkai g ofis dr pagi smpi tgh hari nk tgu sembahyang Zohor, make korang stay still jer, if muka berminyak, just need touch up ngan compact powder. Better dr Chanel (as per designer make up comparison). But still, sy lebih comfortable ngan MAC. So far, MAC the best! (as for me la...lain org, lain rasanya).

Toddles guys, 5 hari tgl ofis, email mencanak-canak masuk. 11MB email mak full house sudah!



Monday, July 20, 2009

Aaayaaaiiii Sergeant!!!


These might be your pick up for the past 6 months....

And these might made you wanna dig out your bf closet......


However, our Pop Legend (read : MJ) didn't leave us with nothing.




Yes, Balmain has reinvented the Sergeant Pepper jacket back to life!


And the best things, people are talking about MJ non-stop and now is a acid wash time!

What a good combi huh, Rihanna?

RIP MJ!!


Picture from various sites in Google

**Well, its SALE around Malaysia. What do you expect me to blog?? *my hands are itching..money..money..money..come to mama!*

Thursday, May 14, 2009

Warna-Warni

Masa begitu pantas berlalu kan skrg?
Rasa mcm baru je abis April tapi dah masuk mid May..

How fast the time flies...huuuu~~

Feels like nak ceriakan hati and lately ni saya suka tengok benda yang berwarna-warni / multicolor. Well, life is "multi-color" kan?

Feast your eyes darling! ;)



LV Monogram Multicolor Petite Noe


Prada Nappa Stripes Multicolor


Emilio Pucci Muticolor Dress


RL Rugby Polo T



Forever 21 Flamingo Tunic


Tie Rack Multicolor Polyster Scarf


Pic : The Cinta Boutique


Coach Scarf


Which one you choose?

Left : Steve Madden Spring 2008 : USD99

Right : Balenciaga Fall 2007 : USD 4,125


Steve Madden Bomb Bright

Fendi Patent & Zucca Flats


Swatch Neon 1

Swatch Neon 2
My Pick :
1. LV Monogram Multicolor Petite Noe - in Black
2. RL Rugby Polo T
3. F21 Flamingo Tunic
4. Tie Rack Muticolor Scarf
5. Steve Madden Spring 2008 Lego Heels
6. Swatch Neon 2

Which one you'll pick?

Do we will look like a Paddle Pop Ice Cream if we wear it head to toe?