Si Petite dan Tan Skin Headline Animator

Showing posts with label Make Up. Show all posts
Showing posts with label Make Up. Show all posts

Thursday, March 3, 2011

Wedding Tips : Make Up

Salah satu perkara penting yang kita takkan terlepas semasa perkahwinan adalah solekan / make up. Bagi I, pemilihan make up artist (MUA) bergantung kepada citarasa bakal pengantin tu sendiri kerana setiap MUA ada cara dan corak@pattern atau "signature" mereka sendiri dalam "mencorak" wajah pengantin.

During wedding sebelah I kat Johor hari tu, I amik MUA from AZ Saloon JB. Agak lama jugak I survey nak amik siapa kat Johor sebab kalau nak hired MUA dari KL cost memang la ribu-ribuan. ye la..nak kne support minyak, tol pastu penginapan skali. 

Mak Andam kat kampung? Bukan tak nak pakai, tapi cara solekan kurang mengikut citarasa I. Kalau bole, I nak bila dah make up tu, wajah tak banyak berubah. I want a natural make up! Kadang-kadang bukan apa, ada I tengok muka pengantin before make up ngan after make up....mak aiiii......lain sangat. Jangan nanti bila anak tengok album kahwin kita sampai dia tanya "Ni ibu ke? kenapa lain sangat?" Tak nak la kan......... Tapi ada la I kena bebel ngan mak jugak sebab tak amik mak andam kampung, I mean like a real "mak andam" sebab dia kata mak andam kampung ni pandai baca-baca naikkan seri muka. Ye ke? Me?? Tadah telinga jer la.......

*Jangan tak tau, ni aku menaip dengan si Faatih baring kat riba. Budak kecik ni takmo berenggang langsung. Dok letak dalam  rocking chair pon dia dah merengek* 

So bila I pergi AZ Saloon and kenal ngan Farrell (MUA) rupanya dia adik colleague I kat branch JB. One thing I tengok bila nak pilih MUA ni ialah barang make up yang diaorg pakai. Remember, kita as pengantin ada hak nak tanya what brand and type of make up they're using. Ye la...kita yang bayar kan. Tak kira la brand apa..Maybelline ke...Loreal ke hatta Bobbi Brown atau MAC sekalipon.

Bukan apa, ada wedding I tengok kadang tukang make up ni pakai barang make up fake. Contoh macam MAC fake la kebanyakannya. Better la ko pkai Silkygirl ke Maybelline kan. Tak baik macam tu sebab kita tak tau apa bahan-bahan dalam make up fake ni. Diaorg not clinically tested. Even local brand ada lab sendiri tau untuk test the effect of make up kat muka kita.

*iklan kejap.. Faatih rasa diri di abandon kat riba sebab mak dia bz menaip. Ni aku menaip pkai sebelah tangan jer. Gigih u'ols!!*




Pix kat atas ni hasil kerja si Farrell. I suka sebab natural. Harga pon affordable untuk kawasan Johor ni. Lagi satu, Farrell ni punctual. Kira kalau bersanding kol 12.30, kira 12.30 tu la korang habis make siap ngan pakai baju skali.

--------------------------------------------------------------------------------

Untuk KL reception, I amik Tiar Zainal. At first plan nak amik Ezral Nordin. I hantar sms and email dia tak reply. Agak frust la sebab dah mengidam nak amik Ezral masa pasang angan-angan nak kahwin dulu. Pastu bila no respond from Ezral, I sms Sue Cantik coz I rasa dia antara MUA yang make up natural je. Frust lagi skali sebab Sue Cantik dah full booked during the date *Orang kata Sue Cantik kalau nak book a year before wedding...gossshhh* 

Lepas tu aku dah buntu tak tau nak hired siapa. Takkan Nurul Shukor kot...gila ko beriban nak kena bayar. I mula la survey baca blog brides sana sinun. Sekali ada satu bride ni dia kahwin Tiar Zainal make up. 

Bila I tengok, natural....not bad. I email that bride tanya. The bride pon bagi good feedback since dia pon kulit tan macam mak jugak. Terus I email Tiar, cepat jer dia reply. Sib baik dia free, terus book.

TZ ni bagus. Peramah and you bole ajak berbual ngan mengumpat pasal artis-artis. Rates dia pon lebih kurang Sue Cantik. Dia pun punctual, malah terebih punctual sebab dia sampai kat dewan lagi awal dari I sampai. Siap pergi breakfast dulu sebab pengantin lambat.





Hasil "kerja tangan" Tiar Zainal (picture unedited)


Ni gambar yang dah edit.

Ni ada sedikit tips untuk bakal pengantin regarding on make up / MUA :

1. Make sure kalau nak pergi facial, 2-3 minggu sebelum wedding. Jangan jadi macam I, esok nak kawin baru terhegeh-hegeh nak pergi facial. Akibatnya? Korang nampak tak bintik-bintik halus kat dahi tu? Tu bekas jerawat dipicit masa facial! *harus la u'ols nampak sebab pixel gambar mak besar kan?*

2. Kalau bole masa approach MUA tu, tanya dia pakai barang apa and cakap tema baju pengantin so MUA bole imagine make up theme apa and color yang bersesuaian ngan kulit korang. Usually, siapa yang bertudung, MUA akan tanya tudung jenis apa korang akan pakai.

3. Remember, make sure deal betul-betul sebab selalunya MUA akan mintak deposit. Cancel make up, deposit u'ols lebuuurrrrr...........

4. Lagi satu tips untuk bagi make up stay lama, sebelum make up, tuam muka u'ols ngan ais. Letak beberapa ketul ais kat towel, then tuam sket-sket tapi jangan la sampai muka u'ols kebas and merah-merah plak. ye la, kot lepas tu nak buat outdoor photoshoot kan? Dek kerana Malaysia ni panas, takda la mek up u'ols tu pudar di tengah jalan....hehhhe

5. Ingat, majlis nikah selalunya memerlukan make up yang lebih natural kerana majlis nikah majlis yang involve dengan keagamaan dan sangat intimate ngan ahli keluarga. Takkan make up nikah macam make nak gi ABPBH kan? Begitu juga during reception. Jay Manuel sendiri cakap, "wedding make up tak perlu mengubah wajah seseorang sehingga tidak dikenali di dalam gambar" *translate dari English :P*


-------------------------------------------------------------------------------------

IKLAN SEKEJAP


1. I nak sewakan my veil. Panjang 4 meter. Color and corak macam kat bawah. Sesuai untuk mereka yang berkahwin tema GOLD, SOFT BROWN. Veil ni siap ngan patchwork skali. Harga sewa berpatutan. Interested? Email me : betty_mkh@yahoo.com. More pictures as per requested by email.


2. Siapa yang belum jumpa tudung untuk nikah or wedding? I nak jual tudung awning yang I pakai untuk nikah and reception. Color : off white and caramel gold. Sebijik macam gambar kat atas. Baru pakai sekali jer pakai during wedding. Nak pakai berjalan untuk mak, nan hado la kan. Panjang tudung ni sampai menutup dada anda. Tudung ni kat Jalan TAR satu = RM 50. Siapa yang berminat, harga RM 30 satu tudung. Kalau amik dua sekaligus, RM 50 I tolak. Interested? Email me : betty_mkh@yahoo.com


Monday, November 9, 2009

Overhauled



Inilah barang yang I beli masa L'oreal Warehouse sale hari tu...(1 week lepas) sorry tak sempat nak update sbb busy sesgt (alasan....eh tp mmg busy sesgt). Btw, sy hanya personal shopper utk siapa yg kirim (ayat denial diri sdri tak mau dituduh shopaholic) ;p For those who trusted me to be their personal shopper, thanks a lot ya!! Nice to know all of you. Muaahssss

I've been to this sale 3 times since last year. So far, tak pernah menghampakan sbb murah giler. Perfume sumer 50-70%. Walaupon nampak mcm cheapskate...but I took the joyful meeting people, berebut-rebut ngn perempuan lain, siap tolak-tolak y'all nak dpt brg kegemaran punya pasal as an priceless experience. Ada org kata pergi warehouse sale bdk-bdk cheapskate jer pergi...sbb kejar barang murahan tp apa salahnyer kalau ko bole jimat 50% dr normal price?

Like mcm korang bli brg dr trust web blog la..yg import segala dr UK or US tu....and for me, that's not call cheapskate tp "BRILLIANT" sbb korang bole jimat. Baru la namanya PEMBELI BERHEMAH!

Tapi harus diingat, important tips kalau ke warehouse sale, korang kene tgk btol-btol MFG date sbb ada yg smpi 3 years ago. Yer la..kalau dh nama bersesak-sesak tu, main amik jer kan tanpa korang alert...skali tgk brg dh expired. Itu taktik warehouse sale nih...diaorg nk stock out brg baru so brg expired pon diaorg jual jer. Perfume can be last up to 5 years, skincare and make up last about 3 years. So pls BEWARE this.

Apa yg penulis blog beli???

Taaaadddddaaaaaa.....



2 x Giorgio Armani Foundation
1 x Giorgio Armani Two Way Cake Compact Powder
1 x Giorgio Armani Lip Liner
1 x Shu Uemura fake eyelashes

Kan niat saya nak bli make up kan?? Dpt la make up with good price! And I did check MFG date, semua GA make up I bli product 2009!!! This is 1st time L'oreal Sale ada GA make up bcoz b4 this mmg tak da. And I bought sbb heard testimonial org ckp make dia silky and long lasting. Yer...sgt btol. Sudah try. Kalau pkai g ofis dr pagi smpi tgh hari nk tgu sembahyang Zohor, make korang stay still jer, if muka berminyak, just need touch up ngan compact powder. Better dr Chanel (as per designer make up comparison). But still, sy lebih comfortable ngan MAC. So far, MAC the best! (as for me la...lain org, lain rasanya).

Toddles guys, 5 hari tgl ofis, email mencanak-canak masuk. 11MB email mak full house sudah!



Friday, October 30, 2009

L'oreal Warehouse Sale



It's tommorrow darling!!!!

Will be going there to check out any make up and perfume ;)
So far, this is a great sale as I've been there more than 3 times. Totally worth it i tell u...

But I'll be a personal shopper this year. ;)
Ni la kerjaya baru I u'ols!

Wednesday, October 28, 2009

Pandai-pandai lah!!!

Before nikah mesti ada tunang, so kalau dah nama Melayu mesti la mcm-mcm benda yg kene ikut adat. Geeeesshhh.....kalau tunang mcm mat salleh kan senang, lelaki proposed bg engage ring diamond besar, melutut (bend knee) then ckp "Would you marry me?" then terus je jawab "YES!!!". Then terus prepare nak kawin...hah kan senang kan?
Kalau dh tunang, mesti la pompuan yg paling sibuk (ok..mmg sy sibuk sbb bakal tunang sy tak da kat sini dan tak balik) shhheesshh eh tapi mmg adat Melayu lelaki takyah dtg kan? Cuma dunia moden skrg jer dh dtg.

And since kami pon bakal tunang InsyaAllah kejap je (less than 6 motnhs) So rasanya, konsep minimal adalah paling sesuai. Sure la tunang korang nak bermake-up kan?

Yes, make up amatlah penting utk perempuan. Sapa tak make up dia bukan perempuan. Bole? hahahhaha
memandangkan sy tunang di kg, jd sy quiet fobia ngn mak andam kg ni. Mesti korang experience mcm mana mak andam kg make up pengantin kan?? Bukan nak kutuk yg mak andam kg tak bagus tp....errrr bole dilihat lah hasilnya kdg-kdg tidak memuaskan hati.

If u ada duit lebih, go for professional. Since sy sgt jauh dr KL, maka rates make up artis adalah mahal sbb transportation cost. Read : Tol, Minyak, 300km.

Sy try jmp make up artis kat JB tapi semua full booked for tarikh sy. ;( sedey. Dia kata kalau nk pon make up kat kedai tp my house ke JB bout 100km. Wth. My dad bising sbb dia kata time tunang mana bole keluar jauh-jauh. Gila ke apa korang org yg tunang nk make up smpi 100km jauhnya. Hahahah Nonsense Betty!!

Jadi, dgn kuasa yg diberikan pd sy.....sy ingin make up sendiri!! Hahahhaha....tapi pandai ke??? Barang-barang mcm tak cukup je. Tapi event tu tak sampai 3 jam pon.....lgpon it's a small ceremony bkn glamer-glamer mcm Umi Aida tu walaupon 1 dulang hantaran tapi amik ko cincin Chopard + Duplex condo!

Haruslah sy melawat MAC KLCC this weekend kan...mintak tips segala plus beli brg make up. New Holiday Collection sgt tempting sbb most pkai set & pallette.


MINERALIZE KIT



LIP KITS


EYE KITS


BRUSHES *I want!!*


PREP+PRIME KIT
RM 188

Now I'm gonna tell which one sy nak beli...habis lah duit mak nyah oiiii..!! Kalau nak starting business make up artis kalau sy beli semua.

Well....org kata barang bagus, effect pon bagus...ye ke? Pendapat masing-masing lah........


Abang sayang......sponsored pllzzzzz...... ;p ngeh ngeeehhh *sengih kerang busuk*