Si Petite dan Tan Skin Headline Animator

Showing posts with label Ceremony. Show all posts
Showing posts with label Ceremony. Show all posts

Thursday, April 14, 2011

Zach Surprise "Rainbow" Party

Haritu kami buat surprise farewell party untuk our dearest friend Zach. Zach will move to "seberang tambak Johor" due to his work for the country national Airline. Cop...ada ke istilah kalo orang nak berpindah kita buat party. Patut macam bersedih kan, ni siap berparty bagai. Macam suka jer...

Tapi I memang sedey la coz I've known Zach for a long time. He was the first boy I met at MMU. Laki aku pon aku tak kenal lama macam Zach. 9 years of friendship tu. Nak tau camner I kenal dia. I kenal through.......Kelab Taekwondo hokey! U'ols jangan tak tau, Si Petite ini ahli taekwondo tau...tapi sampai Yellow belt jer sebab tu I lebih suka gi lepak malam-malam rather went to taekwondo training :P 

Pastu Zach ni jadilah kawan lepak I ngan Nadia then I kenalakan ngan my housemate Julie n Zai.

So we threw the party at Seth's crib. *used to be my "2nd home" during my single day* I miss her room. Cozy habis! 



Susah nak suh Zach blind folded, tapi Aaron berjaya buat.

The actual first plan was to gather at Delicious Dua Residency but Seth had gave us idea to have an "intimate" farewell party at her crib. U'ols jangan tak tau, kalau Seth la party planner, siap la keluar excel sheet dia dengan segala items. Orang Coporate Comm la katakan...which I'm trully respect that. 

Tapi I ni bila dah ada "plus one" (Faatih la..) ni susah la sket nak tolong decorate. I just volunteer beli kuih jer. Memula I plan nak bawak Faatih datang skali tapi I takut "tantrum" dia keluar time party tak pasal-pasal jer kan.


Semangat kan kami...memula plan nak masak sendiri...last-last pakcik tingkat 5 umah Seth jadi "tukang masak" kitaorang. Tu burger tu, Burger King / McD tak le lawan sebab segala bahan, segala rencah korang bole customade burger korang. Hambik ko!



Antara kuih yang I "buat"... ;P Wangsa Melawati sajork!


Ini bukan kuih...tidak boleh dimakan yer...


Marshmallow y'all!! 


Ni Zach bawak dari Buenos Aires. Dia kata "Macaroon" Argentina tetapi...
.
.
.
.
.


Macam Cocopie rupanya!! Ceett!

Since ni adalah surprise party, guest of honour Zach memang tak sangka kitaorg beriya buat party untuk dia. Memula dia ingat sume orang kat Delicious until Aaron blind folded him. Tu pon payah hokeh coz Zach ni takut orang kenakan dia...

Tak sah la kalau party tapi takda cake kan??

His cake????

Taaaraaaaa............................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Nak tengok dalam dia aper???

*Cake from Gateaux*





Hambik ko tuan punya badan tak sabo nak potong. Gigil hokeh tangan dia.



Naaahhh.....6 colorful layers!!!  *I like!!*

Oh gosh, the cake so yummy......I tak makan fondant dia. Tapi I suka makan layer by layer. The moist and taste perfect!! Cuma cream filling tu nipis...*ngeee ni komplen dari penggemar cream filling* Other than that, its all perfecto!



3 Jejaka Pingitan...eh cop..yang tengah tu bukan pingitan lagi ;P

One thing I rapat ngan Zach, dia ni kalau travel kadang-kadang mesti belikan something untuk I. *tapi Zach, takda la aku rapat ngan ko sebab ko suka bagi hadiah kat aku* The "biggest" thing he gave was my wedding pressie. Tak tahu la nak balas camner. Nanti aku banyak duit aku gantikan beg kanvas Umbro ko eh Zach?


He gave me this - Evian Water JPG Edition
(pas ni gua cari yang Paul Smith ngan Issey Miyaki)



Mak suruh Aaron buat outfit post gitewww!!

Shirt : FCUK
Jeans : ZARA
Belt : Quiksilver
Socks : Unbranded

*Aaron la yang inform :P*


Dah kata "rainbow party" kan...harus la mak pakai ala-ala pelangi giteww!


Anyway Zach, good luck on your "kiasu" life! Will miss ya! xoxo



Tuesday, April 12, 2011

Aqiqah atau Cukur Jambul...ada jambul ke?

Masa genap Faatih sebulan haritu, kami sempat buat aqiqah kat kampung I kat Johor. Kebetulan time tu nenek I memang giliran dia buat kenduri yasin kat kampung so tumpang jer la. Kira buat side I dulu then nanti buat kat KL plak. Aqiqah untuk seorang anak lelaki ialah 2 ekor kambing yang cukup sifatnya. Pendek kata kambing tu jangan cacat hokeh. I tengok rancangan Chef Wan haritu, ada topik pasal aqiqah, ustaz tu cakap, kambing yang nak buat aqiqah ni mesti cukup sifat. Kira gigi pon kena perfect, tak le hilang satu ke ape.....

Sedikit info mengenai aqiqah,

"Hukum membuat 'kenduri' bagi anak yang baru lahir hukumnya harus dan hukum ibadah aqiqah itu adalah Sunat Muakkad, caranya ialah :


Membuat Aqiqah dengan menyembelih seekor kambing bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan. Jika mampu yang afdalnya bagi kanak-kanak lelaki dua ekor kambing dan sebaiknya disedekahkan daging kambing itu kepada fakir miskin dan lain-lain sesudah dimasak.

Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi).
Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan: Bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)"

Sumber dari JAIS



"Mau cari gaduh ka"

Ada orang tanya, "Kenapa tak buat cukup jambul?" or berbuai dan sebagainya. Ala....zaman sekarang yang orang letak dalam buai tu.....for me, buai is ok cuma kalau bole I nak simple and sederhana jer. Nak berbuai bagai, takda sapa nak buat kat kampung ni u'ols. Blom sampai lagi teknologi buat bentuk kerang ke, bentuk katil ke...kalau bentuk kereta F1 ada tak??? Anak I ni lelaki, takkan nak letak dalam bentuk cengkerang mutiara plak kan. Yer la....kalau kat KL tu siap la ngan dekorasi segala kan. Khurrlassss anak kau Maria!

Kalau zaman kita kecik-kecik dulu, back in 80's orang siap cukup jambul then letak rambut tu dalam air sejuk pastu tanam balik kelapa tu kat tepi rumah.  Tu mungkin pemikiran jahiliah zaman dulu. Lagipon amalan tu dikatakan amalan masyarakat Hindu bukan kita orang Islam. 

"Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.

Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.

Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti menggunakan buah kelapa.

Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain."

Sumber dari Halaqah.net

Jadi, untuk tidak memeningkan kepala, cukuplah sekadar sembelih kambing 2 ekor and kenduri kecil-kecilan. Kan?

Kot-kot I nak buat kenduri kat KL siap berbuai segala.....mayb pas raya la kot. Ada nak sponsor buai??? heheheh :P






His first laugh ;)

This was first time Faatih travel jauh dari KL ke Johor. Kira latihan ketahan body dan mental la untuk dia kan. sok lusa kalau nak jalan gi mana-mana senang jer. Sib baik dia tak meragam sangat time dalam kereta. Ada pon cuma dia poo poo jer la so I tukar kat RnR.


"Bye bye Tok Ayah...Tok Mak....nanti Faatih balik lagi"


"Ok....saya penat travel, saya tido dulu yer. Gud nite!"



Tuesday, February 15, 2011

Proses "Mengeluarkan" Seorang Bayi ;) *a lengthy post*

Camner nak mula ek?

Dan kenapa ayat "mengeluarkan"? bukan "melahirkan"? Hmmm....well, secara teknikalnya "mengeluarkan" sebab anak I lahir secara "cesarean". Yes, I was on operation last 2 weeks.

Actually, EDD (estimated due date) memang 02.02.11 tapi.........baby I takmo keluar. Hahah manja ini budak. Dia mau duduk dalam perut lama kot...

Jom tengok the chronicles of my baby Muhammad Al Faatih :

21st January
My weekly check up as usual. Masa ni dah week 38. So bila-bila jer I bole rasa sakit and bersalin.Bila scan position baby dah betul, means kepala dah kat bawah la. Tapi kepala baby tak engage lagi, tak masuk lagi kat serviks. And yang paling membimbangkan, baby I "mendongak", dia dalam position baring muka mengadap atas. Get it?. Usually, bila dah week ni, baby akan dalam position meniarap. Haih.....tapi I tak da la risau sangat sebab kot2 la dia bole pusing balik dalam masa one week kan.

OB pon cakap jangan risau tapi dia dah terangkan kan perkara-perkara yang bakal berlaku or what choice do I have kalau baby still tak turun lagi. Masa ni OB scan berat baby 3.5kg (estimated). I was like....wohoo..besar anak aku ni!

I rasa baby tak turun lagi sebab dia dengar cakap I kot sebab I selalu cakap kat dia suh tunggu ayah dia balik. Ye la...Hilmi balik on 24th January, I takmo la bersalin dia takda di sisi. Ceewaahhh......

23th January
I still bole jalan lagi...takda rasa sakit. Esok (24th January) Hilmi akan balik Malaysia. Kebetulan my mom nak melawat cousin dia sakit tenat kat HKL (she died the day after - Al-Fatihah) and guess what??? My dad ajak pi KL and dia kata suh jemput Hilmi. I macam?? eh...I bole travel jauh lg ke. Bayangkan almost 39 weeks, travel from Johor to KL. Budget nak surprise Hilmi la konon. My bff Nadia siap cakap takyah gi, takut terberanak kat RnR katanya! But Alhamdulillah....I selamat sampai umah PIL.

24th January
Hilmi balik....yeay!! Surprise hokeh...dia pon terkejut I ada kat airport. Ngan perut membesar terkedek-kedek jemput dia. Tak rasa sakit perut pon.

28th January
Almost a week dok KL, I risau jugak if I bersalin kat KL. Sebab I memang dah plan nak bersalin kat Batu Pahat. So, in the morning kami berdua balik BP sebab nak gi check-up week 39. Time ni, OB pon "seluk" nak tengok I dah bukak berapa. "Seluk" apa?? seluk the V part nak tengok serviks
I dah bukak berapa. Geli-geli gitu I tahan bila OB seluk...hohoh OB cakap, dia tak rasa pon kepala baby. Usually, bila week 39, kepala baby dah engaged but I punya tak pon. Serviks pon baru bukak 0.5cm.

And OB pon dah start bagi choice. Since I ada GDM (Gestational Diabetes Mellitus) sebab hari tu gula tinggi, OB cakap whateveer pon kalau baby tak keluar, dia nak keluarkan baby on week 40 bukan tunggu week 41 as usual. Takut baby kena diabetes or makin besar. Dah la badan I ni kecik comel kan *sila muntah* kot tak larat nak push nanti.

OB bagi choice either I nak "induced" or cesearan. Induced means masukkan ubat and paksa baby keluar and try bersalin secara normal tapi OB awal-awal dah cakap chances if I induce 50/50 je. And bila OB cakap here and there...bla bla bla....complication whatsoever. Skip all that, now I have to make a decision.

Nak induce ke cesear??? If induce, OB nak buat on Monday, 31st January or if cesear, I bole pilih tarikh. *winks*wink OB cakap not later than 3rd Feb sebab OB I chinese, mayb dia celeb CNY kot. Heheh

30th January
Perut I tak jugak sakit macam orang nak bersalin. Even dah "induced" secara natural pon tak jadi-jadi. You know *ehem ehem*. Tapi memang betul tau.....bole put an effort suh husband bukak jalan tapi secara soft and steady la...hahaha *18 SX* tak caya pi serach kat net or baca buku.

Petang tu I tros call OB takmo induce sebab bila mengambil pandangan husband, my parents, PIL and experience dari family members lain yang induce tu kalau tak jadi sakit sangat. And I pikir gak if induce then tak jadi and I kena cesear jugak camner? Dah sakit 2 kali kan??? Tak mo...tak mo........

So, we made decision to cesear je! Full stop! I terus pilih tarikh 02.02.11. Dah alang-alang kan?? baik pilih tarikh tros.

2nd February
Proses cesear ni senang :

1. Masukkan bius
2. OB operate and kuarkan baby
3. Jahit balik dan siap!!

Tapi bila part Dr anestatik nak masukkan ubat bius kat tulang belakang tu MasyaAllah...dua kali jab...terkejut I dibuatnya. I ni kalau sakit, mula la keraskan badan nak tahan sakit. Dr tu siap cakap "Baiti...lembutkan badan.....tahan ok...sikit jer lagi........"

Btw, I bius half body. So, during operation tu I dalam keadaan sedar la cuma I tak nampak OB I, Dr Chew tu belah perut sebab diorg dah letak tirai kat depan I. But half body dari ulu hati sampai kaki tu dah tak rasa ape-ape la. Sepanjang operation I bole dengar orang cakap-cakap keliling I siap diaorg bual-bual pasal banjir lagi. Time dia potong perut tu ada la rasa sket....tapi tak sakit pon. During operation mulut I tak putus-putus baca ayat Kursi, Selawat, Surah al-anbia ayat 87, mengucapa sume ada la....

At one point, I dengar Dr Chew cakap, "Ok...almost there....c'mon baby. You can do it" Then dua lagi assistant sebelah kiri and kanan I datang terus dia tolak perut I, kira nak push baby tu keluar la. "Ok..baby now nak keluar...go..go...ok...amik forcep....." then....terus dengar baby nangis.

Fuuhhhh...perasaan macam lega giler. Tak tahu nak cakap camner. Walaupon operate kan tapi bila dengar suara baby tu terus macam sedih kejap. Bila nurse dah bersihkan baby tu, sementara Dr Chew tengah jahit luka, nurse tunjuk baby kat I. "You dapat baby boy, fizikal semua cukup, ni kaki dia, ni tangan dia" nurse tu tunjuk semua la....termasuk "bird" dia. Then nurse bagi I cium baby. I macam.."Eh...ni rupanya anak aku" Caya tak caya la gitu.....

Kejap jer operate ni rupanya. Tak sampai 45 minit pon. Bila OB tengah jahit tu terasa perut macam di tarik-tarik. Kejap ke kanan, kejap kiri. Sampai I rasa proses tu tak sampai pon 15 minit tapi rasa macam sejam. Dan ubat bius tu hilang 5 jam kemudian. Kaki kebas and pinggang sakit tak hengat. Lepas tu I memang baring je, kencing apa suma atas katil. makan pon tak selera sangat.

Well, tu la experience I bersalin through cesarean. Walaupon I tak dapat nak rasa bersalin normal, tapi yang penting baby I selamat "dikeluarkan".

Anak ke-2 bole la normal kot kan?? Hehehhehe......*baru tak sampai 2 minggu tros cakap pasal 2nd baby..ngade kan??*



Ni dah dekat 10x upload pon terbalik. Ape kes?? Lantak la.....hahahaha



Almost ready nak naik katil



Dr Chew bagi briefimg. Time ni bila dia rasa, baby still tak turun lagi


Anakku sorang2 je kat nursery


Masa lahir pipi tembam tapi sekarang sudah kecut. Nape ek???


Ibu and Faatih.....alololo nangis plak dia.


Ayah and Faatih. Sama tak muka????

Friday, January 2, 2009

2009 Resolution

I bet most of us had their own target or resolution for this year. Well...2008 past with a blast, at least for me.

+ I secured my permanent job
+ Met and holiday with him

+ 2008 intro me what was Bijou Bazaar and how to be a trader which it'll be a kickstart for my own business.


That's all? I think my life went well lah! For family, him and best friends, they're always my biggest achievement forever.

Well, I hope this year will more blast than last year even though I need to be released some things which I hope it turns to be good one! *winks*winks


Saya tidak meletak harapan mahupun mengharap apa-apa. Cuma saya akan perbaiki kelemahan
dan cuba untuk memajukan diri dlm perkerjaan dan hubungan saya bersama dia. InsyaAllah.

Oh yes, the Date 01.01.09 had put one of my darling one step of her life.


Miss Nadia had engaged to her love, Azli. Congrats you guys! Of course I'm one of the "penyibuk" for the engagement. Haha.... Nadia having a similar with me on top of her relationship which is "distance relationship". Azli is the one who work at UK at the moment. Sabar yer Cik Nadia. :)


And for Zach, congrats on your M*A*S job!! OMG! Lepas aku bole kirim bnyk2 perfume and fridge magnet!! Discount for hotel pon bole kan??? Weeee....!!!

Enjoy the picture guys!


Me, Zach and Julie during the Engagement Ceremony

Sempat lg Julie jahit manik. Zach bosan la tuh.

In wedding/engage mesti ada Pak Andam kan?


Julie ni mesti nak kontrol ayu? Kan?

Nadia dan bakal mak mertua *ehem*

The hantaran

TODS bag...huuuuu

Nadia's siblings enjoy candid each other!

Sirih junjung

Gambar sendiri harus diambil. Bagus tangan ko Zach.

Azli and Nadia. Both in PINK :)

With Nadia's Family

Pose gila itu harus ada kan? :D

Me and Nadia

We are MMUians!!

I love this cake!

Picture holiday nanti dulu yer... :D