Si Petite dan Tan Skin Headline Animator

Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Wednesday, October 24, 2012

H&M KL - MYR 100 challenge - Kids Invasion!

Everyone knows that H&M KL already their store month ago. Well, a week later (story dah basi) I tend to visit it alone. No Faatih at all...ahhahah Bukit Bintang street is no-no for Faatih for the time being except Pavilion sebab macam leceh kalau bawak stroller. As a careful mom, I need to do a quick survey at H&M before I bring him to the store *cough cough*.

It's a big 3 levels OMG store! A lift? Checked! Spacey enough for a stroller? Check! But the crowd? Weekedays pon macam susah jer nak shopping since long queue in each level fitting room. So, of I bring him, make sure I drag hubby as caretaker, as usual (that's why you'll always seeing mummy shopping, daddy goes to daycare!)

Semua orang cakap H&M ni murah. Dah selama ni browse website pon in UK pound nampak murah giler tapi I selalu ingat kalau sampai Malaysia bila masuk taxes sume mesti dah mahal.

So, I challenged myself by budgeting only MYR 100 in kids department. Let see what can I get with it.
Kalau beli brand cam Trudy Teddy, Miki, Padini selalu bole dapat 2 barang jer. Tu pon tunggu sale. This challenge without sale season la kiranya....


Batman T-shirt : MYR 27.90
Quality wise : Made from soft cotton material


Blue Pants : MYR 39.90
Quality wise : not bad at all. soft canvas look a like. Even this pants 18-24 months tapi rasanya Faatih bole pakai sampai 2 / 2 1/2 years kot.


Brown sneakers : MYR 39.90
Quality wise : For sneakers not more than MYR 40, quality dia agak terbaik la sebab made from PVC yg nampak cam leather. Kasut buat ganti-ganti bole la kan...sebab kaki diaorg ni cepat sangat membesar. Beli Clarks pon bole pakai 6 bulan jer :(


Rasanya MYR 100 challenge I berjaya mendapatkan 3 barang lengkap dari baju, seluar and kasut! Hooyeeeahh berjaya la I sebagai ibu dengan perbelanjaan yang sangat berhemah.......*blow nails*

Eerrr...think I lost count jer, cccopp....(MYR 39.90 x 2) + MYR 27.90 = MYR 107.70......hahah terlebih 7.70 sen la plak......dig out my own purse sebab ayah dia bagi budget MYR 100 jer :)

So, whos up for next shopping? (Mummy day out only)

Tuesday, March 13, 2012

What You Missed For the Past 10 Months!

Ola! OMG! Its been 10 months since last updates....

10 months passed...

From little baby with 3.4kg...


To one year old 10kg boy!!!


Dah besar anak aku....dan "besar" jugaklah kerenahnya.
You'll see more this faces soon! :) *expect more updates..kalau sempat*

Andddddd...........

I'm back with my new blogshop!!
Guess I can't let go my "fashion addict"

Do visit Be the Gorgeous guys and support me!!


>>>>CLICK HERE<<<<<

oh..oh......50 gorgeous people who like our FB Fan Page will get 10% off!!!  (valid till end April)

Hurry Gorgeous!!!!!

Monday, May 9, 2011

Panduan Untuk Bakal Ibu Bapa! $$$

First thing first, I nak congratulate my only one younger sis Najihah Abas for her pregnancy!!!
That means Faatih ada cousin untuk dibuli....walaupon sebaya :P


Since this is her 1st pregnancy, why don't I guide her in preparing her arrival. Tak tau lagi la baby boy ke girl kan. And kepada bakal ibu bapa yang lain bole jadikan entry ni sebagai panduan untuk menyambut si kecil :)


Kebanyakan kita confuse dan tertanya-tanya, apa la barang yang perlu dibeli untuk baby...baju berapa pasanga, mitten and booties nak berapa helai, blom masuk stroller, katil, baby bath accessories, breastfeeding items lagi...


uuuffff.......pening kan???? Ni la yang I alami dulu. Mungkin ada yang cakap..."ala..beli ala kadar jer. Mak ayah kita takda pon list yang panjang macam ni...ok jer." Tapi zaman sekarang dah lain ok!


Meh kita "terjah dan bongkar" barang apa yang diperlukan untuk baby.





Maternity
Bila dah mengandung, bentuk badan pon berubah. Mana yang dulu pinggang anak dara,nah....dari 26" melebar ko sampai 29"-30". Issk......jadi haruslah beli baju or seluar barukan. During my pregnancy, I tak beli baju maternity. I just bought loose sleeveless and pakai ngan cardigan. Senang. Bottom pon pakai legging. If you mom-to-be opt for pants, I suggest Topshop or lagi murah brand Scarlet at JJ.

The most important is the bra. Yes, please say bye bye to your old size of La Senza coz its gonna be bigger than you thought! Of cos, your boobs contain milk lah! I tak beli maternity bra during pregnant but I bought nursing bra je. The best and affordable nursing bra can be found at Fabulous Mom. Murah dan cantik! Material pon not bad. It'll only cost you from RM39.90!

Nursery
Most excited parents akan beli baby cot for their 1st child. *2nd child pakai abang/kakak dia punya jer LOL* I rasa cheapest baby cot bole dapat kat Ikea. And I think Ikea has the best yet economical baby furniture. Yang terlebih mampu bole la beli set bagai.....tapi bagi I basic baby furniture, baby cot and wardrobe jer.


Snuggle wrap from Pumpkin Patch


Adalah penting untuk "membedung" baby yang baru lahir. Kalau di awal kelahiran bole la bedung guna kain napkin jer tapi bila dah 2-3 bulan, kain bedung pon dah tak muat. For solution, sekarang dah banyak snuggle wrap or swaddle wrap jual kat pasaran. Dulu, Pumpkin Patch jer yang jual tapi sekarang I tengok local store dah banyak. Harga dalam RM 39.90 tak silap.



Untuk 6 months ke atas, bola pakai sleeping bag. Sleeping ni mengelakkan terjadinya SIDS (Sudden Death Infant Syndrome) sebab kalau kita pakai selimut biasa tu, baby ni kuar "jerking" time tido. So selimut tu kadang-kadang leh tertutup muka dia.

Playtime
Untuk playtime, I rasa semua dalam list tu perlu. Unless kalau tak nak bouncer tu tak payah pon takpe. Alhamdulillah Faatih dapat bouncer free orang bagi. Yang I memang dah aim plak tuh. Tips??? sila la buat baby shower! Time tu korang bole la request kat member-member list barang yang korang perlukan.

Feeding


Avent Starter Set

List feeding ni la yang mengundang dilema especially those sterilising and warmer equipment. I memula dulu pikir, perlu ker benda alah ni. Ye la...mak kita dulu-dulu kalau nak sterilise rendam sajer ngan air panas. Nak warm EBM (Express Breast Milk) pon pakai air panas. Tapi haritu I dah terbeli Avent Set siap ngan steriliser and warmer skali. Senang ok! Untuk ibu-ibu yang bekerja, then balik umah nak kena masak lagi, basuh baju, kemas umah, layan suami..opsss.....letak jer EBM dalam bottle warmer, tak sampai 2 minit, susu dah bole diminum. same goes with steriliser, letak dalam steriliser, tunggu 11 minit, siap dah!


For bottle, please choose the one with BPA FREE. Walaupon tak da study yang specific mengatakan effect  BPA (Bisphenol A - bahan pembuat plastik) kepada bayi tapi sesetengah negara dah mengharamkan bahan ini dalm botol baby.


Breastpump! Yes, this is the most important "gadget" that mommy should have. Ye la...kita kalau bole, nak bagi anak menyusu badan macam sunnah nabi, sampai umur 2 tahun. Tapi kalau susu dah takda nak buat camner. I rasa pemilihan breastpump penting untuk mendapatakan stock susu yang cukup. I beli Medela Swing (single pumping) tapi penat la...sebab dapat pump once at a time. Pastu Swing ni "bising" and annoying gak bunyi dia. Patut I beli Freestyle jer tapi mahal la sangat. Sampai RM1600!! Kalau nak yang harga sederhana, haritu I tengok best brand untuk breastpump ialah Ameda and Spectra. Harus lepas ni buat tabung breastpump plak. :P

Baby Clothes
Haaa.....bab ni la yang bakal parents excited especially bila anak 1st. *termasuk la I* Lagi-lagi zaman sekarang baju baby macam-macam fesyen. Best tips ialah beli romper set. Masa kat Oz, I dah terbeli Mothercare punya. Harga dalam RM 100 = 7 pcs = RM 15/pc. Tapi bila balik Malaysia I tengok banyak online blogshop jual Carter Romper RM 45 = 5 pcs = RM 9/pc. Murah bukan? 

Tapi tu la..memang tak perlu berlebih-lebih beli baju baby on the 1st 3 months sebab baby ni memang cepat membesar *speaking of my own boy* unless kalau baby tu lahir bawah 3 kg so lama la sket pakai.

Here my suggestion list :

5 pcs short sleeves romper (0-3 months)
3 pcs sleeveless romper (0-3 months)
2 pcs baju lubang-lubang (you know which one)
5 pcs sleepsuit
3 pair socks
5 pairs mittens and booties
3 pcs hats/beanies

So terpulang la nak ikut ke tak. Ini suggestion jer. I pon rasa macam membazir sebab bila balik sini, ramai plak yang pemurah bagi baju time melawat I aritu. yes, Malaysian sangat pemurah and baik hati....sure u guys akan dapat banyak barang baby bila bersalin.


Untuk baby bathtime tu I rasa all the items perlu tapi bath termometer to optional. Nak mandi air panas bole rasa ngan jari sajer. :)

Travel


Stokke Xplory

Stroller or pram menjadi "hot" topic jugak bila nak dapat baby. Ada pasangan bole sampai bergaduh nak belikan anak stroller tak lupa yang confuse. Every parents of course nak yang the best untuk anak diaorg tapi haruslah memadai dengan budget yang sedia ada. bagi I, stroller ni biarlah "alah membeli, menang memakai". Biar mahal sket tapi tahan lama. If jemu pakai pon, sekarang bole jual 2nd hand and still ada value :) betul tak?

There're lots of stroller in market right now. Range stroller as low as RM 90 - RM4000. As I said, depends on your budget. Antara brand bawah RM 1000 : MacLaren, Peg Prego, Mothercare or Sweet Cherry. RM 1000-RM2000 : Quinny, Maxi Cosi, Baby Jogger. RM 2000 and above : Quinny Buzz, Stokke, Bugaboo, Phil and Teds.

On car seat........hurrmm is it important? Kalau kat Oz dah kena perintah berwajib ok! Nampak jer baby naik kete takda carseat, sure kena saman. Kat Malaysia nasib baik belum diperketatkan lagi. Jadi terpulang pada ibu bapa nak beli ke tak nak on car seat. I sendiri pon belum beli tapi akan beli la kot sebab dah tak larat nak pegang Faatih bila travel. dia makin berat...huhuhuh


I hope entry ni bola la dijadikan panduan pada bakal ibu bapa...takda la pening kepala or confuse kan bila nak menyambut kelahiran orang baru.

Untuk ibu-ibu dan bakal ibu, Selamat Hari Ibu! :)



Wednesday, April 20, 2011

Trick and Treat : Tudung 3 Minit

Trick and Treat datang kembali!!!!! *nada ala-ala iklan Ding Dang*

Bila dah jadi mak orang ni, sume benda nak kena cepat. Macam kena training ala-ala askar gitu. Pakai baju serba pantas, mekap pon macam lipas kudung *ok fine...lipas kudung tak mekap* dan sebagai orang yang berhijab, pakai tudung pon harus zasssss...cepat gitu!

Anyway, kadang-kadang bosan jugak la kan asyik pakai style sama jer. Nak jugak la mak orang ni bertukar angin kan *bukan naik angin. Tapi kalo pakai tudung sampai suami bebel cepat sebab anak dah nangis, suami yang naik angin*

So I share antara hijab style yang menarik untuk dicuba. Percayalah! I try tak sampai pon 3 minit ok! Rajin kawan-kawan kita ni buat tutorial hijab. Marilah berterima kasih pada diaorang :)




 Video by Maria Elena




Video by Aishah Amin 




Video by Hana Tajima
*Ni 1 minit pon tak sampai!*

To add this, I praise Hana Tajima for bringing hijab into revolution. Her Maysaa brand made my life easier by wearing the Chiffon Scarf Snood. Pedulikalh orang nak kata apa kan bila pkai snood ni. Bak kata bf Reena, macam orang Vietnam jual mee tadak fishball...hehheh yang penting, muda, cepat dah bergaya...cewaaahhh!!!


I pakai snood masa aqiqah Faatih haritu. Ok tak? ok tak? Cepat cakap ok.......nanti I blanjer cream puff Beard Papa ;P Kalo u'ols cakap tak ok pon I tak kisah. Yang penting tudung ni senang dipakai *sampai aku tak basuh 2 bulan hokeh!* Sarung dan zip sajorkk!!!! Anak ko tak sempat nangis dah.....off you go katanya! Please abaikan muka Faatih yang nak nangis tuh, bukan dia tak suka tudung I, dia memang susah nak suh posing :P


Lagi satu yang paling senang nak pakai ialah Satin Wrap Band Snood. Sama jer macam Chiffon Snood tapi yang ni "serkop" jer. Tujuannya? ala...kalo nak bergaya tudung "loose" tu yang orang cakap nampak leher, u'ols le pakai snood ni jer as inner so tadak la nampak leher u'ols, ye dak?

Snood ni pon bole digayakan ngan tudung "Siti" tau! Which I memang selalu jer pakai dikala "emergency outing". Kalo hubby cakap..."siap sekarang" ni la benda yang I pakai. Sarung snood, terus pakai tudung "Siti" tu.....macam tudung kat bawah ni.


With Hana Tajima @Pavilion

Tapi masa gambar kat atas ni, I beli inner yang tutup leher without awning kat Jalan TAR. Yes, something similar to Satin Snood but way cheaper dalam RM 25 je. Cuma kain dia tebal la..so kalo u'ols tegah jalan panas terik tu, memang berpeluh-peluh leher u'ols.

Kesimpulannya, terpulang la pada anda nak pilih pakai hijab yang mana satu. Yang penting tutup aurat dan kepuasan diri sendiri. I pon kadang-kadang takda la baik sangat nak tutup sampai dada, tapi I akan try perbaiki dari semasa ke semasa.

Pada yang mengutuk Hana Tajima tu, "ghentikanlah". Dia pon umat Islam yang tak sempurna macam kita. Ada salah silap. Tak tahulah kalau yang mengutuk tu memang perfect dress up ko kan. Tapi "mengutuk" tu mulia ke u'ols??? 

I nasihat, gi diri depan cermin, tengok diri anda! 

Tuesday, February 22, 2011

Bagaimana Untuk Menge"paw" Suami Secara Berhemah

Whhoaa...seminggu tidak update. Al-maklumlah, orang beranak kecik *alasan sesaje* siang dia berjaga, tunggu malam dia dah lelap baru bole nak update bog. Tu pon kalau dia btol-btol "sleeping beauty" tanpa rengekan kedengan dek kerana jejari ibunya menekan keyboard. :D

Anyway, ini entry saje suka-suka. Kalau entry serius memanjang nak bebel masalah negara nanti ramai kondem blog mak u'ols.

Korang kalau nak mintak duit shopping kat husband macam mana eh???

Tunggu husband bagi? Mintak kat meja makan dengan memasak makanan sedap-sedap *kot la dengar jumlah kita mintak, terus tersembur nasi husband* or mintak kat bilik tidur dengan memberi layanan istimewa *ehem..ehem (18SX)*


Me? I jarang mintak direct...selalu tunggu dia bagi nafkah bulanan je. I ni pemalu orangnya *woho! masuk dalam paperbag pastu angkat sendiri* Tu pon tunggu agak seminggu dua duit dalam bank baru berani nak guna *nak menunjukkan mak takda la gelojoh kan...hehhe* lagipon saya tidak bergaji, jadi tunggulah duit "mengalir ke dalam akaun bank" baru tersipu-sipu cakap "Thank you abang..." walaupon husband akan notify jam tu jugak.

So hari tu I dapat la idea camner nak "request" duit husband secara berhemah untuk shopping since masa tu I kat Malaysia, dia kat Aussie *akibat tak dapat gi Boxing Day, so kira claim la...hehehe*

Perlu diingatkan, ini memain jer tau. Bahasa Melayu tunggang-langgang jadi tak perlu la sesiapa nak memperbetulkan kesalahan tatabahasa I. I pon tulis surat rasmi ni last masa sekolah menengah kot, time agak-agak nak balik kampung, nak kuar outing cepat ke....so apa-apa salah ayat, tak kira k....





Well, sesekali nak buat kelainan apa salahnya kan. Lagipon benda-benda macam ni bagi I, secara tak langsung dapat mengeratkan hubungan husband and wife. Bergurau senda sambil tak sedar husband keluar duit..... :P mana la tau certain husband ada yang complain pressure kat tempat kerja. Dengan ayat dalam surat macam ni, takda la kepala husband kita "keluar tanduk" if kita mintak duit nak shopping. Kan? kan???

Trust me, these thing works. I dapat reply approval tak sampai 2 minit lepas I hantar email siapa dengan details "kad plastik" skali.


P/S : Cara ni agak-agak cuba 2 kali bole la kot......kali ke-3 if tak approve sendiri tanggung. Weeeeeee........

Friday, October 29, 2010

PERFUME ON SALE!!

Cheap Perfumes in town u'ols!!!!!!

**Promotions 1s come 1st serve basis)
**Payment made through Maybank.
**Perfume will be delivered until payment complete.

**Postage fees : RM 6 (Malaysia) ; RM 10 (Sabah/Sarawak)

**ALL PERFUME are ORIGINAL/AUTHENTIC. We don't sell FAKE perfume.

**Interested? Email me : betty_mkh@yahoo.com

**Hurry darlingssss!!! LIMITED STOCKS!


-----------------------------------------------------------------------------------


1. VERSACE BRIGHT CRYSTAL EDT 30ml



RRP RM 180

Selling at RM 130

SOLD to Gha


-------------------------------------------------------------------------------------


2. BRITNEY SPEARS FANTASY EDP 50ml





RRP RM 160

Selling at RM 120

SOLD to Luna
SOLD to Dura


------------------------------------------------------------------------------

3. BRITNEY SPEARS CIRCUS EDP 30ml (SET)
- Britney Spears Circus EDP 30ml Perfume
- Britney Spears Circus Body Souffle 100ml




RRP RM 150

Selling at RM 120

AVAILABLE



-------------------------------------------------------------------------------------------------


4. HILARY DUFF WITH LOVE EDP 30ml (SET)
-Hilary Duff EDP 30ml Perfume
-Hilary Duff EDP Miniature 4ml
-Hilary Duff Body Lotion 50ml






RRP RM 210

Selling at RM 140

*SOLD to Luna*
*Reserved for Ana*

















Tuesday, October 26, 2010

Camberwell Sunday Market

Last Sunday (eh semalam la), me and my dear friend Nadia went to Sunday Market at Camberwell, one most vintage collectors should visit if you come to Melbourne!

Selalu I pegi ngan hubby dia malas jer nak stop every stall (tau la kan lelaki ni...tme kita nak pilih-pilih baju tu mula buat muka) pastu akan tanya "Dah ke..?...dah ke?" Pastu jalan laju je "menonong". So senang gi ngan member pompuan yang satu kepala so you'll have ample time shopping.

Camberwell Sunday Market ni bukak every Sunday (dah nama pon Sunday Market kan), open from 7 a.m to 12.30 p.m. If you're lucky, last minute shopping giving more marked down price. Ada sampai satu baju AUD 1 ko! Lelong lelong gitu......time lagi 15 minit nak tutup tu la korang le bargain ngan owner kedai kan.

And if you're really lucky, you'll hop and find a treasure of designer range!! Tapi mata harus tajam dan pandai pilih (so memang la bawak orang lelaki not a good idea unless dia mmang kaki shopping) ;p Like my friend Nadia, she's got Sonia Rykiel Metallic Pump for only AUD 18!!!

Vintage brooches and jewelleries pon banyak. Tips is jalan-jalan view dulu sambil tanya harga. Seller ni ada yang mahal ada yang murah. You don't want to regret your purchase if you buy something that you feel the price reasonable but there're others that could give you more great price!

So those, who come to Melbourne and plan to visit in future, don't forget to go to Camberwell Sunday Market.

Jom layan apa yang ada kat situ.


Jewelleries. Memang banyak...esp vintage!


New / Vintage Leather Goods


Books. As low as 50cent!!


Toys for kids....sib baik anak aku tak lahir lagi....kalau tak, dah rembat.


"Bapaku seorang punk" - Cool huh? ;)


Baaaagssss....banyak giler!


Kedai ni la we got Sonia Rykiel pump for AUD18. Banyak giler barang designer dia.....ada yang baru jugak. Makcik ni satu family niaga ok. Dari ayah, mak sampai ke anak jual barang..best kan? 

Actually, ada je lagi gambar nak letak, tapi ntah Blogger ni bila nak post gambar menegak, jadi melintang plak gambar tu....

Camberwell Market ni dah wujud since 1976 lagi...lama kan? Dan dah kutip about AUD 9 mil untuk charity.

More info about Camberwell Sunday Market HERE

Aaaahh...I will this market bila balik nanti. Tapi Malaysia pon dah banyak flea market yang best. Harus mem"visit" bila balik... ;)


Saturday, October 23, 2010

Happy Birthday Hubby!!

Today mark my hubby 26th birthday!! Yes, kami sebaya tapi I tua sebulan dari dia....heheh ;D

Happy birthday to you MKH!
May we'll success together as family and be a good father in future k....
Walaupon asyik nak main gaaaaammmmeeee je!
Hahah...I always "bebel" to him bila dia dok depan PC and playing games.
Perangai macam budak-budak!
But that's make him special sebab dia selalu kacau and suka gurau ngan I.
Kadang-kadang aku ni yang serius sangat...*means I ni bakal jadi ibu yang garangkah?*
But that makes rumahtangga balance kan? Sorang garang/serius, sorang suke nyakat/gurau....

So kami takda nak makan luar....eh tapi nanti malan nak gi makan kek
*susah nak cari kedai kek halal tapi sib baik ada la yang dekat kan*
I pon masakla makanan favourite dia kan.....Nasi Lemak and Chicken Curry.
Plan nak masak beriyani, tapi memandangkan plan asal nak i shopping bahan-bahan macam beras basmathi, rempah segala tapi...hujan plak. Last choice, masak la nasi lemak....


Nasi lemak kosong je...no timun, no kacang...sebab I memang tak suka makan 2 benda tu.....timun sebab tasteless, kacang sebab banyak jerawat kononnya. Hah...dah tak suka tu heret la laki skali kan......




Muka birthday boy happy dapat hadiah. Mood ceria lepas kena keja on weekend........

Bag Crumpler tu senyap-senyap je I beli......It's actually a laptop bag. Crumpler I tengok design dia macam simple jer pastu harga bole tahan la jugak. Tapi sib baik yang ni limited edition. So I pon berubah fikiran sebab bila dibelek material dia lagi bagus dari yang lain-lain.

Ok...wishlist you I nak tunaikan satu kan? Apa lagi...? Tunggu next birthday plak ye sayang....hehehe



Tuesday, October 19, 2010

Pregnancy #102 : Betul ke Baby Boy?? Let See.....!

Hari tu masa scan for Week 20, memang nampak lah kan sebab doktor tunjuk "Tutt" dia. Jelas gitu.

Pastu bila time nak beli baju, mula la I confius. Banyak gila baju baby yang adorable...tapi mostly kalau baby girl, mesti warna pink, baby boy, mesti warna biru. Nak beli yang putih macam tak banya choice plak and ayah dia ni sibuk jer nak bli overall la...jeans la..*macam la baby tu muat kan* ;p

Sampai I tanya, "You rasa betul ke baby boy? Ni kalau dah beli jeans, overall sume nanti kuar girl camner?"

Hubby jawab "Ala.....kan dah nampak "tut" dia. Takkan girl plak. Kalau girl, pkaikan je la..hahah"

"Hishhh....suka hati je kan?"

So I pon gunakan lah Google si agen pencari and I got this "Old Wives Theories".

Jom kita check sama ada betul ke baby boy....



  • You didn't experience morning sickness in early pregnancy


  • (Yes, I takda muntah or pening kepala, elok je mcm org tak pregnant)




  • Your baby's heart rate is less than 140 beats per minute


  • (Agak la..sebab ada skali check tu, doc nak degar baby hear rate susah btol tapi last dgr jugak, siap doc tu ckp dlu dia punya anak heart rate mcm "baby elephant"! - mesti anak dia pompuan ;D)




  • You are carrying the extra weight out front


  • (Kan I letak gambar badan I slim dari belakang kan? Tapi tengok depan...mak aihhh)




  • Your belly looks like a basketball


  • (Yezza....hubby cakap bulat dan comel *muntah darah sekarang!*)




  • Your areolas have darkened considerably


  • (Tau tak "areolas" tu apa? Google sendiri ;p tapi memang pon)




  • You are carrying low


  • (Bila tengok cermin, tak la low sangat, mungkin belum lagi kot)




  • You are craving salty or sour foods


  • (Ini sangat betul! I slalu termasak masin n I nak makan strawberry/orange/epal je sebab masam. Jelly pon I suka....ala..jelly yang kenyal2 tu. Kat Malaysia mampus tak makan)




  • You are craving protein -- meats and cheese


  • (Diakui oleh mak I, bila dia call then I tengah masak, mesti tengah masak daging. Tak kira la daging masa ape pon. pastu mak I cakap, "mesti anak lelaki ni". And I love cheesy weeezey!)




  • Your feet are colder than they were before pregnancy


  • (Memang ok! I ingat dulu sebab winter, so dok paki stokin. Ni dah Spring pon sejuk jugak kaki aku. Sampai kalau tdo tu, terkenan kaki hubby, mula la dia bising cakap kaki I sejuk macam air batu!! Jahattt!!)




  • The hair on your legs has grown faster during pregnancy


  • (Walaupon I takda bulu kaki...wahhh gitu!! tapi memang ok..no need Veet pon sepanjang hayat, tapi bulu2 lain yg cepat tumbuh.....hahahah eh I mean rambut laaaaa...apa korang pikir? ;p)




  • Your hands are very dry


  • (Very true! Letak la lotion ke hape...dry jugak!)




  • Your pillow faces north when you sleep


  • (Ni I tak tau la north rumah belah mana, tapi kalau nak tdo mesti nak facing belah kiri je....north la tu kot kan?)




  • Dad-to-be is gaining weight, right along with you


  • (Hahah...ni memang tidak dapat dinafikan lagi! Kalah I yang pregnant. Laki I every 3-4 jam asyik nak mengunyah je!)




  • Pregnancy has you looking better than ever


  • (Ye ke? Ada ke sinar cahaya kat muka I ni?? padahal malas je nak pakai make up segala kan..)




  • Your urine is bright yellow in color


  • (Yerp, ini betul...I masa awal buat urine test dulu, I ingat kot la kena diabetes ke ape...tapi doc kata normal je...cuba I kurang Vitamin D je)




  • Your nose is spreading


  • (Bukan sahaja mengembang tapi every morning, gatal dan flu juga....huhuuh)




  • You hang your wedding ring over your belly and it moves in circles


  • (Ni I baru buat test hari tu, betul la....berpusing-pusing engagement ring. Wedding ring tadak)




  • You are having headaches


  • (Ni betul, masa awal pregnancy tapi takda pening sangat pon...cuma ada la 2-3 kali)




  • You add your age at the time of conception and the number for the month you conceived and the sum is an even number


  • (Ok...Aged 26, month conceived should be April so 26+4 = 30. Betul la tuh...)



  • Sumber dari SINI

    Ehhh.....yang I highlight tulisan ni warna pink pehal? Kan anak aku boy!! hahah Should be blue! Ok..malas nak tukar.

    But dari test tu, almost 100% la menampakkan yang I bakal dapat baby boy. Nanti balik Malaysia, I scan lagi skali untuk kasik betul-betuk percaya. Kalau kat sini, scan baby sekali je in pregnancy ok....dia tak bagi scan banyak kali.....takut radioactive scanner tu effect baby katanya! Habis tu yang kat Malaysia scan tiap-tiap bulan tu...ok je kan???/

    Jadi, kerana rasa confident yang baby I ni baby boy, maka mula la shopping barang baby pon bermula...barang ibunya tidaklah dulu yer.... ;(


    I malas nak beli banyak baju dulu sebab baby 0-3 months ni kan cepat je membesar. Beli mana yang perlu dulu and I do have checklist ikut Mothercare. Tu pon dah confius kalau la anak I ni terlahir besar dari normal, takut jugak dia pkai baju tu kejap je kan.....

    Lagipon sini baju baby murah la jugak. Kalau Cotton On Kids tu kat DFO 3 baju = AUD 10 je. Pumkin Patch pon 3 baju = AUD 14 gitu. Belom g Mothercare or Target. Murah u'ols~! Tu yang laki I bising, "Aiiikkk tak habis lagi beli baju baby?" hehehhe......senyum kerang busuk je I bole bagi.

    Ada mummy kat luar sana bole bagi suggestion tak kat mana lagi kalau Malaysia baju baby murah? Ala....setakat buat pakai kat rumah je kan.

    And...ingat lagi entry INI? At last, Yang menjadi pilihan......
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .


    jeng..jeng..jeng






    I kalau bole nak bli Oi Oi tapi yang I nak tu kena beli online. Malas nak order online bagai...Baby K ni ada jual kat Mothercare. Bila dah bawak bali rumah...bole tahan besau gak bag ni...and I satisfied dengan kualiti and material dia semua. So beli sajo!! Kalau malas bawak handbag, yang ni pon bole jadi handbag I jugak!